Pages

Saturday, March 23, 2013

Ikan Goreng Berempah

Satu ketika dulu sewaktu aku bekerja di Consultant Engineer Form di Taman SEA Petaling Jaya, kalau lunch hour seringkali aku menjenguk kedai mamak yang berhampiran dipejabatku. Makanan dikedai mamak nie sebenarnya aku kurang sikit tapi bab Ikan Gorengnya memang menjadi pilihan hatiku. Kadangkala dua keping ikan goreng akan singgah kedalam pingganku bersama sayur goreng. itu sahaja. Tapi yang selalunya aku tapau je ikan goreng berempah tu. Nasi dan sayur atau lauk yang lain aku bawa dari rumah.
oklah. Apa kata hari ini aku nak cuba buat Ikan Goreng Berempah Perantau. Ikan Tenggiri pun ada. Pasti sedap! hahhahha belum cuba dah tahu sedap? Biarkan aku berangan sendirian.

Ikan Goreng Berempah

5 Keping Ikan Tenggiri yang telah dicuci dan ditoskan airnya
2 sudu besar Rempah Kari
2 sudu besar Rempah Kurma
1 sudu besar Serbuk Kunyit
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil kicap pekat
sedikit garam

Siramkan cuka, garam dan kicap pekat kedalam ikan dan digaul rata. Kemudian gaulkan bersama bahan lain. perapkan seketika supaya rempah meresap kedalam isi ikan.

bolehlah digoreng...

                                                Hasilnya



2 comments: