Pages

Wednesday, June 26, 2013

Paru Berlado

Bahannya
Paru direbus dahulu
1 kg Paru
2 sudu besar tepung gandum
2 keping asam keping  atau asam jawa
garam

Bahan Perap
Bahan Rempah disangai dan diblander kering

1 sudu besar Jintan Manis
1/2 sudu besar Jintan Putih
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar lada hitam
8 ulas bawang putih ditumbuk separuh hancur
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar sos tiram
garam dan gula

Bahan sambal
8 biji cili padi atau terpulang pedas tumbuk separuh hancur
8 Ulas bawang putih tumbuk hancur
1 sudu besar cili kering blander atau lebih
1 ke 2 sudu besar cuka makan
1 sudu besar atau lebih gula
garam dan serbuk perisa
baki minyak goreng paru untuk menumis
sedikit air

Cara

setelah paru dicuci, gaulkan dengan tepung, mengikut petua ibuku.  juga akan gunakan cara yang sama untuk mencuci ayam dan daging. gaulkan seketika dan bilas dengan air bersih
Potong Paru dan rebus. ini kerana Paru akan mengembang apabila masak.
Ketika merebus  letakkan asam keping dan garam. ini juga ikut cara ibu. katanya asam keping boleh membuangkan bau hamih Paru tadi,
Rebus paru lebih kurang setengah jam atau apabila Paru sudah bertukar warna bolehlah diangkat dan ditoskan. atau satu lagi cara bagi memastikan Paru masak ialah cucuk paru dengan pisau. dan tiada darah yg keluar Paru sudah pun boleh diangkat..hahhah..entahlah itu cara ibu dan aku ikut caranya.
Potong Paru mengikut saiz kegemaran masing masing. jangan potong Paru terlalu nipis. ini adalah apabila digoreng Paru akan menjadi keras dan liat.

Paru yang sudah direbus
dan 
dipotong Nipis 


Setelah dipotong gaulkan dengan bahan PERAP.
Rehatkan setengah jam atau lebih bagi mendapatkan rasa rempahnya.






Simpan didalam PETI AIS.












Paru yang sedang digoreng .














Paru yang sudah digoreng garing












Paru yang telah dipotong kecil






Goreng seketika Paru yg telah dipotong tadi
Untuk mendapatkan Paru yang garing diluar
lembut didalam
Dgn mggunakan baki MINYAK mggoreng Paru saya tumiskan bahan SAMBAL


Sambal
Tumiskan Bawang Putih dan Cili padi.
bila sudah wangi baunya mskkan cili kering blander
apabila cili sudah garing masukkan gula
dan ikuti dengan cuka
letakkan air sedikit
tambahkan dengan sedikit garam dan serbuk perisa
Masukkan Paru dan gaulkan sebati.




0 comments:

Post a Comment