Pages

Sunday, July 21, 2013

ACAR RAMPAI

Hidup merantau nie sebenarnya banyak masa, tidak seperti ketika aku diKelana Jaya. kadangkala tak cukup masa. itulah namanya kehidupan, dalam fikiran aku telah tersimpan angan angan bilamana aku pulang kekg ku nanti banyak perkara yang perlu aku lakukan bagi meneruskan kehidupan aku. walaupun kita tidak tahu perjalanan hidup ini. semuanya ketentuan ALLAH. kita merancang tapi ALLAH yang tentukan semuanya

antara yang menjadi angan angan ku nanti adalah jualan ACAR RAMPAI

Lagipun bahan dan cara penyedianya tidaklah susah sangat.
Acar Rampai ini boleh menjadi pembuka selera, walaupun sekadar dengan nasi panas sudah cukup membuatkan seseorang itu bertambah nasinya.
ianya juga boleh disimpan lama.

Bahan A
2kg Timun dipotong memanjang
1kg Lobak Merah dipotong memanjang
1 cawan cuka makan atau kurang
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam

Bahan B

1 inci Halia dimayang halus memanjang

20 biji bawang kecil biarkan bulat bergitu. kalau guna bawang besar sekadar belah 4.

20 biji bawang putih biarkan bergitu tanpa dibuat apa apa

10 biji cili merah dan cili hijau. belah jangan putus dan dibuang bijinya.

20 biji  cili padi. buang tangkai sahaja. merah dan hijau


Bahan C

Bahan Giling

3 sudu besar cili kering blander. atau kurangkan atau ditambah

4 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci belacan bakar

1 senduk kerisik

1 keping gula melaka

2 cawan minyak masak utk menumis

garam dan perasa


Caranya
Setelah timun dan karet dicuci ditoskan
kemudian digaulkan dengan semua bahan A
sementara itu Tumiskan semua bahan  C
setelah naik baunya masukkan bahan yang telah digaul dengan cuka tadi
goreng seketika
kemudian masukkan gula melaka dan kerisik
masukkan garam dan serbuk perasa
akhir sekali masukkan semua bahan B
Gaulkan semua bahan supaya sebati
perasakan 
pedas, manis dan masam


Hasilnya
tak sempat nak snap prosess sebelum masak
lain kali 
Insya ALLAH

0 comments:

Post a Comment