Pages

Monday, June 10, 2013

Budapest Banjir

Jam 9 pagi aku sudah siap. Pada awalnya aku merancang keluar bersama kenalanku, tapi disaat akhir beliau tidak dapat turut serta. walau bagaimana, aku ada rancanganku sendiri.
Hari ini aku menyarungkan blush berwarna krim yang aku beli minggu lalu dan dipadankan dengan seluar brown. Tudung belum pernah aku pakai. Tersimpan dah 3 tahun, sekarang baru ku rasakan sesuai dengan pakaian yang ku sarungkan dibadanku hari ini.

Seperti biasa aku lebih suka berjalan kaki menuju ke station Tram no 17.  walaupun perkhidmatan Bus no 65 yang memberi perkhidmatan yang bagus tapi aku lebih suka berjalan kaki sahaja sambil melihat keindahan alam Ciptaan Nya.

cantik dan bersih tempat ini

teruskan perjalanan sambil menikmati keindahan bunga bungaan yang mekar kembang


















Baru teringat ada tempat yg belum pernah aku jenguk.
Tapak Istana kesan perang

















Kakiku terus melangkah, dan akhirnya aku sampai ditepi Sungai Danube
SubhanaALLAH. air melimpah keluar.

jalanraya sudahpun tenggelam. 
yang tinggal trafik light je




sekadar kenangan bila aku pulang keMalaysia nanti









hai...kau pun nak bergambar?

Sistem penggangkutan diBudapest yang telah kacau bilau
banyak laluan ditutup

ramai pelancung.

  • dah tengok Sungai Danube melimpah, aku teruskan melangkah kaki ke Fashion Street. ada pameran buku. ada deklamasi sajak walaupun aku tak faham bahasanya. Layannnnnn


Buaian Pusing pun ada. nak jugak naik tapi takut la pulak. tinggi sangat. 
dah tu ramai sangat yang beratur untuk beli tiket. lupakan je hajat hati.

                                                  macam macam barang dijual disini.

 ada program untuk kanak kanak.
Perut dah berbunyi. minta diisi. tadi sebelum keluar rumah hanya makan nasi goreng je gan air suam. semua gerai disini semuanya jual makanan yang aku tak boleh nak makan. macamana lak nie. jalan jalan jumpa Metro 3 station. oklah bolehlah aku keNyugati station dan pergi ke Westend. disana ada satu gerai makanan Halal. Metro 3 nie kalau nenek Melayu naik rasanya boleh terpelanting. Laju dan tinggi pulak tu. aku pun nyaris nyaris terpelantiNG dek SEBUK nak ambil gambar.

sekarang aku berada diStation Daek  Ferenc Ter. cuma 2 persinggahan ke Nyugati Station 

Tingginnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Metro 3 berwarna biru. kalau Metro 2 trainnya berwaran merah kalau tidak silap akulah. nantilah kalau ada masa aku naik pulak Metro 2. tapi nak kemana pulak. tak apalah tunggu kisah seterusnya 

alhamduliallah. ada tulisan HALAL

 

pada awalnya nak order Tanduri gan Nasi beriani tapi terubah fikiran la pulak. nak cuba makan yang ini. Samosa, cucur sayur dan salad. nak tahu harganya...lebih kurang Rm 17.00 duit kita.
kiraan matawang disini  990Forent. semuanya mahal
apalah sangat bahan yang nak buat Samosa. bila ku makan inti Samosa cuma ada kentang berempah. manakala cucur sayur pulak apalah sayur gan tepung je. dan salad itu yang kelihatan. kalau kat Malaysia jual dengan harga macam ini...emmm alamatnya kena serang ler.
selepas aku makan aku gi shopping dua tiga helai baju dan beg. aku disini hampir 3 tahun sememangnya tidak pernah membeli beg. kira ok kan. kalau kat Malaysia emmm. tak perlu cerita. punya banyak handbag .
   minggu depan ada jemputan keMajlis hari jadi anak kenalan aku. nak tengok apa yang aku beli. tunggu tanggal 23 June.
selesai membeli aku ke Metro 3 semula

Metro 3

dua kali naik Escalator
sudah sampai di Nyugati Station , langkah seterusnya

aku menuju ke tempat yang sama. ada benda yang belum aku temui. 
terjumpa perniaga menjual air timun campur lemon. macam sedap je
lepak. cantik jugak kerusi meja 

ST Stephens. 
kalau datang keHungary dan menaiki Bus HOP ON HOP bus tour,
tempat ini adalah laluan berhenti ke 19 


Paras air disungai Danube semakin tinggi

Air diDanube River yang melimpah,
Bangunan Royal Palace yang seperti bangunan diPutrajaya jelas kelihatan dibelakangku
dan
Chain Bridge

aku berada di tengah Chain Bridge 

dan sekarang sudah berada diseberang Chain Bridge

Kawalan dari Pihak Polis. 
air sungai Danube semakin merbahaya.
aku juga turut membantu 

tunggu Tram 17 nak balik rumah ler.


0 comments:

Post a Comment