Pages

Sunday, September 29, 2013

santai

Hari ini tanggal 28 Sept 2013 bersamaan hari sabtu.Hari ini aku telah berjanji dengan temanku untuk mengajarnya Bubur Pulut Hitam dan Samosa Daging. Manakala beliau pula akan mengajar Hungarian Plum Kek. Ye benar kita sekadar mampu merancang tapi ALLAH yang telah merancanakan untuk diri kita. Jam 10 malam hari jumaat Anna call dan beliau mohon maaf terpaksa membatalkan temujanji kami. Beliau memberitahu ibunya kurang sihat dan pagi sabtu perlu menemani ibunya ketemu doktor. Semenjak menerima rawatan mata bulan lepas ibunya seringkali sakit. Aku mengatakan tidak mengapa. yang penting kesihatan ibu yang lebih utama. Urusan memasak sekadar sampingan diwaktu lapang.
Fikiran ku terus melayang lantas teringat akan perlawaan temanku Indra yang akan mengadakan program santai bersama anak anak Hungarian di Strick 9, Boraros ter. Ketika ketemu beliau di majlis harijadi dirumah Rinie tempohari aku telah menyatakan tidak dapat ikut serta kerana aku punya rancana sendiri tapi bilamana Anna membatalkan rancang kami akhirnya aku menghantar pesanan di laman sosial atau lebih dikenali Facebook, mungkin hari sudah lewat malam pesanan yang ku masukkan ke in box tidak dibalas oleh Indra.
Jam 7 pagi ketika aku sedang menyediakan sarapan pagi handphone aku menjerit jerit minta diangkat. Aku bergegas lari kebilik yang terletak di basement. Bilamana aku mencapai handphone deringan dari handphone sudah tidak kedengaran lagi. Aku lihat nama Indra tertera diskrin. aku abaikan sahaja lagipun handphone ku tidak punya kredit untuk membuat sebarang panggilan. Aku lantas memasukkan handphone kepoket seluar panjangku dan meneruskan kerja yang tertangguh.
Jam 8 pagi sekali lagi handphoneku menjerit lantas aku angkat. Vera sahabatku meminta aku tunggu di Nagy Vasarcsanok atau juga dipanggil Central Market Hall jam 9 pagi kerana program bermula seawal 10 pagi. aku lantas memandang jam didinding. Aduh!!! sekarang sudah jam 8.10 pagi mana mungkin aku boleh sampai seawal jam 9 pagi. Aku menengus sendirian. Sekiranya aku tahu dimana Strick 9 Boraros makanya tidak perlu aku kesana seawal bergitu. Seperti terjadi dua minggu lepas, aku kebasahan kerana mencari Stick 9. Ketika itu Indra mengadakan sesi kelas tarian kepada anak anak Hungarian dan pada pagi itu hujan lebat turun dibumi Hungary berserta tiupan angin yang kuat. Aku kebingungan kemana arah yang perlu aku tuju. Aku cuba bertanya kepada mereka yang berada di station tapi jawapannya hampa. Kebanyakan mereka tidak boleh berbahasa lain selain bahasa ibunda mereka. Akhirnya aku terus ke West And mall. Pakaian yang ku pakai kekeringan dibadan. Hari ini sekali lagi aku akan ke Boraros, tanpa bantuan dari mereka pastinya aku akan sesat lagi, apa cara sekalipun aku mesti berada di Cental Market sebelum jam 9.30 pagi.
