ari nie jom kita buat Pancake. entahlah aku pun bukannya pandai sangat buat tapi dalam buku resepi yang aku bawa dari Malaysia ada tercatat resepi Pancake Sedap. Akupun tak tahu dari mana aku dapat resepi itu.
Jom kita cuba
Bahan yang diperlukan
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baiking powder
3 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar
1 telur ayam
1 sudu tea asin vanilla kalau suka
2 sudu besar butter yang dicairkan
sedikit garam
Caranya
Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan asin vanila.
Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
Kemudian masukkan susu segar.
Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baiking powder dan digaul sebati
Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan mendapatkan hasil yang memuaskan
Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit.
ini adalah supaya mendapat hasil Pancake yang lembut dan gebu.
Hasilnya Pancake yang gebu
sedap dimakan dengan madu lebah
atau bersama Nortilla
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
akak gunakan mixer atau kacau guna tangan? kalau susu segar tu saya gunakan susu dutch lady dalam kotak tu boleh ke?
ReplyDeleteAmin
Deleteakak guna tangan je..susu dutch lady..boleh kot..cuba dulu..lagipun satu cawan je..
kak, saya rasa ada baiknya pengesahan kata tu ditutup...senang nak komen :)
ReplyDeleteAmin
Deletepengesahan kata..camner nak ditutup..heheheh...ajar akak ye..mekasih.
Akak pergi ke tetapan..pastu klik siaran dan ulasan..nanti yg kt pengesahan perkataan tu akak pilih tidak :)
Delete