Pages

Thursday, December 22, 2011

SubhanaALLAH..

Aku Terkejut...!
betulkah apa yg aku lihat...
"mataku"
"apa yang aku lihat sekarang bukan dialam mimpi?".
aku bukan bermimpi disiang hari...
sebaik sahaja pintu terbuka terlihat titisan titisan putih turun dari langit.
Titisan Putih itu dipanggil Salji atau dipanggil "SnowFlake"
"SnowFlake berbentuk...itu yang diberitahu oleh "Z"
SubhanaALLAH..Kekuasaan ALLAH..ALLAH MAHA KAYA.
11.30 pagi..
MENU hari ini "Nasi Ayam Panggang"
pada awal rancangan aku hendak keluar sekejap membeli bawang putih & bawah merah.
sudah habis daa..camner nak masak?
lupakan dahulu nasi ayam
kita cerita Kisah "Salji" atau dipanggil "SnowFlake".
aku terlalu teruja dengan apa yang aku lihat.
bermacam macam perasaan terbit dibenak hatiku...
tanpa ku sedari ada titisan mengalir dipipiku
aku menangis...
"apa sebenarnya airmata ini?"
air mata kegembiraan atau air mata kesedihan..aku juga kurang pasti..
yang pasti aku dapat melihat keajaiban ALLAH...
turunnya ais batu dari langit. aku memanggil hafiy dan arrisa.
kami menjerit kegembiraan.
hafiy memanggil didye dan tairy. mereka juga menjerit kegembiraan.
maklumlah Malaysia berbeza cuaca.
ini adalah pengalaman pertama melihat turunnya Salji.
diri ku...
aku turun kebilik.
aku sarungkan baju panas ketubuh badanku
aku sarungkan sarung tangan.
aku kegembiraan.
aku naik bersama kamera digital ditangan.
ku lihat hafiy, arissa dan didye sedang bermain salji..
seronoknya...
aku juga ingin merasai apa yg merasa rasakan sekarang
aku turun dan berlari lari sambil kedua belah tanganku berpusing pusing mencapai titisan salji
aku berlari kegembiraan...
aku sentuh salji di bumi...
"sejuk!"
aku dongak ke langit..
SubhanaALLAH...
jelas kepingan putih berguguran kebumi
op!!! mataku terkena salji
aku gembira...
Perasaan gembira yg tak tahu bagaimana nak diungkapkan dengan kata kata
aku meminta didie rakamkan photo kenangan bermain salji
ini adalah kenangan pertama
kenangan manis ketika bermain salji
terimakasih YA ALLAH...



tairy juga turut serta bermain salji..
kami kesejukan...
jari jemari kami terasa beku, walaupun dibaluti dengan sarung tangan
jari kaki juga terasa kebas
tapi aku gembira
kami gembira...
kami ketawa...
kami menjerit...
syukuralhamduliALLAH..
Kerana MU YA ALLAH.
Dptku melihat keajaiban MU.
op!!!
Aku terlupa sesuatu...
"Nasi Ayam Panggang"

1 comments:

  1. sama lah kita teruja tengok salji sebab saya ni tak enah tengok . bila pindah ke turki baru dapat merasa

    ReplyDelete