Setelah aku menyiapkan diri dengan menyapukan sedikit foundation dimuka dan dengan lafaz Bismillah aku mengatur langkah. Aku kerling jam ditangan. Jantungku bergerak kencang. Kerana mahu menjimatkan masa, jaket dan scaf leher aku pangku sahaja sambil berlari anak, Sebelum sampai di station bas ada tiga trafik light yang perlu aku lalui dengan itu nanti bolehlah aku sarungkan jaket dan  scaf leher ketubuhku. Walaupun sekarang cuaca sudah mula dingin tapi kerana aku berlari lari disepanjang jalan, cuaca dingin tidak membuatkan tubuhku kedinginan. Tiba ditrafik light yang ketiga baru aku berkesempatan lagipun tanganku sudah terasa dingin seakan beku. aku teruskan langkah menuju kestation dimana bus no 160 sedia menanti insan insan seperti aku.
Bas no 160 muncul sesampai aku perhentian Kolesy ter dan terus meluncur laju membawa aku dan juga penumpang yang lain ke Batthyany ter. Sekali lagi aku kerling jam ditangan kananku. Secara tidak sedar aku menjerit kecil membuatkan penumpang yang lain memandang kearah aku. Aku sekadar melemparkan senyuman kepada mereka sambil tangan kanan ku angkat sedikit bermaksud maaf dengan kelakuan diluar kawalan aku. Alhamduliallah pagi ini jalan raya clear.. Aku keluarkan tiket dari poket jaket lalu ku masukkan kedalam mulut mesin. Apabila tiket dimasukkan mesin mengeluarkan bunyit biiittttttt. aku terus mencari tempat duduk. Perjalanan dari Kolesy ter ke Batthyany ter mengambil masa 7 minit. Bas berhenti di Battheney Square disebelah Metro ditepi Danube River.  Di Battheney Square juga terdapat Buda Reformed Church.
Alhamduliallah tram no 19 sudah menanti dengan penuh setia penumpang dilandasannya. Tram bergerak sebaik sahaja kakiku melangkah masuk. Ramai pulak penumpang mungkin kerana pagi ini cuaca cerah, matahari terang memancarkan sinarnya dibumi Hungary. Aku terlupa pulak melihat di you tube berapa suhu hari ini. walaupun cuaca terang tapi dinginnya mencengkam ditubuhku. Malas mahu bergerak jauh aku labuhkan diriku dikerusi disebelah seorang lelaki yang sedang leka membaca news paper. aku sekadar  mencuri menjeling kearahnya. Hungarian news paper bukannya aku faham sekadar melihat gambar warma warni je apalah sangat. Aku alihkan pandangan aku diluar tram dan melihat keindahan pagi dibumi Hungary.
Tram bergerak tanpa memperdulikan perasaan dan isi hati siapa yang menjadi penumpangnya yang pasti semua punya agenda sendiri kemana arah yang hendak dituju. Bergitu juga aku. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Dadaku terus bergerak kencang sekencang angin diluar tram. Tram ini perlu melalui Chain Bridge, Funicular Clark Adam atau lebih dikenali The Zero Stone. Aku sendiri tak tahu kenapa dan mengapa dipanggil The Zero Stone. Tak kesempatan untuk bertanya kepada mereka yang tahu akan maksudnya. Tram terus bergerak melepasi Elizabeth Bridge. Banyak kapal besar berlabuh disekitar Elizabeth Bridge. Aku lantas bangun dan menekan locing yang tak pernah aku dengar bunyinya lalu aku berjalan kemuka pintu tram. Tram berhenti dihadapan Gellert Baths yang juga merupakan salah satu tempat tumpuan pelancung yang mana ianya merupakan tempat mandian air panas ketika musim winter.
Aku turun dari tram no 19 dan perlu menunggu tram no 47 yang menuju kearah Dear ter. Tidak sampai 1 minit tram 47 sudah berhenti dihadapan aku. Sebelum itu sempat aku mengambil beberapa keping gambar dihadapan Gellert Baths.






