Pages

Saturday, January 19, 2013

Jemput Pisang yang sedap

Salji yang masih lagi turun diluar menjadikan perut sentiasa lapar,
suhu juga drop sehingga negatif 5. ini baru suhu waktu siang dan sekarang jam pukul 4 petang.
malam nanti suhu akan berubah,
kebiasaannya suhu diwaktu malam kadangkala turun sehingga negatif 10
memang beku...
kakiku sentiasa bersarung kaki
tanganku seringkali kebas dan susah untuk aku menekan keyboard notebook aku nie
yang peliknya masa nielah mood rajin datang nak mengupdate blog masakan yang seringkali tertangguh dek sebuk dengan tugasan seharian aku.
hari ini menu minum petang aku adalah Jemput Pisang Berangan,,,jangan lepas makan nanti berangan terus sudah...hahahhahah

jom kita mulakan

Bahannya
7 biji pisang berangan...kerana itu je pisang yang ada dijual disini
1/2 cawan gula pasir  kalau suka manis tambah lagi..tapi jaga kesihatan kurangkan manis dlm makanan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar bikarbonat soda
6 sudu besar susu segar kalau tak ada tak apa..tapi letak lagi sedap
secubit garam

Cara
Lenyekkan pisang dahulu
masukkan gula,garam dan digaul rata
masukkan tepung gandum dan tepung beras yang telah dicampurkan dengan bikarbonat soda
gaulkan semua bahan sehingga sebati
akhir sekali masukkan susu segar
gaul adunan menjadi sebati
bancuhan jangan terlalu pekat dan terlalu cair...
adunan di atas bergantung kepada saiz pisang yang anda guna
adunan boleh diambil dengan jari anda ketika masukkan kedalam kuali

Rehatkan Adunan selama 10 minit hingga 15 minit

Bolehlah digoreng
saya menggunakan Jari ketika mengambil adunan untuk dimasukkan kedalam kuali
Jari anda hendaklah sentiasa dibasahkan supaya Hasil Jemput Pisang anda akan menjadi Cantik dan Bulat

Inilah Hasilnya
Garing diluar lembut di dalam....


0 comments:

Post a Comment