Kari daging semalam masih ada berbaki. jadinya lebihbaik aku buat Roti Canai, lagipun barang semua ada. bukannya susah pun. aku pun udah lama beno tak makan roti canai.
sebelum tu aku nak tengok dulu susu pekat ada ke tak..kalau tak ada susu pekat hancur musnah impianku. Yes ada susu pekat. maka jom kita buat Roti Canai Sanggul Lintang ye.
Bahan yang diperlukan
3 cawan tepung gandum / boleh dapat 12 biji Roti Canai
2 sudu gula / kalau nak manis tambah ler ye
1 sudu kecil garam
1 biji telur ayam
2 sudu besar margerin
2 sudu besar susu pekat
1 cawan air suam
Caranya
Tepung Gandum digaulkan dengan semua bahan kering dahulu.digaul rata
Kemudian masukkan bahan yang basah. biarkan semua bahan digaul sebati.
Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga lembut.
Note > ketika mengguli taburkan sedikit tepung ditapak tangan supaya tidak melekat.
Uli lebihkurang 10 hingga ke 15 minit.
Bahagikan adunan kepada 12 biji bebola.
Lumurkan bebola tadi dengan minyak ataupun margerin
Biarkan beberapa jam atau semalaman supaya adunan menjadi lembut.
Simpan adunan didalam peti besi..oppp!!!Silap lak...simpan dalam peti ais.
Cara untuk menebar ada disertakan dibawah.
sila perhatikan dengan cermat supaya Roti selamat menjadi Sanggul Lintang ...
Adunan yang telah ditidurkan semalaman
Langkah pertama
Ambil satu adunan dilenyekkan
Mandikan dengan minyak
Langkah kedua
Tarikkan adunan senipis yang boleh
Siramkan sedikit minyak supaya tidak koyak
Langkah ketiga
Gulungkan seperti dibawah
Langkah keempat
Pusingkan menjadi seperti sanggul
dan hujungnya dimasukkan dicelah gulungan
Langkah seterusnya
Letakkan margerin ataupun minyak didalam kuali
Bolehlah diterjunkan kedalam kuali apabila minyak sudah panas
Ketika mengoreng hendaklah ditekankan supaya menjadi lepir
Hasilnya...
Ketika masih panas hendaklah ditepukkan
dengan kedua tapak tangan anda supaya Roti Sanggul
senang untuk dimakan
Bolehlah dimakan dengan pilihan anda.
0 comments:
Post a Comment