Pages

Saturday, May 11, 2013

Cakoi

CAKOI,,,

Bila  ingatkan Cakoi pastinya aku teringat satu ketika dulu.
ketika itu usiaku baru12 tahun. Bapaku membuka warung atau lebih dikenali kedai kopi. yang didirikan disebelah rumahku, berhadapan jalan besar. Sebelum bapa membuka warung, kehidupan kami sekeluarga adalah dari hasil padi dan hasil getah. aku punya dua orang kakak dan dua orang abang. tugasan mengemas rumah ditugaskan kepada kakak sulungku dan tugasan didapur adalah tugas kakak ku yang tengah. manakala kedua dua abangku pula membantu bapa disawah padi. tugasan aku...hehheheh aku pun tak tahu, ikut suka aku je tapi  selalu jugak aku mengikut ibu menoreh getah, tak pandai pun tapi sekadar meneman ibu, sambil tu aku kutip kayu kayu kering untuk dibuat kayu api atau terjumpa pucuk paku aku kutip untuk dibuat sayur. paling sedap pucuk paku dibuat gulai tempoyak masak gan ikan haruan ataupun ikan bocat. 
Hari itu bermulalah hari pertama bapa membuka kedai kopi. Kedai dibuka seawal 6 pagi dan berakhir jam 6  petang sebelum maghrib. kedai biasa dibuka selepas kami sekeluarga solat subuh secara bergilir gilir,  tapi seawal 3 pagi kami sudah bangun memulakan tugasan mengoreng dan kerja kerja yg sepatutnya. separuh kuih ibu telah siapkan pada malam, seperti kuih bingka ubi, bingka tepung, karipap dan sambal nasi lemak. kadangkala ibu masak daging rendang atau ikan bilis rendang cili hijau. manakala adunan donat, adunan Cakoi dan adunan Bom telah kami siapkan sebelum tidur. seawal pagi kami sudah tahu tugasan masing masing. yang penting Nasi Lemak, Pulut dan Bihun juga Mee Goreng pasti disediakan disetiap pagi. manakala menu utama adalah Cakoi. Aku tak pasti dari mana ibu mendapat resepi Cakoi. itulah tugasan kami adik beradik sebelum kesekolah.
setelah bapa meninggal dunia hampir 7 tahun Cakoi yang menjadi kuih kegemaran orang kg sudah tidak lagi dapat aku rasa. kedai kopi arwah bapaku juga telah dirobohkan dan kini  tapi abang sulung ku pula meneruskan perniagaan Cakoi setelah dia pencin. alhamduliallah perniagaannya semakin maju. dan baru nie aku diberitahu beliau baru sahaja membesarkan kedainya. Alhamduliallah.

Cakoi
1 paket Yis Kering berat 7 gm
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air suam
didalam bekas yang besar campurkan semua bahan. kacau sebati dan biarkan Yis kembang selama 10 ke 15 minit. 

4 cawan tepung gandum
2 sudu besar baiking powder
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar margerin atau butter cair
1 1/2 cawan air suam.
Cara
didalam bekas yang besar. Tepung, baiking powder dan garam digaul sebati 
masukkan minyak zaitun dan margerin cair  . gaul semua bahan
Buat lubang  ditengah masukkan YIS YANG KEMBANG tadi. juga masukkan baki air suam 1 1/2 cawan. 
gaulkan. adunan sedekit lembit. 
rehatkan adunan selama 2 jam. tutupkan  . saya simpan didalam oven kerana suhunya tidak sejuk. bagus untuk proses pengembangan.

Cara seterusnya.. 

Taburkan tepung ditempat mencanai supaya adunan tidak melekat.


adunan yang didalam gambar ini telah saya potong dua. 
setelah dipotong rehatkan doh selama 10 ke 15 minit
& selepas 15 minit
ambil dua doh disatukan, ambil lidi lalu dicelupkan kedalam air 
kemudian lidi tadi diletakkan ditengah doh lalu ditekankan 
tarikkan doh sebelum dimasukkan kedalam kuali.    

inilah hasilnya setelah digoreng.


0 comments:

Post a Comment