Pages

Saturday, June 15, 2013

Petik Cherry


Alhamduliallah,
Syukur walaupun aku merantau jauh dari bumi tanah tumpahku, aku diberikan kenalan dan teman yang baik  banyak membantu aku tak kira diwaktu susah dan lebih gembira dapat menumpang kasih dengan keluarga mereka. Sebenarnya walaupun dimana kita berada yang paling aku yakini adalah sikap kita yang perlu menjaga hati dan perasaan sesama kenalan. Kita perlu ada sikap bertolak ansur dan tahu batasan pergaulan dimana kita berada dan dengan siapa kita berbicara. Tak perlu kita bangga dengan apa yang kita miliki yang merupakan sekadar sementara pinjaman sahaja. tak perlu kita pentingkan diri sendiri.
Beradanya aku diHungary yang jauh dari keluarga tersayang, aku ditemukan dengan insan insan yang bernama Tita Yunani, Rinie, Verra, Ibu Yuyun dan Yanti, mereka merupakan kenalan aku yang banyak membantu aku ketika aku senang dan susah. antara mereka aku rapat dengan keluarga Rinie dan juga temannya Verra. seringkali Verra berkunjung kerumah Rinie di Buda pastinya aku juga turut serta, kami masak bersama, makan bersama dan akhir sekali berkaroke juga. ku sangkakan bila ku tinggalkan bumi Malaysia aku tidak lagi dengan hobiku yang suka menyanyi rupanya aku boleh juga menghiburkan hati disini.
emmm....sebenarnya aku nak cerita aku pergi kerumah Rinie di Liderc Utca petik buah Cherry tapi udah terbabas pulak cerita lain. hahhahha. tak apalah kan. Sekadar coretan.
Aku mulakan dari awal perjalanan. Sebenarnya dari rumah aku taklah jauh sangat tapi kerana menggunakan transport awam menjadikan jarak perjalanan jauh tapi disebabkan ketetapan masa bagi tram dan bus semuanya menjadi cepat dan mudah. 

                 Kalau aku malas untuk berjalan kaki, aku perlu naik Bas no 65 yang cuma sekadar berjalan kaki 50meter dari rumah ke bus stop. Tambang bagi kenderaan disini tidak mengikut jarak perjalanan, ianya dikira satu tiket bernilai 320forent tapi selalunya aku membeli 10 keping yang bernilai 3000forent. Ini adalah harga tahun 2013. Pada tahun sebelum ini harga 10 keping  2800forent sahaja. Entahlah, semua barang disini sudah naik Yang untung pengguna yang pergi kejarak yang jauh. Tapi kebanyakkan mereka menggunakan Pas bulanan. 
Bus 65 akan berhenti di Kolese Ter, merupakan bus stop terakhir, dari situ aku perlu berjalan 2 minit untuk menaiki Tram no 17 dan berhenti di Margit Hit. Dari Margit Hit aku perlu melalui jalan bawah untuk menuju ke Margit Hit di atas jambatan yang mana laluan Tram no 4 dan no 6 menuju ke Jaszai Meri Ter. Jaszai Meri Ter juga adalah perhentian terakhir bagi kedua Tram ini, dari situ aku perlu berjalan kaki 3 minit ke Station Tram no 59.
Setengah jam perjalanan ke Marton Aron dengan menggunakan Tram 59 banyak permandangan yang cantik. ianya juga merupakan last station bagi Tram 59. dari situ aku perlu menaiki bus no 8 dan berhenti ke Liderc Utca. 

itu kisah kalau aku malas nak jalan kaki, selalunya aku berjalan je keMargit Hit

ini kisah seterusnya...

Bermula dari rumah aku berjalan kaki ke Buda Hit lebih kurang 20 minit dengan kelajuan kakiku. kalau aku slow lagi lambatlah sampainya. Dengan cuaca yang sejuk dan dingin menjadikan aku tidak merasa penat dan berpeluh. cerita seterusnya  baca je lah cerita di atas...heheh jangan marah. 

Margit Hit Station 

sekarang aku berada diStation Tram No 59 menuju ke Marton Aron
selepas aku menaiki tram no 59 dan berhenti dilast station aku perlu menaiki bas no 8
 tapi lupa pulak nak ambil gambar
dah sampai dah 

 Rinie dan Verra mengajak aku turut serta melihat kenalan yang baru melahirkan cahaya mata
semoga anak kecilnya menjadi seorang anak yang soleha. lupa pulak namanya


Bersama Rinie.
di perkarangan Hospital

bersama Verra.
menunggu Teksi pulang kerumah Rinie


















emmm..sedapnya makan buah Cherry yang segar


Buah Cherry yang masak ranum

Sambil duduk aku makan buah Cherry yang terjuntai ketanah

satu pohon Cherry yang masih muda

 dahlah makan..bawa pulang kerumah lagi



0 comments:

Post a Comment