Pages

Monday, April 25, 2011

pasar malam


Tanggal 8 April 2011 iaitu hari sabtu,
hari ini hari pertama aku mula berniaga dipasar malam Pantai Dalam.
sebenarnya tapak tersebut adalah kepunyaan kawan aku,
kebetulan dia tidak cukup pembantu dia memberi peluang kepada aku.
memandangkan sebelum ini aku pernah berniaga di pasar tani.
pada awalnya aku ingin menjual nasi kerabu dan nasi dagang
tapi bila ku kira usiaku dan kemampuan ku tidak seperti dulu,
setelah berfikir dengan semasak masaknya
aku memilih menjual kuih yang digoreng ditapak pasar tani.
dengan kata lain aku menjual karipap kentang, karipap ayam,karipap daging,
karipap ikan, popiah cendawan, wantan daging dan wantan udang.
hari pertama aku berniaga
aku sampai ditapak niaga lebih kurang jam 4 petang.
masih banyak kosong tapak niaga. masih awal lagi.
sebelum itu terlupa untuk aku cerita siapa pembantu aku. aida,
kawan serumah aku sudi membantu aku ditapak niaga hari ini.
sesudah aku pasti tapak itu adalah aku yang punya aku berhenti
dan bersedia turunkan payung dan semua barang keperluan yang lain.
"siapa punya tapak tu?"
terdengar suara pakcik bersuara jauh dari sudut tapak pasar niaga.
"tapak nasi kerabu"...
suara ku lantas membalas soalan yang ku tak pasti siapakah pakcik itu
"tengok betoi betoi...jangan tapak orang lain ye..."
suara pakcik menjerit sekali lagi
aku sekadar membalas senyum...
aida kawan rumah aku juga tersenyum...
aku dan aida memasang payung. mengikut dari hujung pasar
aku pasti aku harus mengikut alur garis seperti mereka.
aku pernah lalui semua itu ketika aku berniaga dipasar tani dahulu.
"payung kasi masuk dalam sikit!"
sekali lagi suara pakcik memecah suasana petang itu..
"ok" terima kasih...data suara aku...
tapi bila aku lihat payung mereka lebih keluar dari payung aku...
biarkan..aku tahu hari ini hari pertama aku berniaga. ikut sahaja rentak mereka.
jiran di sebelah kananku menjual apam,
manakala jiran disebelah kiriku menjual putu bambo.
manakala jiran dihadapanku pula menjual buah buahan.
setelah selesai semua aku mulakan tugasanku untuk menggoreng.
 terlebih dahulu aku goreng karipap kentang.
seterusnya karipap ayam, daging, ikan, popiah dan wantan daging.
aku letakkan semua kuih ku didalam bakul yang comel,
ini adalah satu tarikan bagi pelanggan yang hadir kegerai aku.memang cantik.
akak...popiah kasi dua ringgit...
seorang gadis belasan merupakan custamer pertama aku hari ini...
adik boleh tunggu 2 minit..masih dalam kuali...
ok...emmm kasi saya karipap ayam 2 dan karipap daging 2.
aida memberikan layanan yang memuaskan kepada custamer aku.
pelanggan semakin ramai datang kegerai aku. aku bersyukur dengan rahmatmu
YA ALLAH.
jam 6petang pakcik yang menjual apam datang kegerai aku.
lagaknya seolah polis. bermacam soalan yang diajukan kepada aku.
yang tidak dapat aku lupakan ketika beliau memesan
supaya aku tidak menggunakan bakul bakul bagi kuih kuih aku.
beliau menyuruhku meletakkan kedalam talam sahaja.
aku sekadar mengatakan ye. tidak mahu melukakan hatinya aku sekadar senyum sahaja.
kawanku aida.."macam dengki aje"
kami sama sama gelak dengan gelagat pakcik,
biarkan..dia dengan cara dia..aku dengan cara aku.
jam 8malam semua kuih ku habis dijual. alhamduiliALLAH..
mengikut peraturan pasar malam..
jam sepuluh baru boleh perniaga keluar dari tapak niaga.
aku telahpun mengemas semua barang kedlam kereta.
yang tinggal hanyalah payung sahaja.
tepat jam 10 malam jiran jiranku juga telah siap menyimpan semua barang.
aku juga..berakhir sudah hari pertama aku berniaga...
aku terus ke padang jawa untuk berjumpa dengan nah dikedai tomyamnya.
sempat aku simpan karipap sambal ikan untuk dia dan pekerjanya.
setelah makan tomyam campur, kailan ikan masih, telur dadar dan telur bistik
 kami pulang kerumah.jam 11.30 kami sampai dirumah. penat tapi aku bersyukur...
terimakasih YA ALLAH memberi kekuatan dan semangat untuk aku berdiri berdikari sendiri.
   

   

2 comments:

  1. Bestnya berniaga di pasar mlm! Seronok baca semua jualan habis dijual ... :)

    ReplyDelete