Pages

Monday, January 21, 2013

Roti Baguettes

             Sebelum ini aku biasa dengar Roti Baguettes. Baguette sedap dimakan dengan butter 
dan disiramkan dengan sedikit gula, sedap dimakan dengan Notilla. 
sedap dicicah dengan tea atau macam macam lagi lah.
paling mudah Baguettes sedap dimakan bergitu sahaja tanpa disandingkan dengan perasa lain.
ketika aku mula menjejakkan kaki dibumi Hungary kenalan disini juga sering kali bercerita Baguettes aku sekadar diam. mana mungkin aku memberi komen sedangkan aku sendiri tak tahu macamana rupa Baguettes. aku sendiri tak tahu apa rasa Baguettes. aku sekadar menganggukkan kepala tanda aku mendengar apa yang beliau ceritakan. demi menjaga hati kawan menandakan aku mendengar apa yang diceritakan.
        Kebetulan berhampiran rumah yang aku tinggal ada sebuah kedai roti dan kedai buahan. emm apa lagi pucuk dicipta ulam mendatang...pada satu pagi dengan berbekalkan satu ribu Forent lalu aku berjalan ke kedai roti tersebut. Matawang di Hungary dipanggil Forent, nilaian lebih kurang tujuh belas ringgit bersamaan dengan satu ribu Forent., RM 17.00 / Ft 1000. setibanya aku dikedai roti aku, aku terasa ada sesuatu yang perlu aku lakukan, aku berbicara sendiri.
aku tak pandai berbahasa Hungarian macamana nak beli roti.
apa yang perlu aku cakap dengan penjual roti, 
aahhh...kalau tak pandai cakap Hungarian aku cakap orang putih, bolehlah..yes no thankyou..bolehlah aku cakap bahasa orang putih nie.
ku senyum sendirian sambil aku menolak dedaun pintu kedai.
reggel.,,
satu suara dari gadis penjual roti,
aku memandang kearah gadis lalu memberikan senyuman kepadanya, gadis itu juga senyum kearah ku.
udahhh...aku dah kata aku tak pandai bahasa Hungarian,,,aku mengomel sendiri,
aku kira mesti dia gretting kat aku, aku pun dulu ketika aku menunggu keputusan SPM aku juga pernah bekerja di Ayamas, macam itu juga bila ada pelanggan yang masuk kedai kami disuruh gretting dan tunjukkan wajah yang senyum kepada pelanggan.
selamat pagi. oppp! apa pulak aku cakap bahasa orang melayu bukannya dia faham,
good morning aku membalas. aku rasa dia faham.
ada beberapa orang pelangan yang sedang beratur di kaunter dan seorang pemuda sedang duduk bersarapan. dari pandangan ekor mataku, pemuda itu sedang menikmati segelas jus oren dan sekeping roti daisy. 
nampak macam sedap. tapi tujuan aku kekedai roti hari ini nak membeli dan merasa bagaimana rupanya bagguette.
video
mereka memandang aku seolah aku nie datang dari planit lain. pemuda yang sedang minum jus oren juga memandang aku dengan wajah yang kehairanan,
biarlah dah aku nie seorang wanita muslim pastinya aku menjaga cara pemakaian aku walaupun dimana aku berada, mungkin bila mereka melihat aku memakai hijab dan pakaian aku menutup aurat mereka merasakan pelik sedangkan bumi Hungary musim summer. atau lebih dikenali musim panas, ada dikalangan mereka sekadar memakai seluar pendik dan baju tanpa lengan, 
sedang aku melayan fikiran gadis penjual roti menanya aku apa yang aku mahu dalam bahasa Hungarian.
aku sekadar senyum sambil mataku melilau mencari tanda nama pada roti . mana pulak. emm susahnya nak beli. aku katakan aku mahu Baguette lalu ibu jariku menunjukkan arah roti yang tertera perkataan Baguettes. Baguette sudah ada ditanganku, akhirnya dapat juga aku merasa kesedapan Baguette. Harga sebatang roti Baguette cuma 195 ft tapi aku bawa 1000ft, aku mohon maaf kepada gadis dikaunter. gadis itu tersenyum lalu memulangkan wang baki kepada aku.
koszonom,,,maksudnya terimakasih.
tapi hari ini aku tak perlu kekedai roti setiap minggu untuk membeli Baguettes, kerana aku sudah pandai buat  Baguettes.
Bahan utk Baguettes juga mudah dan senang. 

Bahan

1 pkt yis kering
5 sudu besar gula pasir
2 cawan air suam
semua bahan diatas dicampurkan dan direhatkan selama 10 minit

Bahan Doh
4 cawan tepung gandum
1 sudu besar garam
3 sudu besar minyak zaitun

Cara,,,saya tak guna mesin
Gaulkan semua bahan 
buatkan bulat ditengah dan curahkan  yis yang telah kembang tadi
dengan menggunakan senduk kayu gaulkan semua bahan sehingga sebati
keluarkan Doh dari bekas dan bolehlah diuli 
ketika menguli taburkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh  yang lembut
tutup doh dan rehatkan selama 1 jam
SELEPAS 1 jam 
bahagikan kepada 3 bahagian
Ambil satu bahagia 
bolehlah dicanai dan dibentuk menjadi Doh yang panjang
taburkan tepung diatas doh dan tutup, rehatkan doh selama 2 jam atau lebih
selepas 2 jam anda buat belah ditengah atau terpulang bentuk yang anda suka
lihat gambar dibawah
bakar pada suhu 200F selama 15 min ke 20 min                                                                    

                                                                      sebelum dibakar



selepas dibakar


0 comments:

Post a Comment