Pages

Wednesday, September 11, 2013

Warna Warni Kehidupan part2

Hari Sabtu datang lagi. Alhamduliallah aku masih diberi kesihatan dan tidak lupa aku memanjatkan doa kepada Nya memberi aku ruang dan nafas dibumi Hungary ini. Jam ditangan kananku menunjukkan kurang 2 minit kepukul 9.00 pagi. Hari ini aku tak mahu terlewat lagi seperti mana minggu lepas terlewat 3 minit.Terpandang jam ditanganku tiba tiba sahaja ingatan ku dikenangan lama. Jam yang aku pakai adalah pemberian dari tempat kerja lamaku. Pekerja yang berkhidmat selama 5 tahun akan diberi penghargaan dari pihak syarikat. bergitu juga teman teman lagi yang berkhidmat lebih dari 5 tahun dengan erti lain setiap 5 tahun akan diberikan penghargaan kepada pekerja. Pihak syarikat juga akan memberi keistimewaan kepada pekerjanya melawat tempat tempat yang menarik diseluruh dunia. ketika aku mendapat penghargaan bekerja selama 10 tahun juga aku menerima sebuah jam tangan yang amat cantik dan berjenama. kalau aku sendiri tak mampu aku membelinya tapi aku tinggalkan di Malaysia. entahlah aku sendiri tak pasti kenapa aku tak bawa bersama ketika datang kesini dulu. Insya allah semua barang yang ku tinggalkan telah ku simpan dengan kemas ditempat yang sempurna dirumah ibuku dikg Perak. 
Aku kini berada diluar pintu pagar rumah, yeeee. hari ini aku tak lambat. Aku pandang jam ditangan kananku. tepat menunjukkan pukul  9.00 pagi. atau jam aku kelewatan dan Anna sudah pulang. tidak mungkin pasti beliau akan call aku. Anna muncul dihadapan ku dengan memandu kereta aku tak pasti jenis kereta apa. Anna menunjukkan isyarat supaya aku naik kedalam keretanya kerana beliau sedang berbual dihandphone yang aku tak faham apa yang dibualkan. Lebih kurang 5 minit kereta bergerak Anna bersuara memecahkan kesunyian didalam kereta. Anna mohon maaf kerana terlewat. Beliau menerangkan ibunya berada di Hospital kerana menjalai pembedahan dibahagian mata atau pembuangan selaput mata. dan pembedahan selamat dan ibunya sedang berehat sebelum dibenarkan pulang kerumah. Tanpa aku sedari aku menyebut alhamduliallah. Anna terkejut dan bertanya apa maksudnya alhamduliallah. setelah menerangkan maksud Anna mengucapkan teima kasih kepada aku dan aku juga memberitahunya ibu aku dikampung pernah menjalani pembedahan seperti itu dan perlu mendapat perhatian dari keluarga kerana selepas pembedahan pesakit tidak digalakkan bergerak terlalu banyak. mengakat barang berat dan tunduk. Kesan itu akan membuatkan tindakbalas terhadap pesakit. Anna mengakui apa yang aku katakan kerana doktor telah menjelaskan kepadanya.Kerana leka bercerita membuat kami terlupa kemana arah sebenar nak dituju. Disini bukan seperti di Malaysia main pergi je. banyak jalan yang perlu diteliti atau perlu melihat GPS. Minggu lepas kami telah berbincang pada hari ini Anna mahu menunjukkan kepada aku cara membuat Hungarian Soup Goulash dan aku pula mengajarnya cara membuat Kuah Kacang.
Aku keluarkan buku nota dan memberikan alamat kedai  yang menjual daging dan ayam Halal. Anna berhenti dibahu jalan dan meminta aku mengambil sesuatu ditepi pintu sebelah aku duduk. Anna sempat menjelaskan GPS cuma ada dikereta suaminya. rupanya peta Hungary yang Anna minta aku ambil
setelah di teliti Anna tahu dimana alamat yang aku catatkan.


akhirnya. mudah saja Anna mencari alamat kedai Meraat
Meraat. kedai menjual barangan halal.
















minyak ini ada dijual disini
bolehlah buat kuih Makmur
















jimat elektrik














Kebab Ayam













lupa tanya apa benda nie










                                       mencuba manisan ini
                                       2 keping 400 Ft













boleh bergosip disini
minat la pulak dengan kerusi meja dia













100gm berharga 500 Ft
















sedap nie.


setelah membeli daging lembu Halal
 1 kilo lebih bernilai 2ööö ft kami menuju kedistinasi seterusnya







perancangan awal  mahu keKohinoor Bazar kerana aku kenal salah seorang pekerjanya bernama Mariam. Marian seorang gadis Hungarian berkahwin dengan salah seorang keluarga Kohinoor yang berbangsa Pakistan dan mereka membuka restorant halal di West And tapi ketika kami sampai masih belum buka akhirnya kami terus ke kedai Meraat. 
selepas kami membeli barang diMeraat kami singgah di Asia Market membeli serai dan beberapa barang untuk membuat kuah kacang. kebetulan kedai Asia market berhampiran dengan Kohinoor Anna mahu melihat apa barang yang terdapat disitu



selain menjual daging halal terdapat juga tudung
aku terkejut bila diberitahu tudung itu diimport dari Norway dan UK. aku sangka dari Thailand atau pun dari Vietnam.










Operasi bermula
nak masak Soup Goulash












Sayur yang diperlukan untuk membuat
Goulash Sop.  Ubi ketumbar dan ubi sop juga














Tumiskan bawang tak perlu lama







masukkan daging Sebelum itu masukkan Serbuk Paprika pedas dan serbuk Paprika manis. perlu diingat ketika memasukkan kedua dua serbuk tersebut periuk yang ditumis bawang tadi perlu diletakkan ditempat yang dingin supaya serbuk tersebut tidak hangit. kemudian baru masukkan daging dan digaul sebati. biarkan seketika








masukkan air dan diikuti dengan sayuran

kalau menggunakan periuk biasa Goulash perlu dimasak selama 2 jam tapi kami menggunakan slow cooker ianya sekitar satu jam sahaja

kita tunggu dan lihat hasilnya



sementara menunggu Soup Goulash masak aku disajikan dengan Kek tradisional Hungary
bulan depan beliau berjanji akan mengajar aku dan aku pula akan mengajar nya membuat Bubur Pulut Hitam



sementara menunggu Soup Goulash yang masih diatas dapur projek diteruskan

Giliran aku pula mengajar Anna membuat Kuah Kacang untuk dimakan bersama satay

sedang menumis bawang, semerbak bau
biarkan bawang garing keemasan






sementara menunggu bawang garing keemasan Anna mengajak aku memetik buah Tin
Karmila anak dara Anna masih belajar. terlupa pulak aku nak tanya belajar dimana








bestnya dapat memetik buah Tin. buah yang segar, manis pula



Siap dah Kuah Kacangku
1 kilo kacang yang aku buat cuma tinggal sikit sahaja bakinya. Ini adalah Anna telah meratah bergitu sahaja, suka sangat dia dengan kuah kacang yang aku buat. beliau pernah makan ketika melancong ke Malaysia 1ö tahun dahulu
kemudian bila dia pulang keHungary apabila teringin makan kuah kacang beliau membeli yang instant. tapi tak sama rasa seperti yang aku masak...katanya.


Buah TIN
rasanya lebih 1Ó biji aku dah makan
sehingga lidahku dah terasa nipis macam dulu pertama kali aku makan buah cherrie segar.





sementara menunggu Soup Goulash Anna menunjukkan cara membuat mee yang perlu dimasukkan kedalam Goulash. Kebiasaaan Goulash dimakan bergitu sahaja, Bahan untuk membuat mee adalah Tepung Gandum dan Anna menggunakan tepung gandum gred A sama seperti tepung membuat Karipap tempohari. Adunan tidaklah cair dan tidaklah pekat sangat





Peralatan yang perlu digunakan untuk proses membuat mee dan terus dimasukkan kedalam periuk yang berisi Goulash.
seperti nak buat bubur anak lebah ataupun nak buat Cendul je. tunggu dan lihat hasilnya nanti...bagaimana










Anna meminta aku mencuba melakukan lenyekan tepung kedalam periuk Goulash










Inilah Hasilnya bancuhan tepung
yang dilenyekkan tadi








Tranggggggg...
Saop Goulash

Anna menceritakan bagaimana terciptanya Soup Goulash
Pada awalnya Goulash cuma ada sejenis sahaja iaitu Soup Goulash tapi apabila generasi berkembang maka Goulash telah diubahcipta dengan perbagai rasa dan bahan. antaranya ada Goulash yang pekat  dan cara penyediaan yang berbeza. aku teringat satu 2 tahun lepas ketika aku meneman kenalan makan Goulash di fasyen street Goulash yang dihidangkan adalah pekat dan disajikan bersama nasi dan salad. bila aku perhatikan dan baunya seperti rendang,  

Kisah GOULASH
Mengikut cerita dari nenek moyangnya pada zaman dahulu ada seorang lelaki miskin, lelaki itu bernama GOULASH. Pekerjaannya adalah sebagai gembala. Antara ternakanan yang dijaganya seperti lembu, ayam, kambing dan juga babi, disamping itu beliau juga bercucuk tanam . Banyak sayuran ditanam dikebun seperti karet, kentang, daun ketumbar , bawang, cili pedas dan cili manis dan daun sup, Kerana kemiskinan beliau hanya mampu masak satu jenis masakan setiap hari. dengan itu Goulash masak  daging yang dicampurkan bersama sayuran  yang terdapat diladang. Pada suatu hari pemilik kebun datang dan Goulash memberi hidangan itu kepadanya dan masakannya menjadi kesukaan pemilik ladang. Apabila Golous mati pemilik ladang terlupa bertanya apakah nama masakan itu akhirnya  memberi nama Goulash pada masakan tersebut. maka terciptalah sejenis masakan bernama Soup Goulash di ambil dari nama gembala itu.




