Pages

Friday, December 23, 2011

Canggihnya Teknologi

Kisah Bermula...
seperti hari hari yang lain, hari ini hari sabtu aku berFB dengan anak saudaraku Noli.
katanya ibuku berada dirumahnya @ Jln Gurney
kakakku akan mgadakn kenduri kesyukuran
kebetulan abangku Osman datang ke Kuala Lumpur kerana iparnya mgdakn majlis perkahwinan.
dengan itu ibu menumpang sekali.
jam di Hungary...3.30 petang
jam di Malaysia..10.30 malam
noli lantas menyuarakan untuk skype. aku setuju.
akhirnya selepas 6 bulan aku merantau dapat aku menatap wajah kesayangan IBU.
hatiku sebak
jiwaku sayu
aku tak mampu mengeluarkan sebarang kata
ku lihat ibuku juga
aku dan ibu cuma memandang diskrin
tangan ibu cuba mencapai skrin seolah olah ingin memegang mukaku
"Assalamualaikum"
itu adalah ayat pertama yang keluar dari mulut ibu
ayat yg keluar setelah beberapa saat aku dan ibu sekadar mendiamkan diri.
"mak rindu kat adik"
adik adalah panggilan manjaku kerana aku adalah anak bongsu dari 5 orang adik beradik
"adik sihat?"
bertalu talu ibuku menanya
ada nada sebak dari kata kata ibu
aku lihat airmata ibu mengalir
aku sekadar menganguk
aku cuba menahan air mataku gugur
"wa'alaikumussalam"
"adik sihat, mak macamana...?"
dengan suara yang tengelam timbul aku menjawab seolan ibu
aku tak mampu lagi menahan air mata yang sudah bertakung dikelopak mataku
akhirnya gugur juga airmataku
mungkinkah airmata ini airmata kesedihan
mungkinkah airmata ini airmata kegembiraan
gugurnya airmata adalah perasaan sedih kerana rindu yang teramat sangat kepada ibu
gugurnya airmata adalah perasaan gembira kerana hilang rindu dapat menatap wajah ibu
walaupun tidak berjumpa secara zahir
namun aku tahu...
ibu juga punya perasaan seperti aku
kerana aku adalah anaknya.
anak yang kandungnya sembilan bulan sepuluh hari
anak yang dilahirkan dari benih kasih sayang ibubapaku
walaupun bergitu aku tidak mahu melukakan hati dan perasaan ibu
walaupun jiwaku merintih..
kerana aku punya perasaan...
perasaan rindu yang teramat sangat
kalau dulu sebulan sekali aku akan pulang kekampung
kalau dulu aku seringkali peluk ibu
kalau dulu aku seringkali mencium tangan ibu
kalau dulu aku seringkali mencium pipi ibu
kalau dulu aku seringkali makan makanan dari air tangan ibu
tapi  kini semuanya tidak dapat lagi aku lakukan
aku kini berada jauh beribu ribu batu dari ibu
insyaALLAH..
aku akan pulang ibu
insyaALLAH..
aku nak peluk ibu macam dulu dulu
insyaALLAH..
aku nak cium pipi ibu macam dulu dulu
insyaALLAH..
aku nak cium tangan ibu macam dulu dulu
insyaALLAH...
aku nak makan makanan yang ibu masak dari air tangan ibu macam dulu dulu
ketika itu nyah pula menjengok...
"adik dah kurus...?"
"adik dah putih...?"
"macamana duduk disana?"
suara nyah yang bising
teringat aku...
yeop selalu mengusik nyah dengan panggilan "Joyah"
aku tersenyum
nyah kata aku kurus...
nyah kata aku putih...
ku sekadar diam..
biarlah aku yang tahu...
aku juga rindu dengan kakakku
aku sebak..
mungkin sifat aku yang terlalu sensitif
ku lihat mata kakak juga berair
ku dapat dengar nada sebak yang keluar dari kata kata kakak
hatiku semakin sayu...
aku tak mahu mereka tahu kegusaran dilubuk jiwaku
aku ketawa walaupun jiwaku berkata tidak...
aku melawan jiwaku supaya tidak ada lagi airmata gugur
hampir satu jam aku menatap wajah ibuku
hampir satu jam dapat aku melepaskan rindu dari lubuk jiwaku
hampir satu jam dapat ku berbicara dengan mereka
alhamduliALLAH...
terubat rasa rindu dijiwa...
dengan terciptanya Teknologi yang canggih dapat aku menatap wajah Ibu,
seolah Ibu berada didepan mata
masih adakah lagi hari esok untuk aku bersama ibu
masih adakah lagi hari esok untuk aku bersama mereka
insyaALLAH...
semuanya adalah keTENTUAN ALLAH
ALLAH yang mengatur semuanya...
aku berserah...

1 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Saya terjumpa blog ini secara tidak sengaja. And yes...Hungary merupakan negara yang ingin saya lawati..

    ReplyDelete