Pages

Tuesday, February 05, 2013

Sambal Tumis Ikan Bilis Sempoi

Hari ini jom kita masak Sambal Tumis Ikan Bilis, lagipun bahan yang diperlukan senang je
jom kita lihat bahan yang diperlukan untuk memasak Sambal Tumis ikan bilis...

Jom...

Bahan yang diperlukan

1 cawan Ikan Bilis yang telah digoreng garing
3 sudu besar cili kering yang telah diblander
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar di belah sahaja / separuh ditumis dan separuh masukkan kemudian
2 sudu besar cuka makan
2 hingga 3 sudu besar gula
1/2 cawan minyak untuk menggoreng dan menumis
1/2 cawan air panas / air sejuk pun tak apa sebagai kuah
garam dan perasa secukup rasa

Cara
Baki minyak menggoreng ikan bilis tadi kita gunakan untuk menumis bahan yang seterusnya
setelah ikan bilis digoreng garing, angkat dan letak ditepi
tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga garing
masukkan cili blander dan tumis sehingga naik minyak
setelah naik baunya masukkan cuka masak tadi dan kacau sehingga rata
masukkan gula, garam dan serbuk perasa. pastikan kadangkala ikan bilis yang digoreng sudah masin
masukkan baki bawang besar tadi dan biarkan bawang tadi masak seketika
masukkan air panas kedalam sambal dan kacaukan
akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing kedalam sambal
rasa kesedapan yang dikehendaki
biarkan semua bahan sebati dengan api dapur yang perlahan
Sambal Tumis Ikan Bilis Sempoi sudah pun masak






2 comments:

  1. saya suka masak sambal bilis kering macam ni. dan boleh disimpan dalam bekas untuk dimakan seminggu dua... :)

    ReplyDelete
  2. Amin..ye betul tu..klau simpan dlm peti sejuk lagi lama boleh tahan. nak makan panaskan dlm microwave..makan gan roti sedap amir..

    ReplyDelete