Pages

Sunday, December 25, 2011

Int.Culture Week

cuma ingin berkongsi pengalaman.

Pada 20 Oct  2011 sekolah Hafiy mengadakan INTERNATIONAL CULTURE WEEK.
Mengikut buku aturcara, majlis bermula jam 10 pagi sehingga 1.30 petang.
5.30pagi selepas aku menunaikan solat subuh.
OPERASIku bermula.........
Kuih Ketayap.Kuih ini agak cerewit dan memerlukan kesabaran...
Inti kelapa dan jus daun pandan telah aku siapkan semalam.
Bahan utk "Kuih Ketayap"
1 kg tepung gandum,
2 biji telur ayam
1/2  Cawan susu segar
Segelas air kosong
Secubit garam dan jus daun pandan.
Semua bahan aku masukkan kedalam bekas. aku gaulkan semua bahan.
Aku masukkan kedalam mesin kisar
Aku tapiskan adunan tersebut supaya mdpt hasil yang cantik.
Aku panaskan 2 kuali non stik
satu saiz kecil & satu lagi saiz besar.
aku letakkan sedikit margerin supaya adunan tidak melekat.
Alhamduliallah kuih Ketayap aku cantik dan tidak melekat.
"kuih ketayap 60 keping sudah siap"
SIAP...!!!

Resepi Kedua
Adunan Cekodok Pisang.
Pisang Berangan adalah pisang yg digunakan.
Biasa aku guna "Pisang Awak" tapi mana mungkin ada Pisang Awak disini.
sekarang aku dibumi Hungary bukan dibumi Malaysia.
Adunan tadi aku campurkan dengan Tepung Beras supaya dia tidak berminyak
Aku campurkan sedikit garam dan sedikit gula.
AlhamduliALLAH...
"kuih cekodok ku comel comel belaka...Cantik!!!
SIAP...!!!
"Kuih Ketayap" & "Cekodok Pisang" sudah siap diletakkan didalam bekas hidangan
SEDAP & ENAK DIMAKAN...

0 comments:

Post a Comment