Pages

Wednesday, January 23, 2013

Kuih Kasturi Sedap dan Garing

          Hari ini aku nak buat kuih Kasturi Sedap! sedapke kuih yang aku buat, hahhaha, entahlah sendiri buat sendiri makan. tapi kebiasaannya kuih yang aku buat big bos mesti suka.
Nanti aku jenguk kat stor. Kalau tak ada macamana nak buat. kat sini bukan macam di Malaysia...bukan macam di Kelana Jaya, kacang hijau boleh dibeli kat supermaket atau pun kat semua kedai runcit. sebut Kelana Jaya rindu pulak kat mamat kat kedai Rahim Kelana Jaya. lupa pulak namanya...maklum aku dah tinggal dikelana jaya lebih 20 tahun. kalau setakat dua tiga barang malas aku nak keGiant. memang ler kat kelana jaya ada dua supermarket Giant. satu giant kecil satu giant besar. Kelana Jaya  udah macam kg aku. lupakan kisah kelana jaya kita cerita kuih Kasturi

Bahannya
 1 cawan kacang hijau
 2 cawan air utk merebus
1/2 cawan gula pasir / atau ikut suka manis
1/2 cawan kelapa kering / kerana kat sini ini je yang ada
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

Tepung untuk mengoreng
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter
1 sudu kecil serbuk kunyit atau pewarna
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air atau kurang ikut jenis tepung anda.

Cara
rebus kacang hijau sehingga lembut dan kering airnya
saya suka tutup periuk ketika proses merebus kacang dengan api yang perlahan,
bila sudah pasti kacang hijau sudah lembut masukkan gula pasir dan gaul sebati
kemudian masukkan kelapa kering dan tepung gandum kedalam periuk kacang hijau
sementara itu tutupkan api dapur dan gaulkan semua bahan tadi
keluarkan dari periuk dan pindahkan ke atas papan pencanai
taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai supaya kacang tadi tidak melekat.
bentukkan mengikut saiz yang anda suka
saya gunakan acuan donat saiz yang paling kecil.

Cara Bancuhan Tepung
Tepung gandum dicampurkan garam dan butter
gaul seperti serbuk roti
masukkan gula dan serbuk kunyit
akhir sekali masukkan air dan jadikan bancuhan anda tidak berketul

Bancuhan TEPUNG tidak terlalu pekat dan cair.

                                                     Hasilnya
                                                     Garing diluar Lembut didalam


                                                    Goreng separuh masak utk FROZEN



2 comments: