Pages

Wednesday, July 24, 2013

TAUHU SUMBAT

Nak buat TAUHU SUMBAT nie senang je. kurang dari satu jam boleh selesai.
tapi kalau tak ada bahan tak boleh selesai kurang dari satu jam.




Pastinya Bahan utama adalah TAUHU
kalau tak ada Tauhu tak dipanggil TAUHU SUMBAT kan!!!

Tauhu, Taugeh , Lobak Merah dan Timun


Untuk KUAH
Bawang Putih, Kacang Tanah, Cili Padi
Gula pasir, Kicap dan Cuka Makan



TAUHU,
setelah dicuci dan ditoskan
Taburkan garam lalu digoreng sehingga garing

nampak apa yang benda HITAM didlm minyak menggoreng itu...
...baca seterusnya...

PETUA.
kiranya Tauhu LEKAT ketika menggoreng
masukkan asam keping kedalam kuali
dan biarkan seketika
dengan menggunakan senduk yang sesuai bolehlah diterbalikkan TAUHU yang lekat tadi dengan mudah.

NOTE
sebenarnya PETUA meletakkan ASAM KEPING
ini boleh diguna pakai juga ketika menggoreng Ikan dan Ayam dan juga Cekodok pisang.

ada kisah diakhir cerita...tunggu..



langkah seterusnya...

Kacang Tanah digoreng tanpa minyak












bawang putih dan cili padi ditumbuk










hasilnya
Cili Padi dan Bawang Putih ditumbuk













masukkan kacang tanah kedalam lesung batu yang masih berisi cili padi dan bawang putih tadi
Tumbuk separuh hancur dan gaul sebati












Hasilnya
Kacang tanah ditumbuk
bersama cili dan bawang putih
tumbuk separuh hancur

taugeh dan karet diredam didalam air panas
untuk seketika.
letakkan garam dan gaulkan












toskan dahulu taugeh dan karet
sebelum langkah seterusnya








kacang tanah dicampurkan dengan 
Cuka, Gula Pasir, Kicap Pekat dan Kicap Lemak Manis
Gaulkan dan rasa mengikut citarasa yang dikehendaki
Pedas.Manis dan Masam


Setelah kacang tanah ditumbuk dan digaul sebati dengan cili padi juga bawang putih
Campurkan dengan gula pasir dan Cuka Makan. digaul sebati
akhir sekali masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis
saya letak air suam sedikit @ jimat kicap







Alhamduliallah












PETUA nie juga boleh diguna pakai untuk mengelakkan dari Cekodok pisang melekat...
.....ada kisah lucu disebalik  PETUA ASAM KEPING ini
PETUA ASAM KEPING
suatu ketika dulu aku pernah menyewa apartment bersama rakan rakan ku dikelana jaya,,,
Nora, Ina, Icah dan Ifah masih segar nama mereka diingatku.
petang itu adalah petang ahad aku masih ingat lagi,
adat bila dah semua ada, ada je nak dimakan.
kebetulan Ifah baru pulang dari kampungnya Tangga Batu Melaka, emaknya ada membekalkan pisang nipah yang dah masak. memang sedap kalau dibuat Cekodok. Ketika itu aku sedang menggosok baju didalam bilik, stok seminggu untuk aku pakai kepejabat. kalau rajin aku gosok extra, senang bila dah sedia digosok tak perlu nak kang kalibut ...
maka terjadilah KISAH yang memang LUCU..
walaupun pintu bilik bertutup rapat tapi dapat ku hidu bau Cekodok yang semerbak memenuhi ruang bilikku.
Riuh rendah ku dengar mereka didapur. kalau tidak kerana aku sebuk menggosok baju sudah pastinya aku juga turut serta bersama mereka.
Tiba tiba Ina menjerit memanggil namaku.
akakk! Cekodok lekat, camner nak buat?.
mungkin kurang tepung, aku jerit dari bilik,
hahhhh, aku dengar suara Ina , Ifah dan Icah membebel diselang seli dengan gelak,
abis tu camner nie, Ina masih lagi menjerit seolah minta dibantu,
aku bingkas bangun sambil menutup plak lalu menuju keruang dapur, Cekodok lekat dikuali
aku jenguk bekas bancuhan Cekodok...memang betul bancuhan cair kurang tepung. maka sudah pastinya Cekodok akan lekat maka aku ambil beberapa keping ASAM KEPING lalu ku campakkan kedalam kuali.
semua memandang kepada aku,
tak ke masam Cekodok tu akak,
Ifah seolah menjerit bila melihat apa telah aku buat dengan Cekodok mereka.
aku sekadar berkata,
 Sabar ye... biasa kalau ikan atau ayam bila lekat dikuali setelah dimasukkan asam keping ianya akan mudah dikeluarkan, kita tunggu dan lihat, kita yang buat dia...sabar yeeee...
sementara itu aku tambahkan sedikit tepung beras kedalam adunan pisang tadi.    
alhamduliallah. akhirnya Cekedok yang lekat tadi dengan mudah aku sendukkan dengan senduk besi dan tidak lekat lagi dikuali.
semua ketawa dan gembira hasil dari campakan ASAM KEPING ku kedalam Cekodok tadi.
maka petang itu kami makan Cekodok Pisang perasa ASAM KEPING tapi sebenarnya tak ada rasa pun asam keping tu diCekodok Pisang.

 rindu pulak dengan mereka, semuanya hilang cuma Nora yang baru nie add friend dengan aku.
nanti bila balik Malaysia nak cari mereka semula.


suka duka hidup bujang.
dan kisah nak bangun sahur dan yang makan tomyam didalam periuk.











0 comments:

Post a Comment