Pages

Thursday, July 25, 2013

KERABU KULIT TEMBIKAI

Semalam aku masak Gulai Tempoyak Kulit Tembikai,
Hari ini aku mencuba resepi Kerabu Kulit Tembikai pula. hahahha selagi buah tembikai tak habis selagi itulah aku mencuba resepi dengan menggunakan Kulit Tembikai.
Rasanya tak salah kalau mencuba sesuatu masakan asalkan tidak merbahayakan kepada diri kita. Masih segar diingatan ketika aku mula menjejakkan kaki  ke bumi Hungary, jiran sebelah rumah memberi satu beg buah apple hijau. beliau pergi ke ladang apple, kerana terlalu banyak dan tak larat nak makan cicah dengan kicap dan cicah dengan garam, aku mencipta resepi Kerabu Buah Apple. makanya resepi tersebut menjadi pilihan kami disini. Sedap Enak dan Mudah disediakan. tak salah kan mencuba. perkara yang perlu aku fikirkan ialah, sedap boleh buat lagi tak sedap faham faham je,,,

Berbalik kepada Resepi Kerabu Kulit Tembikai,
apa yang perlu aku sediakan, aku nie bila sesuatu perkara yang menjadi tidak pasti aku pasti  pejamkan mata dan akhirnya aku mereka sendiri apa ramuan yang perlu ada didalam Kerabu Kulit Tembikai ini nanti.

tungguuuuuuu bagaimana rupa Kerabu Kulit Tembikai itu nanti

                                                                               



Pastinya Bahan yang paling penting

Kulit Tembikai
Isinya dipotong dan kulit putihnya kita gunakan
untu resepi kita hari ini.











Buangkan kulit yang berwarna hijau









Kapur Makan atau pun Kapur Sirih
cuma 1/2  sudu kecil je.










Air Ais yang telah dicampurkan dengan
Kapur dan sedikit garam
Gaulkan sebati

suatu ketika dulu aku pernah menyediakan gubahan makanan pengantin, dengan cara merendamkan sayur kedalam air kapur bersama ais, sayur menjadi tahan lama dan garing contoh timun dan karet juga daun bawang selalu digunakan dalam gubahan makan beradat.











Bahan tambahan
Karet sebagai penyeri didalam kerabu nanti










Udang Kering
Kacang Tanah
Cili Padi 
@ terpulang hak individu..pedas tambah lagi
Bawang
Limau Nipis atau Lemon










Udang Kering dibasuh dengan air panas
dan ditumbuk separuh hancur
kemudian digoreng tanpa minyak sehingga kering







Hiris Kulit Tembikai dan Karet

Kulit Tembikai dan Karet direndamkan 
kedalam air kapur untuk seketika

supaya hasilnya garing











kemudian bilas dengan air bersih dan ditapis
Letakkan gula dan garam
digaul rata





Campurkan Bawang, Cili Padi dan Udang Kering 
&
Jus Limau Nipis atau sedikit Cuka Makan
Gaulkan semua bahan  





Hasilnya

untuk menambah kesedapan saya tambah
Kacang Tanah

0 comments:

Post a Comment