Pages

Thursday, January 31, 2013

Kerabu Buah Apple

Mentang mentang kat sini senang dan murah buah apple
apa lagi aku mencuba resepi baru
sebenarnya resepi nie udah lama aku cuba kalau tak silap tahun 2011 ketika aku mula datang ke Hungary
kebetulan ada kenalan memberi buah apple hijau. separuh ku makan cicah gan kicap cili padi. separuh ku jadikan tat apple dan separuh ku mencuba resepi ini.

Kerabu Buah Apple

Bahan yang diperlukan
2 biji Buah Apple lebih pun tak apa / Hiris halus
1/2 batang karet atau lebih / Hiris halus...kalau tak ada pun tak apa sekadar penambah warna dan sayur
3 biji cili padi atau ikut pedas Hiris halus
1 biji bawang besar Hiris halus
2 sudu jus lemon atau lebih
garam dan gula secukup rasa
kacang goreng sebagai hiasan atau penyedap

Cara
Potong semua bahan kecuali Buah Apple dipotong yang terakhir
sekiranya kita potong buah Apple terlalu awal, buahnya akan berubah wajah.
apabila buah Apple sudah siap dipotong gaulkan semua bahan tadi.
rasakan kemanisan, masam dan pedas kalau suka
akhir sekali taburkan kacang goreng.


                                         Hasilnya..
                                         saya guna paprika Hungary dalam plastik


Ini saya guna cili kering dan ditabur kacang goreng



0 comments:

Post a Comment