Pages

Saturday, January 19, 2013

Cucur Sayur Ranggup

Cucur Sayur nie menjadi kegemaran kami diHungary
entahlah masa aku diMalaysia tak ponah pulak aku membuatnya, sekadar Cucur Ikan Bilis, teringin bila dihujung minggu...itu pun atas permintaan kawan serumahku Aida, rindu pulak aku dengan kawan bujang aku Jalan SS 5C/1D  Kelana Jaya, aku bersama mereka hampir 4 tahun,
suka duka bersama..
walaupun kerinduan tapi kehidupan harus diteruskan

resepi hari ini mudah, cepat dan bahan yang senang diperolehi

Cucur Sayur

Bahan A
1 1/2 Cawan Tepung Gandum *
1 sudu kecil baiking powder *        
1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda *
1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa *
1 sudu besar minyak masak*
1 biji telor ayam *

Semua Bahan yang di tandakan * hendaklah digaul rata

Bahan B
1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
1 cawan karet yang dihiris halus
1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
1 biji bawang besar yg dihiris halus
1 biji cili hijau yg dihiris halus / tak mahu pun tak apa. @ saya suka cucur saya bewarna warni
Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda.

2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair

Pilihan Lain
Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan kedalam adunan
ATAU
Udang Basah yg buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan kedalam adunan

Cara
Bahan B hendaklah dimasukkan kedalam adunan Bahan A
Gaul rata supaya menjadi sebati
kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yg cantik
masukkan Ikan Bilis atau pun Udang yang menjadi Pilihan anda
rasa tahap kesedapan anda

Rehatkan ADUNAN selama 10 hingga ke 15 minit
barulah digoreng

selamat mencuba resepi saya


Sayuran sebelum digaulkan
                                           

Berwarna warni dan setelah dicampurkan semua bahan

                                          Inilah Hasilnya CUCUR SAYUR Ranggup!!!



4 comments:

  1. Memang sedap cucur campur dengan bahan sayuran. Saya tambah kelapa parut sedikit biar rasa lemak2 sikit. Terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omong Mak Long
      terimakasih memberi penambah resepi..nanti su cuba letakkan kelapa parut, kelapa kering boleh tak. kat sini itu je yang ada.
      terimakasih

      Delete
  2. Replies
    1. Amin
      mesti cuba. sudah pastinya sedap

      Delete