Labu nie udah lah mahal. kalau rosak emmm sayangggggg.
apa kata hari ini buat LEPAT LABU. oppp!!! daun pisangnya...
tak apa, aku ada cara lain untuk gantikan daun pisang sebagai pembungkus Labu itu nanti.
Bahannya
1/2 biji Buah Labu dibuang kulit kerasnya
2 hingga 3 sudu besar tepung gandum.
2 sudu besar gula
2 atau 3 sudu besar susu segar TAK mahu pun tak apa./ untuk rasa lemak
sedikit garam
beberapa keping plastik untuk pembungkus
Inti Kelapa..ada resepi Inti Kelapa disertakan.
Caranya
panaskan kukusan
Buah Labu yang telah dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong besar , tak potong pun tak apa
bila air kukusan sudah mendidih kukuslah buah labu selama 10 minit ke 15 minit atau sehingga lembut
apabila sudah lembut, diangkat dari kukusan dan dilenyekkan.
HASIL SETELAH DILENYEK lebihkurang 2 cawan.
taburkan sedikit garam dan gaul serata.
biarkan labu tadi sejuk seketika
apabila sudah sejuk masukkan gula dan susu segar dan digaul rata
akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit
Note. tepung gandum bergantung pada saiz buah labu anda. jangan banyak tepung tak sedap.
Inti Kelapa Perantau..gula melaka tak ada..
1 cawan kelapa kering
1/2 cawan air
1/2 cawan gula..kalau nak manis tambah gula
2 sudu tepung gandum
Cara
saya gunakan kuali
air,gula dan kelapa kering disatukan,
tutup kuali dan biarkan bahan tadi mendidih
api dapur jangan ler terlalu kuat sangat ye
akhir sekali taburkan tepung gandum dan digaul rata
biarkan seketika supaya tepung dan bahan yang lain masak sebati.
tutupkan api dapur dan tutup kuali seketika biar wap tadi menjadikan Inti kelapa tidak kering dan sedap
Cara Pembungkusan Lepat Perantau
sila rujuk gambar dibawah
Langkah Pertama
ambil beberapa keping plastik bergantung berapa banyak yang anda gunakan
langkah ke 2
hendaklah dipotong dibahagian bawah dan tepinya
Langkah ke 3
hendaklah dibuka bahagian yang telah dipotong tadi
Langkah ke 4
Letaklah satu sudu dan diratakan
Langkah ke 5
Letakkan Inti Kelapa
Langkah ke 6
Gulung rapat
Langkah ke 7
Tutup kemas dibahagian kiri dan kanan
Langkah ke 8
Letakkan cara bersilang didalam kukusan
Selepas 20 minit dikukus
Biarkan Lepat Labu sejuk baru dikeluarkan dari plastik
Inilah Hasilnya Lepat Labu PerantAU...
0 comments:
Post a Comment