Jommmmmmmmmm...
sebelum mulakan projek ini baca dan fahami dahulu.
Gunakan periuk yang boleh dimasukkan kedalam oven
Bahan yang diperlukan
3 biji bawang besar jenis Bawang Holland / dipotong kiub
3 sudu besar Olive Oil atau minyak sayur
3 sudu besar butter / yang masih beku
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 cawan chesse kalau tak ada pun tak apa
5 cawan air rebusan ayam yang panas atau guna air panas biasa
sedikit garam
sedikit kiub ikan bilis
Cara
Tumis bawang dengan menggunakan Olive Oil sehingga kuning dan wangi baunya.
Masukkan air rebusan ayam
Masukkan butter, lada hitam, garam dan serbuk perasa.
Bila sudah secukup rasa MATIKAN API DAPUR.
Taburkan Parutan Chesse ,JANGAN DIKACAU. biarkan
dan masukkan kedalam Oven selama 10 ke 20 minit dengan suhu 200 darjah.
ATAU...
Sekiranya tidak mahu letak parutan chesse pun tidak mengapa. rasanya sudah cukup sedap.
Hasilnya.
Sup Bawang bersama Baguette yang aku buat sendiri.
tak letak Chesse sebab tak ada.hehheheh
0 comments:
Post a Comment