Pages

Friday, March 22, 2013

Rendang Ayam Perantau

Rendang Ayam

Rasanya kali terakhir aku masak Rendang Ayam ketika menyambut Hari Raya AidilAdha tahun lepas. Kalau dikira dengan jari lama sudah aku tak makan rendang ayam. Kalau dikira bulan taklah lama sangat, cuma beberapa bulan je...tapi kalau dikira tahun. haahhahah satu tahun sudah berlalu...betulkan dari tahun 2012 hingga tahun 2013. Apa pun hari nie aku mesti masak Rendang Ayam. rasa nak makan sangat.

Bahan
1/2 ekor ayam dipotong 10.* berat 1 ekor ayam lebihkurang 2 kilo atau terpulang saiz
1 senduk Cili Kering blander *nak pedas tambah lagi
7 biji Cili Padi di belah *nak pedas tambah ler
2 sudu besar Serbuk Kunyit * kalau ada Kunyit Hidup lagi POWER rendang ayam
2 inci Halia dihiris halus
2 inci Langkuas ditumbuk * tak ada pun tak apa.
3 biji Bawang Besar dihiris halus * kalau ada bwg kecil lagi sedap
5 sudu besar kerisik 
2 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit di carik atau disimpul..nak hiris biar hiris halus.
beberapa helai daun limau purut dicarik carikkan * kalau tak ada pun tak apa 
Susu Segar  letak paras ayam atau lebihkan sedikit* kalau ada santan lagi sedap.
garam dan serbuk perasa
2 keping Asam Keping

Caranya
Ayam setelah dicuci bersih saya gaulkan dengan sedikit Tepung Gandum supaya bau hanyirnya hilang. ini petua dari ibu saya. ye betul pun. bila digaulkan dengan tepung gandum dan dibiarkan seketika dan dicuci semula ayam tadi nampak bersih dan bau hanyirnya berkurangan.

PETUA ,Gunakan Senduk Kayu ketika mengacau Rendang Ayam supaya Ayam tidak Hancur

Masukkan Ayam kedalam Kuali. 
Letakkan Cili Kering Blander, Cili Padi, Serbuk Kunyit, Halia, Lengkuas.Bawang, Asam Keping
dan Serai. 
Gaulkan semua bahan supaya sebati.
Biarkan semua bahan seketika didalam kuali  dengan menggunakan api dapur yang sederhana
Air Ayam akan keluar.
Bila lihat Ayam dan bahan yang lain sudah sebati masukkan SUSU SEGAR. 
Susu Segar hendaklah diletak sama paras dengan Ayam atau lebihkan sedikit.
Gaulkan sebati.
Kelihatan kuah sudah berkurangan masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
Letakkan garam dan serbuk perasa

Perhatian. KADANG KALA KERISIK YG DIBELI SUDAH MASIN. 

Sekiranya masak menggunakan santan. letakkan santan cair diawal masakan. bila sudah kelihatan separuh masak baru masukkan pati santan.

                                  Rendang Ayam masih berenang renang didalam susu segar...

                                             Rendang Ayam yang sudah kering kuahnya... 
                                                       yang sudah masak ler....


0 comments:

Post a Comment