Semangkuk Soup Goulash untuk aku
ooooo..sedapnya

senang dan mudah sahaja cara masakannya










Baki Cili kering membuat Kuah Kacang aku masukkan kedalam Goulash kerana kurang pedas
ini adalah anak anaknya tidak bisa makanan yang pedas





selesai tugas aku dirumah Anna aku terus bergerak kerumah sahabatku Rinie, aku berjanji akan mengajar beliau membuat Samosa. kebetulan pagi tadi singgah kedai Asia Market sempat aku belikan sebungkus kulit popiah buat Rinie. Hari ini aku perlu ke Elle Mall dengan menaiki tram no 4 dari Margit Hit kerana tram no 59 yang disebelah Mammot sedang melakukan kerja pembaik pulih landasan. dari sana aku perlu naiki bas no 53 ke Marton Aron. selepas itu aku naik bas no 8 menuju kerumah Rinie

permandangan dari Pest



sampai di Elle Mall tadi bas no 53 sudah ada dan kebetulan apabila aku naik dan masukkan tiket bas terus bergerak. tak sempat aku nak take photo lagipun aku terasa mengantuklah pulak. kalau aku tertidur bimbang terlepas, aku tak pernah naik bas ini.
perjalanan kurang 23minit akhirnya aku sampai di Marton Aron ter.
sekarang aku menunggu bas no 8





sekarang pukul 4.ö3 minit
mengikut jadual yang dicatit Bas sampai pukul 4.ö9 minit







Bas memang mengikut masa yang tercatit
sepanjang jalan menuju kerumah Rinie Pohon Rose yang boleh dibuat sirap banyak terdapat. geram aku tengok nak ambil orang punya. ambil gambar tak ada orang nak marah kan











Bunga ini juga banyak terdapat disepanjang jalan







sampai dirumah Rinie aku diberitahu ada acara BBQ
Rinie meminta aku membuat Samosa. sebelum itu aku wajib tunaikan solat zohor yang sudah penghujung waktu. alhamduliallah dapat aku tunaikan solat zohor langsung aku tunaikan solat asar. alhamduliallah

inti Samosa sudah aku sediakan







                              Samosa sedang digoreng














                                           Hasilnya







alhamduliallah. Samosa yang aku buat menjadi kesukaan mereka.
kelihatan Andria sahabat Rinie sedang memegang Samosa yang kedua.
ada tangan lain juga kelihatan sedang mencapai Samosa. tangan itu adalah tangan Patrick anak Rinie. beliau juga suka sangat Samosa





sempat berposing
gaya mesti ada walau dimana dan keadaan sekali pun. hahhaha














macam macam ada
kentang. satay ayam, peha kambing dan daging lembu juga berberapa jenis sayur









sementara menunggu acara BBQ sempat aku petik 2 biji buah apple yang sudah masak. tahun ini buah apple tidak bergitu banyak mungkin disebabkan cuaca yang berubah.










kerana tak sempat membuat kuah kacang Vera menyediakan sambal kicap untuk dicicah dengan satay. pedas gila








Rinie masak Kas kas. pertama kali makan
sedap jugak











jemputan tak ramai tapi makanan banyak













dah habis baru teringat nak take photo
banyaknya aku makan...mcamana nak kurus nie







selesai aku mengerjakan solat magrib aku minta diri untuk pulang. Rinie menawarkan diri untuk menghantar aku tapi aku boleh pulang sendiri. terimakasih Rinie. terimakasih di atas undangan tanpa aku tahu ada makan makan lagi. kenyang sangat perut aku
dari rumah Rinie aku naik bas ke Marton Aron. kelihatan tram no 59 berdiri megah dilandasannya. aku serbasalah perlukah aku naik bas atau naik sahaja tram ini. kalau aku naik bas perjalanan aku masih jauh utk kerumah kalau aku naik tram 59 dah berhampiran dengan kawasan rumah aku. aku ikut kata hatiku, naik tram, kalau berhenti separuh jalan aku naik teksi sahaja kerumah, lagipun hari masih awal.



tanpa aku sedar aku terlelap. apabila  terjaga tram sudah  di station Suveg utca.

hari ini tidak ramai orang.










alhamduliallah
tram 59 berhenti di Szell Kalman ter
dekat rumah aku dah...
ramai pulak orang. oppp malam minggu rupanya









dalam tram no 4 menuju ke Margit Hit











anjing yang baik. duduk dibawah kerusi tuannya













               sampai di Margit Hit
               kelihatan Bangunan Parliment
               seolah terapung diawanan.







sistem pengangkutan yang cepat dan pantas di Budapest





laluan bawah tanah menuju ke station tram no 17












sunyi sepi..
dengan cuaca yang dingin










permandangan Margit Bridge






kat Malaysia ada tak...










minta tolong pelancong dari Hongkong.
































ehhhhh..dah tukar warna hijau...













kesiannya.....












                               dalam tram no 17











Kolosy ter
tunggu bas 65













Tiket bas
mata dah nampak bantal dan tilam





Badan penat tapi aku gembira. Inilah dikatakan Warna warna kehidupan.
tunggu 2 minggu lagi aku sambung coretan perantau belajar membuat Kek Tradisional Hungary.
tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

0 comments:

Post a Comment