Pages

Wednesday, April 20, 2016

Usahawan krusus

April 18.2016

Pagi isnin aku dan suami sudah bersedia untuk pergi krusus anjuran SMEBiz di Casuarina Hotel Meru Ipoh. Aku dapat maklumat tentang krusus dari group Anak Perak. Kami perlu daftar melalui  on line.
Setelah berbincang dengan adam kami bersetuju untuk bermalam di Hotel sehari sebelum hari krusus diadakan. Adam telah membooking hotel melalui Trivago. Kamipun sudah lama tidak bercuti. Mana tidaknya seawal jam 5 pagi kami sudah bangun untuk menyediakan urusan Langos untuk berniaga dipasar pagi. Petang pula berniaga di Sidec. Itu adalah rutin harian kami. Pagi di Changkat Lada petang pula di Titi Gantung.memandangkan pendaftaran pukul 8 pagi aku dan adam tak perlu tergesa dari rumah. Lagipun adam boleh manjakan diri dikolam renang.

Aku dan adam terima email dari pihak Smebiz untuk pengesahan.

Selesai urusan dikebun pokok tin dan aku pula mengemas dapur kami berdua sudah bersedia untuk bercuti sambil mengutip ilmu dari usahawan Melayu yang telah berjaya.
Pukul 12.30 tengahari kami telah berada dikaunter Casuarina. Manis perempuan yang menyambut kami. Aduhhh..rupanya pukul 3 baru boleh check in. Aku pandang adam. Adam pandang aku.

Kepenatan masih berbaki..parking kereta jauh. Aku dan adam melabuhkan minda di lobby hotel. Adam ambilkan jus untuk kami. Manggo jus. Emmm sedap juga. Masa yang terluang aku dan adam menyemak documents yang perlu diserahkan ke Immigration. Perancangan awal selesai urusan pendaftaran di Casuarina kami bercadang untuk renew visa Adam. Kepalaku terasa berat. Cuaca diluar yang panas terik seolah tidak terasa hawa dingin hotel.
Perut dah menyanyi. Pagi tadi aku sekadar menyamah seketul lemang bersama rendang ayam kg. 
Kisah semalam emak teringin nak makan lemang panas. Bukan apa hari rabu aku mencuba resepi baru, Briani Ayam Lemang. Aku minta Jet kawan niaga ambilkan buluh lemang dan ada berbaki 6 batang buluh. Itu yang mak teringin nak makan lemang panas.Alhamdulillah  sedap.
Briani AYam Buluh.

Sememangnya sedap.
Kebetulan kawan aku datang dari Klang, dapatlah aku hidangkan sedikit lemang dan ayam kg.

Laaaa..udah terlajak jauh cerita aku nie..

Aku bincang dengan adam, kami pergi cari makanan dan check in kemudian. Setelah berbincang dengan pertugas dan mohon simpankan barangan kami, suzuki meluncur laju ke Maidin yang jarak dari hotel lebihkurang 2 minit. Sebelum nie pun kami sudah beberapa kali singgah dan makan di situ. Setelah parking kereta kami terus menuju ke food court diruang khas yang disediakn. Aku makan mee goreng mamak, adam memilih ayam tanduri bersama 2 keping tosey. Aku jerling jam ditangan kananku..pukul 1.30. Masih banyak masa lagi untuk check in. Selesai membayar di kaunter aku mengajak adam ketingkat satu bahagian tudung. Tudung yang aku pakai habis kotor disebabkan mee goreng yang aku makan.
Jam 2.30 petang kami check in...aduhh...parah..Casuarina Hotel nie tak ada swimming pool...aku dan adam ketawa...
Selesai solat zohor aku dapat message dari Angah dari group kawin campur. Angah ada di Cepor bercuti dirumah keluarganya, hari jumaat balik ke Cairo mengikut suaminya bertugas disana. Aku pun tak pernah tanya suami angah dari mana.mahupun apa pekerjaannya. Setelah berbincang dgn adam, kami setuju jam 5 petang kerumah angah.

