Pages

Monday, July 08, 2013

Cuci Mata Telinga Sebelum Ramadhan

Hari ini tanggal 7 Julai Tahun 2013. bersamaan hari Ahad minggu pertama bulan ini. 
Kalau ikut kiraan bulan Islam tanggal 10 Julai 2013 bersamaan Satu Ramadhan 1434, Insya Allah seluruh Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa, tapi aku diHungary aku sendiri tidak pasti, tunggu dan dengar berita dari teman di fb ajeler. cuma tinggal beberapa hari lagi.
Seperti tahun sebelum ini kami diHungary berpuasa lebih kurang 19 jam. mana taknya masuknya waktu solat subuh jam 2.00 pagi, manakala waktu solat maghrib jam 8.45 malam. Ini adalah kerana bulan puasa pada musim bunga., yang mana siang lebih panjang masanya berbanding waktu malam. sekarang ini jam 8.30 malam hari masih terang. dan jam 4 pagi matahari sudah memancarkan sinarnya.
Pada tahun pertama aku disini dan ketika itu aku merasa bimbang adakah aku mampu menahan diri berpuasa dengan jangka masa yang panjang dan cuaca yang berbeza dari Malaysi. Alhamduliallah dengan izin Nya dapat aku menunaikan dengan sempurna. dan tahun ini Ramadhan datang lagi. tapi kali ini cuaca di Hungary berbeza dari tahun tahun sebelum nya. Cuaca yang tidak menentu, kadang kala suhu mencecah 40c. mahu berasap tudung yang ku pakai. dan ketika suhu menjunam turun sehingga 16c. aaaa...cuaca bergitu aku suka. dingin dan berangin. Jangan angin satu badan sudah. hahhahahha
banyak melalut pulak aku nie...
kita rujuk kepada tajuk kita tadi...
sebelum tu aku saja je nak ingat kan untuk diri aku sendiri...

Apakah Rukun Islam
Rukun Islam itu ialah @ ada 5 perkara
pertama
Mengucap Dua Kalimah Syahadah
    Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhamaad adalah Pesuruh Nya dan pengertian Syahadah ialah pengabdian diri, hati serta pengakuan Lidah ialah tiada Tuhan Yang Maha Esa  melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad adalah Rasul Nya

ke dua
    Mengerjakan Solat Lima waktu sehari semalam
Dengan mengerjakan Solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga menyembah Tuhan yang Esa dimulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti diajarkan oleh Rasulullah.

ke tiga
   Berpuasa di bulan Ramadhan
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata mata kerana ALLAH untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Nya

ke empat
   Mengeluarkan zakat
Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.

ke lima
   Menunaikan Haji di Mekah
Dengan menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempohi dengan rela hati dan sabar semuanya semata mata kerana Allah.

emmm...kalau ikutkan TAJUK di atas Cuci Mata Telinga sebelum Ramadhan, jadinya...

bermula distinasi ku..


keluar dari rumah, terpandang pohon ditepi jalan buah Cherry yang kuning...lebat pulak buahnya.

tanganku memetik sebiji buah  Cherry
emmm .
Rasanya Masam macam buah Kundang atau orang Perak panggil Meniyer






Cuaca panas tapi beraingin
dengan kedua kaki yang Allah bagi aku pinjam lebih baik aku jalan je ke station bas.
sambil melihat keindahan Alam ciptaan Nya.

Petang Ahad
jalan sunyi







                                                                opppppp!!!

                                                      tersnapp ler pulak..















Cantiknya bunga yang tumbuh dibumi Mu ya ALLAH










Cuaca yang cerah
bas no 9 dah muncul 

sepatutnya aku turun 
di Nyugati Station tapi memandai pulak nak turun ke station seterusnya sebab nak tukar Euro. tapi...


tersasar jauh dari tempat tukar wang
menapak la pulak...
ehhh terjumpa kereta LKA..
tertiba teringat kat ex bos aku.
rindu ler pulak kat mereka...15 tahun aku disana
walaupn hidup perlu diteruskan walaupun perit



Penat berjalan masuk station Metro 3
dalam perancangan mahu ke Deak Ter ada pasar pagi disana. ada barang yang perlu aku beli.










Panjat lagi Escalator yang tinggi dan laju nie...
angin pulak kuat, rasa macam nak terpelanting aku





sekarang aku berada di Nyugati Palyaudvar Station.
cuma dua station ke Deak Ferenc Ter














suasana di Metro 3
Metro 3 dibawah tanah













Metro 3 bewarna biru sudah pun tiba















dalam masa beberapa minit je dah sampai ke Deak Ferenc ter.












antara barangan yang dijual di pasar pagi
Tali Pinggang dari TAYAR BASIKAL yang terpakai
mmg kreatif 

hhhh....Rantai basikal dijadikan tali pinggang



suasana dipasar pagi tapi hari dah petang...
















aku berminat jugak tapi aduhhhhhhh
harganya. pandang je ler.


















Fasyen dimusim panas...















kelihatan gerai menjual kek dan jus
dan kelihantan buaian pusing


























Cantiknya bunga nieeee

Bunga Lavender harum semerbak






emm..tak jumpa apa yang dicari.
pergi ke Fashion Street










udara yang segar untuk lepak




bersih dan segar lepak disini untuk seketika...














masuk semula ke Metro
di station Daek ter
disini menyambungkan Metro 1, Metro 2 dan Metro 3. disini adalah tumpuan pelancong.












ahhhhh...Cin Cin Amica
teringatlah pulak kawan lama ketika aku bekerja di Tawakal Hospital,
kali terakhir aku berjumpa
tahun bila ye.
entahlah tapi menurut sumbar yang boleh dipercayai
beliau telah berpisah dengan suami dan berkahwin dengan Mat Saleh..
sebagai seorang kawan aku doakan kebahagian buat dirinya.



Fashen Street yang sibuk..







Cili Kering atau dipanggil PAPRIKA



















Penat dan tak jumpa benda yang dicari
masuk semula ke Metro
petugas yang bergitu setia mengecheck tiket.

Tiang yang bewarna oren itu adalah mesin untuk pengesahan tiket.












inilah rupa Tiket yang telah dimasukkan kedalam mesin tadi.










Sistem Pengangkutan yang bagus. cepat dan pantas
yang paling best Bersih

Lapar ler pulak

dari Nyugati station aku naik Naik Tram no 4 dan turun ke Margit Hit




ramainya...












suka lepak kat atas nie...




tiba tiba anak kecil ini muncul dihadapan aku...
alaaaaaaa..biasa ada coklat dalam handbag aku, ari nie terlupa pulak nak masukkan.
kesian kat dia..
senyum...anak kecil ini mahu berbicara dengan aku tapi faham faham aje ler..mana ku faham...
susahnya penggunaan bahasa...












opppp!!! tersalap snapp ler pulak...


cantik permandangan diatas Margit Hit





laluan berbasikal













ku dongak kelangit
Subhanallah..Cantiknya awan












Margit Bridge



panorama diwaktu petang di Margit Hit

















pohon apple yg tumbuh liar ditepi jalan











Pandangan Bangunan Perliment dari bawah Margit Hit








pancaran matahari dari awan











dari Margit Hit aku naik bas no 160 ke Kolost ter
Kolosy ter
































Naik bas no 65 pulang ke rumah


rehat sebulan dibulan Ramadhan.















0 comments:

Post a Comment