Pages

Friday, February 15, 2013

Roti Sambal

Sejak dua menjak nie malas sungguh nak update blog aku nie. Waktu siang memang ler sibuk gila. Terkadang tu nak kebilik termenung pun tertangguh. tambahan suhu yang tidak menentu. diluar masih lagi turunnya salji membasahi tanah Budapest. sejuk mencengkam hingga ketulang walaupun seluruh tubuh badanku dibungkus sampaikan kaki ku duapuluh empat jam bersarung kaki namun kesejukan masih terasa.   tapi alhamduliallah semuanya ku lalui dengan izinMU...
Apa la pulak aku melalut jauh sangat.
apa kata hari ini saya tunjukkan resepi Roti Sambal yang paling senang. buat roti kosong pun boleh. inti tu pandai pandai sendiri. saya buat dua perisa. satu saya letak sambal ikan bilis dan satu lagi saya letak inti Natilla Coklat. ada pedas dan ada manis.
Jommmm...kita teruskan

Roti Sambal
Bahan untuk Doh Roti
4 cawan tepung gandum  /  kiraan 1 cawan tepung boleh dapat 8 biji.
1 paket yis kering
1 cawan air suam utk rendam yis kering
1 cawan susu segar suam / saya masukkan dlm microwave selama 30 saat.
5 sudu besar gula / nak manis tambah lagi
2 sudu besar butter atau margerin
1 biji telur/ separuh utk adunan
dan separuh utk disapu diatas roti..dicampurkan dengan 2 sudu besar susu segar
2 sudu besar minyak zaitun atau minyak sayur
garam

Cara.
Yis kering dicampurkan dengan 1 cawan air suam dan gula . dikacau dan biarkan ianya kembang lebihkurang 10 hingga 15 minit.
Didalam bekas yang besar, masukkan garam, minyak zaitun dan butter kedalam tepung dan digaul seperti serbuk roti. kemudian masukkan 1/2 dari telur ayam tadi. gaulkan semua bahan tadi.
Buatkan lubang ditengah tepung dan masukkan yis kering yang telah kembang dan masukkan susu suam tadi. gaul adunan sebati.
Angkat adunan dan taburkan tepung diatas papan pencanai atau diatas meja utk mengguli.
Uli adunan sehingga tidak melekat ditangan.
Tutup dan rehatkan adunan selama 45 ke 1 jam sehingga menjadi dua kali saiz asal
selepas 1 jam tekan tekankan Doh.. buat lubang ditengah doh seperti Donat besar.
kemudian potong saiz besar mana yang anda kehendaki.
Bentukkan bulat dan ditutup dengan tuala yang lembab
masukkan inti yang dikehendaki dan rehatkan selama 10 minit..tutupkan dengan tuala lembab
sebelum dibakar sapukan telur diatas doh
Panaskan oven 150C selama 10 minit sebelum dimasukkan doh tadi.
Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sehingga bertukar warna keemasan..

Inilah Hasilnya
                                                   sebelum dibakar dan disapukan telur

                                                                      selepas dibakar

                                                                Inti manis dan Inti Pedas

Inti Sambal Tumis


2 comments:

  1. Amin A.R maaf ler akak tak terangkan ye.. amir cuma leperkan doh itu dan masukkan inti macam buat pau. tutup biar rapat supaya bila dibakar tidak terbuka. lain kali nanti akak tunjukkan cara masukkan inti dan cara pusingkan doh tu supaya dia kemas..kesian adik akak nie..

    ReplyDelete