Angah berjanji akan jemput kami di depan Mac Donald. Selesai solat azar kami terus ke Mac D. Aku teringat angah ada 2 anak. Aduhh.apa yang perlu aku belikan untuk mereka. Aku terpandang Chorros. Emm..aku beli 2 perisa..satu perisa kayu manis dan perasa coklat.

Dapat juga aku bergambar dengan adam dan Daniel. Terima kasih angah. Siap makan laksa sedap sangat.
Aku terlupa tanya angah siapa nama islam suaminya. Dengar angah panggil donny je dekat suaminya.
Rupanya kami tinggal di tinggat atas hotel.

Cantiknya view dari bilik hotel.

Sempat my hubby bersarapan sebelum keluar mengikuti krusus.

Sempat lagi bgambar. 
Peserta sudah ramai memenuhi ruang dewan. Peserta diminta membuat pilihan. Ada 3 usahawan yang telah berjaya yang akan memberi semangat,membakar jiwa usahawan yang baru berjinak didalam perniagaan.
Setelah berdaftar kami diminta masuk kedalam dewan. Jam 8.30 majlis akan bermula
 Peserta memenuhi ruang dianggarkan lebih 2000 orang,itu tidak termasuk mereka yang berdiri. Memang hebat.
Aku terlupa nak cerita, sarapan yang mewah disediakan. Aku memang tak makan awal pagi,lagipun tadi sebelum keluar bilik hotel aku dah minum secawan tea dan sedikit biskut. Kalau ikutkan hati bilamana aku lalu diruang makanan memang aku nak makan,macam macam ada, karipap. Popiah. Mee goreng. Ketayap, aduiiii.adam terus tarik tanganku seolah tahu aku memang nak capai apa yang tanganku boleh gapai..sempat lagi adam bersuara.
"Already...
Mati seleraku.

Ada sisi soal jawab. Adam berani meminta pandangan. Itu dia gambar terpampang di screen...
Pemuda ini adalah salah seorang usahawan berjaya..kalau tak silap namanya Razman. Beliau memilikki 4  van bergerak bagi jualan spageti dan perbagai makanan barat.
siapa tak kenal dengan dato Vida yg lebih dikenali" ku putih ku putih barulah putih"

Bergambar dengan Pn.Sherry. beliau adalah salah seorang penceramah. Beliau mempunyai 5 restaurants di Kuala Lumpur. Kebab adalah menu utama direstorantnya.
Terjumpa dgn orang kg..aku terlupa nama. Dia kenal aku..beliau mengusahakan perniagaan frencash burger.
Abang nie rupanya kawan pak saudara aku..pakcik main. Lupa pulak namanya. Beliau mempunya chalet di ulu chepor. Beliau bersama dengan anak lelakinya turut serta di seminar ini.
Aku dan adam bermalam di Chalet D'Lereng.

Turunnya kami dari atas bukit Cepor,kami terus kesini..
Sementara menunggu pegawai bertugas berbincang, kami ke kantin untuk sarapan. Ini adalah sarapan adam. Semalam mada pergi Maidin sempat beli. Aku makan beehoon soup je.
Alhamdulillah. Selesai.

Perjalanan kami seterusnya...aduhhhh memang hari ini kami bercuti dan berjalan jalan. 

Setelah setengah jam perjalanan dgn kereta kuda kami akhirnya sampai juga tempat yang dituju.
Pohon sunnah kepunyaan sahabat kami Kanda Long Jaafar. Tahun lepas beliau datang ke Telok Bakong membeli pokok tin dari kami Variety Tihany dan Varacska. Alhamdulillah semua pokok tin subur didalam jagaannya.

Ada lebih 200 Variety pokok tin yang ditanam disini. 

0 comments:

Post a Comment