Pages

Friday, December 14, 2018

Seminggu aktiviti Langos

Khamis malam Jumaat bersamaan Nov 28.2019. Sahabatku uja yang aku kenal dari kecil dan sekarang tinggal digelung pepuyu @ maaf aku tak tahu bagaimana boleh dapat nama gelung pepuyu menempah Langos disurau mereka disana. Rupanya suami beliau ustaz Ismail menjadi wakil membawa beberapa keluarga menunaikan Umrah diTanah Suci Mekah. Uja juga turut serta. Seronoknya dapat berjumpa Rasulluallah. Inn Sha Allah aku dan suami bercita cita suatu hari nanti kami juga akan kesana.

Malam itu hujan turun dengan lebatnya. Dah tu handphone aku bateri kongggg. Sekeping je sempat

Sahabatku uja.Ustaz Ismail dan sepupu uja.

Selesai majlis kami terus ke Air tawar sebabnya suamiku nak makan Kfc udah lama tak makan katanya..

Sampai dirumah udah pukul 11.30 malam.


Hari Jumaat rutin biasa Langos berada di perkarangan Masjid Besar Batu Gajah. Kami berada disana bermula jam 12.30 tengahari sehingga pukul 2 petang.

Sabtu pagi kami telah bersedia ke Meru Ipoh untuk tempahan Langos dimajlis perkhawinan.
Sebenarnya Chor Yati anak maknyah jah @ saudara dua pupuku pernah mengoder Langos ketika majlis perkhawinan anak lelaki beliau. Dan hari ini jiran Chor Yati pula menempah Langos setelah merasa keenakan Langos tempohari. 
Alhamdulillah.
Dan Chor Yati menempah Lopis dari aku. Katanya tempohari beliau tak sempat makan lopis kerana kesibukan dimajlis kenduri.



Beras pulut yang telah aku rendam semalaman dan ku tapis airnya.

Setelah ku bungkus dgn daun pisang dan ku ikat dengan tali rafia.

Hasil setelah aku rebus selama 3 jam.


Sepatutnya Lopis digaulkan dengan kelapa parut dan dimakan dengan air gula merah tapi aku suka makan lopis tanpa kelapa parut...Tapi...tapi...tapi...
Gula merah mesti pekat likat...
Emmmm baru ada power.
Mmg cantik khemah dan hiasan


Aku bilang khemas untuk tetamu ada 15. Memang betui ramai tetamu yang datang

Langos Sour cream Cheese untuk meja pengantin


Langos dh selesai kita intai kakak sebelah goreng cucur makan dengan kuah kacang.

Belanja mereka Langos Sour Cream Cheese


Cantik pelamin

Tak sempat ambil gambar pengantin dipelamin tadi...sebuk melayan Langos belum selesai.

Sebelum balik kami singgah dirumah dua pupuku Liza.
Geram tengok kucing kucing gebu dia

Singgah kedai makan apa yang patut..lapar


Singgah beli buah limau bali untuk ibuku


Manis buah limau bali

Mak pula tengah makan nasi impit kuah kacang.
Kuah kacang memang sentiasa ada dalam freeze, aku masak dan simpan. Bila mak nak makan cuma masak nasi impit je.

Sepatutnya hari ini sabtu December 01. Jiran ada kenduri berkhatan. Disebabkan kami ada tempahan Langos kami menjenguk lewat petang.

Yong Aziah
Nenek budak yg bersunat


Suamiku bersama yeop mior atok budak yang bersunat


Esok ahad ada jemputan 
di Kg Bahagia Telok Intan

Besar majlis


Aku kalau dapat Laksa memang lupa diri kejap. Dua kali tambah.
Sedap sangat.

Pertama kali dapat merasa
"Sambal Kering"
Memang sedap
Bahannya cuma bawang goreng dan cili kering & garam. Masak sehingga kering.
Makan dengan nasi putih panas. Oooo memang terangkat.

Tukang masak yang membuat sambal kering.


Bersama Yong Halimah.
Balik rumah anak bulusku Alma dah menjerit lapar. Selesai makan terus zzzZzzZ

Hari Isnin 3 December 2018. Isnin kami ke tesco beli barang niaga.

Jom petik buah mempelam

Pisang Askar atau namanya
AeAe

Hari Isnin kami ke Pusing
Sebelum tu hari Isnin sebelum ini dengan keadaan kereta penuh dengan barang niaga dan tepong kami sudah datang dan bertanya berapa harga sebiji tayar. Setelah setuju aku pun beritahu hari Isnin depan aku datang.

Tapi bila kami pergi kali kedua harga tayar sudah berbeza. Dan yang aku naik marah sebelum ini tauke tu janji dengan harga yang diberitahu Tayar Condinentel tapi bila kami datang Harga sudah berbeza dan bukan tayar Condinental. Geramnya. Apa boleh buat aku kata setuju walaupun bengang. Aku boleh cari kedai lain itu adalah kuasa pembeli aku tapi kekangan masa membuatkan aku akur sahaja apa yang ada didepan mata.




Balancing dan Alignment.


Terjumpa anak saudara dua pupu yang sedang tunggu kereta cuci kereta juga
Ada masalah meter minyak. Aku recommend kedai pomen disiputih.

Tuesday, November 20, 2018

Students Uitm

Isnin 19 nov 2018.

Permulaan janji datang pukul 5 petang...disebabkan keliru melihat Uncle Langos yang muncul didepan pintu kereta mereka berlalu pergi.

Pasni dan kari ayam
Spaghetti udang



Jeruk mempelam

Azam sedang menyiapkan tugasan. Yang lain aku tak pasti dimana



Berjemaah bersama
Melawat kebun

Rezeki dapat petik buah Tin

Sebelum balik


Adam suka mempelam muda..

Terimakasih semua.
Jemput datang lagi ye

Adam.Nizam dan lupa pulak namanya.