Pages

Wednesday, July 17, 2013

Daging Goreng

Daging Goreng ini adalah antara menu yang paling digemari. Ketika aku di Malaysia dulu, seringkali aku masak Daging Goreng ini lebihkurang satu kilo. ini pun bukan makan untuk satu kali tapi aku simpan dan aku makan untuk kegunaan kecemasan. tapi kebiasaannya aku ratah gitu je..hehehh. kalau tak pun aku beli roti, aku makan dengan roti kadang kala 4 keping boleh habis. sedap dan enak. lagipun ketika aku bekerja dulu aku nie memang malas keluar waktu lunch, Daging Goreng nie ler jadi lauk aku dengan nasi dan berulamkan timun ataupun kacang panjang. hahahha...kalau ingat semula kisah silam terasa rindu saat saat itu.   

Caranya senang je..



Daging dibasuh dan direbus.













Daging yang telah direbus
dan Simpan Air rebusan daging 













Daging di hiris
tak lah tebal dan tidak pula nipis










Daging yang telah dihiris
PERAPKAN dengan
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil sos tiram
1/2 sudu kecil garam
7 ulas bawang putih diketuk

Gaulkan semua bahan dan tekan tekankan dengan sudu supaya semua bahan meresap kedalam daging.

perapkan didalam peti sejuk
terpulang berapa lama.
atau
nak terus digoreng pun BOLEH.je

Panaskan minyak.
masukkan daging yang telah diperap tadi
dan
masukkan air rebusan daging kedalamnya 






Dengan kuasa api dapur yang sederhana tutup kuali ketika mengoreng daging ini
tapi
jangan tinggalkan nanti air daging melimpah pulak. kena rajin tunggu dan sekali sekala dikacau daging 







Apabila Kuahnya sudah pun berkurangan 
TAMBAHKAN 
1 sudu besar Kicap Lemak Manis
dan ini
Hasilnya..
warna daging goreng juga sudah cantik berseri


tradadaaaaa
Daging Goreng sudahpun masak 
lembut dan yang pastinya 
SEDAP!!!

Kalau nak sedap lagi apabila Daging Goreng sudah masak masukkan
Daun Bawang dan Buah Tomato sebagai penyerinya 
Goreng bersama daging tadi sekadar seketika sahaja
Tapi 
untuk Tahan Lama Biarkan saja Daging Goreng ini bergini
Daging Goreng ini sedap dimakan bergitu saja
Daging Goreng ini sedap dimakan bersama Bubur Nasi
Daging Goreng ini sedap dimakan bersama Nasi Panas
Daging Goreng ini sedap dimakan bersama Maggie 

2 comments:

  1. Berselera nampak masakan ini. Terima kasih kerana berkongsi resepi. Oh.. sudah pun cuba buat roti yang dermakasih kongsikan dahulu. Boleh tahan dan dimakan sebagai roti unt buat sandwitch

    ReplyDelete