Pages

Thursday, April 14, 2016

Langos

LANGOS..

klu dulu kali pertama aku kenal apa itu langos, aku kenal di Hungary. Langos adalah sejenis roti yang di masak dari bancuhan tepong gandum,yis,gula,garam dan air. Semua bahan tersebut dicampur dan diuli. Setelah diuli dengan sukatan yang sepatutnya,adunan tidak keras dan tidak terlalu cair.

LANGOS sour cream parutan  cheese

LANGOS...mereka sering berkata kalau kita pergi sesuatu tempat dan kita tidak makan makanan yang sememangnya makanan utama ditempat itu seolah kita tidak sampai sepenuhnya. 
LANGOS menyediakan perbagai perisa. Ada perisa saur cream. Bawangputih minyak zaitun dan gula.Entahlah aku pun kali pertama merasa Langos perisa saur cream parutan cheese pada mulanya aku teringat Langos lebih kurang sama dengan kuih di Malaysia cuma bentuk dan kerangupannya. Langos berbentuk bulat...manakala luarannya rangup dan dalamnya lembut..
Kali kedua aku mencuba bawang putih minyak zaitun. Boleh tahan macam rasa roti bawang putih. Sedap. Aku suka.
Kali ketiga aku mencuba makan Langos dengan gula. Okay juga. Sedap. Tapi kali pertama aku mencuba Langos aku tak pernah habis.pastinya separuh ku simpan untuk makan kemudian. Memandangkan saiz Langos yang besar sangat. Waw!!! Pada hari pertama aku tengok Langos yang mana mereka menjual di persiran jalan memang aku terkejut. Ooo...besarnya saiz 



Jangan terkejut...
Sekarang tak perlu lagi ke Hungary untuk menikmati keenakan Langos.

Bukan sekadar Langos dari Hungary ku bawa pulang ke Malaysia tapi aku pulang bersama suami Hungary.
Pn.Siti dari suratkabar sinar datang mengambil gambar dan berita untuk dipaparkan di sinar newspaper. Terimakasih pn.siti.
Alhamdulillah...Langos kami mendapat sambutan dari penduduk kampung. Kami juga menerima tempahan untuk majlis kenduri perkahwinan.
Di sini aku sekadar kecilkan saiz Langos. Manakala perisa pula aku terpaksa mengikut kesesuaian masyarakat Malaysia terutama penduduk kampong. Aku menyediakan Sambal Bilis Rangup. Kaya Power. Coklat Leleh dan hanya Bawang putih minyak zaitun yang aku kekalkan. 

2 comments: