Pages

Sunday, July 14, 2013

MIKRAJ NABI SAW

Imam Bukhari merawikan dari Qatadah, dari Anas bin Malik dan Malik bin Sa sha ah, bahawa Nabi SAW bercerita kepada mereka tentang malam baginda diisrakkan, Baginda bersabda.
Suatu malam aku berbaring dibilikku. Tiba tiba seseorang datang kepadaku lalu membelah antara sini sampai sini dan mengeluarkan hatiku. Kemudian didatangkan setimba emas penuh dengan keimanan, hatiku dibasuh *dengannya* lalu dimasukkan kembali. Kemudian aku dibawa dengan haiwan di bawah bighal di atas khimar *buraq* putih. Jibril as membawaku berjalan sampai ke langit dunia. Dia meminta dibukakannya?maka ditanya, Siapa engkau? Dia berkata Jibail.  Dan siapa yang bersamamu? Dia berkata, Muhammad Apakah dia utuskan *sebagai rasul* pula? Jibail berkata, Benar, Lalu dikatakan, Selamat datang wahai anak yang soleh dan nabi yang soleh.
Kemudian Jibril membawaku naik hingga ke langit kedua. Dia minta dibukakan. Maka ditanya, Siapa engkau? Jibril. Jawabnya. Siapa yang bersamamu? Muhammad. Jawabnya lagi. Apakah dia juga rasul? Benar. Jawab Jibril. Di katakan Selamat datang wahai sebaik baiknya yang datang. Kemudian dibukakan. Ketika itu aku nampak disitu Yahaya dan Isa, di mana Jibril memperkenalkan. Inilah Yahaya dan Isa. Kemudian aku memberi salam. Dan mereka membalas salam seraya berkata, Selamat datang saudara yang baik dan nabi yang baik.
Lalu Jibril membawa aku ke langit ketiga. Dia minta dibukakan. Maka ditanya. Siapa itu? Jibril. Siapa pula yang bersamamu? Muhammad. Apakah dia seorang rasul juga? Benar. Selamat datang wahai sebaik baik yang datang. Kemudian dibukakan. Setelah aku jelas, ternyata di situ adalah Yusuf. Dia mengenalkan, Ini Yusuf. Dia memberi salam kepadanya dan aku juga. Yusuf membalas, lalu berkata, Selamat datang wahai saudara yang soleh dan nabi yang soleh.
Kemudian Jibril membawaku naik sampai ke langit keempat, Kemudian dia minta dibukakan lalu ditanya. Siapakah itu? Jibril. Siapa pula yang bersamamu? Muhammad. Apakah dia juga seorang rasul? Benar, Selamat datang wahai sebaik baik yang datang, Lalu dibukakan dan setelah aku jelas ternyata di situ Idris. Jibril memperkenalkan Inilah Idris, Kami lalu memberi salam dan dia menjawab sambil mengucapkan, Selamat datang wahai saudara yang soleh dan nabi yang soleh.
Kemudian Jibril membawaku naik ke langit kelima, Dia minta dibukakan lalu ditanya, Siapakah itu? Jibril. Siapakah pula bersamamu? Muhammad, Apakah dia juga seorang rasul? Benar. Selamat datang wahai sebaik baik yang datang. Kemudian dibukakan. Jibril memperkenalkan Inilah Harun. Dia memberi salam kepadanya dan aku juga. Lalu dia membalas salam itu sambil berkata, Selamat datang wahai saudara yang soleh dan nabi yang soleh.
Kemudian Jibril membawaku ke langit keenam. Dia minta dibukakan lalu ditanya, Siapakah di situ? Jibril, Siapa pula yang bersamamu? Muhammad. Apakah dia juga seorang rasul? Benar. Selamat datang wahai sebaik baik yang datang. Kemudian dibukakan dan setelah aku jelas. ternyata di situ adalah Musa. Jibril memperkenalkan. Kami memberi salam kepadanya dan Musa pun menjawab sambil mengucapkan Selamat datang saudara yang soleh dan nabi yang soleh. Ketika kami hendak berlalu dia menangis. Ditanyakan kepadanya. Mengapa engkau menangis? Dia berkata. Aku menangis kerana seseorang teleh diutus sesudahku dan ternyata umatnya yang masuk Syurga lebih banyak daripada umatku. 
Kemudian Jibril membawaku naik ke langit ketujuh. Dia minta dibukakan dan ditanya, Siapakah di situ? Jibril Jawabnya, Siapakah pula bersamamu? Muhammad, Apakah dia juga seorang rasul? Benar, Selamat datang wahai sebaik baik yang datang. Kemudian dibuka dan setelah jelas. ternyata di situ adalah Ibrahim. Jibril memperkenalkan, kami memberi salam kepadanya dan dia membalas salam sambil berkata. Selamat datang anak yang soleh dan nabi yang soleh.
Kemudian aku dinaikkan ke Sidratul Muntaha. Di situ ada sebuah pohon yang daunnya seperti telinga gajah. Jibril berkata. Inilah Sidratul Muntaha. Di situ juga ada empat sungai. Dua sungai di dalam dan dua sungai di luar. Aku bertanya, Dua sungai apakah ini, wahai Jibril? Dia menjawab. Apapun dua yang di dalam itu adalah Sungai Nil dan Eifrout.
Kemudian aku dibawa naik lagi ke Baitul Makmur, tempat di mana setiap hari tujuh puluh ribu Malaikat masuk beribadah  di situ. Kemudian mengambil yang susu, Dia berkata, Itulah fitrah kamu dan umatmu.
Kemudian diwajibkan atasku solat lima puluh kali setiap hari.
Nabi SAW bersabda. Kemudian aku kembali pulang, bertemu dengan Musa, Dia bertanya, Kau diperintahkan apa? Solat  lima puluh waktu setiap hari. Jawabku. Musa berkata, Umatmu tidak akan mampu untuk solat lima puluh kali setiap hari. Kembalilah kepada , mohon diringankan bagi umatmu! Kemudian aku kembali lagi dan mendapat keringanan sepuluh. Aku pulang, bertemu Musa, Dia berkata serupa itu lagi. Sehingga aku kembali dan mendapatkan keringanan sepuluh lagi. Lalu aku pulang dan bertemu Musa. Dia berkata lagi seperti itu, Maka aku kembali dan sehingga aku diperintahkan dengan sepuluh kali saja, setiap hari. Maka aku kembali kepada Musa, dia berkata seperti itu lagi. Maka aku kembali dan hanya diperintah dengan lima kali solat dalam sehari. Aku kembali kepada Musa, dia bertanya, Berapa kali sehari kau diperintahkan solat? Aku menjawab, Dengan lima kali setiap hari,
Dia berkata lagi, Sungguh umatmu tidak akan mampu solat lima kali setiap hari. Kembalilah kepada Tuhanmu, mohonkanlah keringanan untuk umatmu. Nabi SAW menjawab, Aku telah memohon kepada Tuhanku sampai aku malu kepada Nya, Tetapi aku rela dan aku berserah, Nabi SAW berkata, Ketika aku berlalu ada suara memanggil, Telah Ku tetapkan kefadhuan Ku dan Ku ringankan hamba hamba Ku, 

0 comments:

Post a Comment