Pages

Friday, April 19, 2013

Rendang Hati Lembu dan Apple Kek

Hari ini sudah hari ke tiga aku dirumah Rinie. Berat badanku entah berapa kilo bertambah. ada sahaja  yang nak dimakan. Pagi ini aku cukup gembira dan gembira bilamana Pancake yang aku  masak bergitu laris.Patrick. Celine dan suaminya Rinie bergitu suka makan Pancake yang aku masak. anak anak Rinie masing masing mahu diletakkan 4 keping untuk dibawa kesekolah untuk lunch mereka hari ini.Tanpa memakai unifome sekolah anak anak mengusung beg keluar rumah lalu masuk keperut kereta lantas dihantar Rinie kesekolah berpendikan German. kadangkala aku terpaku mendengar mereka sekeluarga bertutur menggunakan bahasa German. pernah juga aku meminta Patrick mengajar aku satu dua perkataan German yang mudah tapi mungkin faktor usiaku yang membuatkan aku lambat faham namun aku yakin aku boleh lakukan. ada juga Rinie mengajar bahasa ibundanya walaupun tidak sepenuh,
Pagi khamis sekali lagi aku masak Pancake sebab semalam Patrick dan Celine bilang tidak cukup Hari ini aku buat dua cawan setengah. Pancake sudah terhidang dimeja makan. risau juga aku melihat Pancake yang ku kira lebih 30 keping sudah pun aku sediakan. namun yang tinggal hanyalah 3 keping yang berbaki setelah mereka puas menikmati pancake hasil air tangan ku. kegembiraan yang tak tahu aku gambarkan. menumpang kasih dengan anak anak orang.
Jam 11 pagi ibu Yuyun bersama Artila datang menjemput aku dan Rinie untuk ke Korbanyo atau lebih dikenali Pasar Vietnam. aku juga sudah beberapa kali kesana.
setelah berbelanja di Korbanyo lalu kami ke kedai menjual ayam dan daging yang disembilih cara Islam. dengan erti kata Halal. Artila memberitahu kami maksud HALAL didalam bahasa Hungary adalah MATI. hahah kami semua ketawa. akhirnya dapat juga aku membeli hati lembu yang sudah lama aku idamkan untuk masak rendang. tak sabar nak masak rendang hati lembu.

                                         Rendang Hati Lembu Perantau

1/2 kg hati lembu
 di potong dan digaulkan dengan tepung seketika baru dibilas dengan air bersih
2 biji bawang besar dihiris halus
1 inci halia dihiris halus
10 biji cili padi ditumbuk  
2 batang serai diketuk
serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam
2 cawan air suam
1/2 tin santan segera
3 atau 4 sudu besar makan cuka makan
garam dan serbuk perasa

Cara
hati lembu dicuci dan ditoskan air.
didalam kuali masukkan hati lembu, serbuk kunyit, lada hitam, bawang besar, halia, cili padi dan serai
masukkan 2 cawan air suam dan digaulkan semua bahan tadi
masukkan garam, cuka dan serbuk perasa
biarkan hati masak seketika dan tambahkan santan
biarkan hati masak dengan api dapur yang sederhana
tambahlah kesedapan yang diperlukan
garam dan cuka 

Note. kerana terlalu merindui Rendang Hati Lembu. masak dirumah Rinie . tanpa kerisik tanpa cili kering blander, tanpa daun kunyit, tanpa asam keping..alhamduliallah Rendang Hati Lembu sempurna disediakan.

                                              Rendang Hati Lembu

petang pula Rinie beritahu ada tetamu mahu datang kerumahnya. kebetulan hari ini Rinie perlu bertemu guru kelas Patrick. aku mengoferkan diri untuk masak untuk tetamu. Rinie senang hati mendengarnya lalu meminta aku menyediakan APPLE KEK versi german
bila Rinie memberi buku resepi kepadaku, aku terdiam kerana bahan yang perlu disediakan semua menggunakan sukatan gm. aku nie kalau guna sukatan gm payah sikit tapi akan ku cuba. ini satu cabaran bagi diriku.
aku cuba tukarkan sukatan gm kepada sukatan cawan.
 harap harap menjadi APPLE KEK aku hari ini

Apple Kek

2 cawan tepung gandum diayak
2 cawan gula pasir
1 sudu besar baking powder
5 biji telur grd A
1kg apple dipotong dadu dan sedikit dibelah nipis untuk hiasan diatas kek
250g butter
50ml susu segar
2 sudu esin vanilla


Caranya

menggunakan Kenwood mixergula dan butter dipukul sehingga kembang
masukkan asin vanilla
masukkan telur sedikit demi sedikit
tepung diayak bersama baking powder
tinggalkan sedikit tepung untuk digaulkan dengan Buah Apple
potongan Buah apple digaulkan dengan tepung tadi
masukkan tepung berselang seli dengan susu segar kedalam adunan

adunan dicampurkan dengan apple yang telah digaul dengan tepung
lesirkan butter dan ditaburi tepung ditin pembakar

setelah dimasukkan adunan keacuan susunkan potongan buah apple tadi dipermukaannya

Bakar pada kadar suhu 200 C selama 45 ke 1jam

Hasilnya...











0 comments:

Post a Comment