Pages

Monday, May 20, 2013

Ketayap

Jam 6 petang bos aku tiba tiba minta tolong buatkan Kuih Ketayap
Katanya jam 7.30petang beliau mahu kerumah teman ada sedikit perbincangan urusan kerja. aku terdiam. aku kata Insya Allah. Apa lagi macam lipas kudung aku memulakan tugas, yang perlu aku sediakan dahulu adalah Inti Kelapa. Sementara Inti Kelapa di atas dapur aku keluarkan tepung, susu segar, sebiji telur ayam, garam dan gula, semua bahan telahpun berada didepan mata, Operasi akan bermula. jeng jengggg...hahahha ..hoohoo

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 1/2 cawan susu segar
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
sedikit butter untuk disapu dikuali

Inti Kelapa jangan lupa pulak, hehehhe

Caranya
Didalam bekas yang sesuai masukkan tepung, telur, garam dan gula, gaulkan semua bahan tersebut
Masukkan susu segar kedalam tepung sambil dikacau supaya bancuhan tidak berketul.
Masukkan juga air dan kacau supaya bancuhan tepung sebati
dan bancuhan ditapis untuk mendapat hasil yang sempuran
Rehatkan bancuhan 15min ke 20 minit.
selepas direhatkan hendaklah dikacau dahulu bancuhan tepung tadi
Panaskan kuali dan sapukan butter.
Pastikan kuali yang disapu dengan butter benar benar panas baru di letakkan tepung bancuhan tadi.
Ulang proses ini sehingga bancuhan habis.
Pastikan kepingan ketayap diletakkan Inti ketika masih panas untuk mendapatkan gulungan yg kemas.

PERHATIAN, 
kadar kepekatan atau kecairan bancuhan tepung  bergantung pada jenis tepung yang digunakan.

Hasilnya.
Inti Kelapa, Gula putih, gula melaka dan air juga sedikit tepung untuk bertambah sedap.


setelah ditapis

pastikan kuali panas baru diterjunkan bancuhan tepung

Kulit Ketayap yang masih panas terus diletakkan Inti                                                                               

Gulungkan dengan kemas

Alhamduliallah
dapat aku siapkan KETAYAP walaupun masa kurang dari 1 jam. 

0 comments:

Post a Comment