Gellert Baths














aku perlu menaiki tram no 47 menuju ke nagy Vasarcsarnok















Tram 47 perlu melalui Freedom Bridge untuk aku sampai didepan Central Market.













Akhirnya aku sampai dihadapan Vasarcsarnok.



contoh seorang bapa mithali.








Pintu masuk Utama 






sambil menunggu














Aduh!!!
apa lelaki nie sedang lakukan.???

Negara yang punya undang undang yang perlu diikuti kalau tidak surat saman akan diberikan.











cantik terasa mahu menyentuhnya.
jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. adakah aku tersilap tempat atau bagaimana.













usia yang tidak kenal erti kepayahan















seorang pelancung sedang melihat peta mencari arah yang perlu dituju.
aku? rasanya tak perlu lagi menggunakan peta Hungary. boleh dikatakan semua tempat yang perlu dilawat sudahpun berulang kali aku terjah dan abadikan dikamera .
Canonku


 Rinie call dan meminta aku menunggunya. beliau didalam perjalanan mengambil aku.
lantas aku berlari ke dalam central market dan mengambil beberapa gambar.







suasana diluar pintu pasar



























kehidupan seorang perantau dirantauan
tak tahu nak buat apa. kesejukan dan kelaparan


ramai ler pulak hari ini




tumpang gembira melihat pasangan ini

menghabiskan usia tua bersama










kelihatan Freedom Bridge
berdiri megah

yeaaaaaaaaaa, masih boleh bergaya walaupun berbasikal





masing masing pening tak tahu
kemana dulu yang hendak dituju.











Pukul 10.10 minit pagi Rinie bersama Indra datang menghampiri aku. Hadir bersama anak perempuan berusia 4 tahun yang comel sangat. Kami terus ke Asia market yang terletak disebelahan Central Market. Rinie dan Indra membeli beberapa barang yang ketinggalan untuk acara pagi ini. sedang mereka mencari keperluan, aku terpandang periuk kukusan ini. Kukusan yang besar harganya 8888forent. lebihkurang Rm 120. dimalaysia sekarang berapa ye harganya. aku juga punya tapi besar sedikit yang ku simpan dirumah ibuku.
setelah pasti semua barang keperluan berada ditangan kami terus melangkah ke station tram




kami menaiki tram no 2 menuju ke Boraros ter. setibanya kami anak anak sudah mula mendeco muffin yang mana telah disediakan oleh Vera. Anak anak gembira dan masing masing menunjukkan bakat yang terpendam 

Vera sedang mengajar anak anak cara membuat onde onde.

disatu sudut pula kelihatan anak anak sedang mencanting batik. Cantik!

Indra pula mengajar anak anak membuat hasil seni





Onde onde sudah sedia dimakan.
emmmm enak!!!
ramai yang meminta resepi.






ketika ibu dan anak punya acara sendiri
 kaum bapa juga kelihatan memeriahkan lagi suasana dipagi sabtu 

geramnya...




ibu sedang memerhatikan anak anak membuat handcraf





















sedang mengajar anak membuat biskut bangkit kelapa dengan perbagai acuan disediakan









dengan bantuan jurugambar profisional terhasilah gambar ini. cantik!






bukan sahaja dari anak orang Hungary tapi anak orang India juga turut serta di acara ini













dengan cuaca yang bagus
lebih selesa lepak diluar bangunan
engineer dan lawyer bertemu...










Tiara. sudah besar.
aku bersama Rinie dan Vera pernah melawat ketika dia baru dilahirkan.









sikembar sedang leka mencanting batik




Indra bersama guru Canting batik
juga merupakan sahabat baiknya.




















selesai acara Indra mengajak kami ke restaurent Turki Halal.
sejak pagi tidak menyentuh sebutir nasi dan setitis air perut ku sebenarnya sudah berlagu lagu.
kerana kelaparan terlupa aku mengambil gambar makanan yang kami pesan. yang pasti Hallal enak sedap
alhamduliallah






menikmati pandangan yang indah dibumi Hungary dipinggir Danube River
apa taknya perut dah kenyang. bolehlah jalan jalan cuci mata






cuaca yang terang dan berangin memang best berbasikal disepanjang sungai Danube




baik pulih laluan tram ke bangunan Parliment









singgah dikedai yang punya perbagai barang dari Asia
ada buah limau purut cili padi

sementara menunggu kedatangan suami Indra kami lepak disini
cantik dan bersih





jom main pingponggggggggg














Indra sedang melayan anaknya bermain














Indra sudah pun pulang
aku dan Vera punya acara sendiri
naik tram no 4 menuju ke Mammut


















apa pulak nie. kan baru sahaja makan di Turki restaurent...camner nak kurus murus nie.









Nasi Beriani Ayam












kata kenyang tapi...emmmmm
memang sedap 
Nasi Beriani Ayam 

Nasi Beriani Ayam yang sangat sedap
sesiapa yang datang bercuti di Budapest wajib singgah disini
Senang dan mudah kalau menggunakan perkhidmatan awam
Mughal Shahi Restaurant
Pakisztani Etterem
1122 Budapest
Varosmajor St 57
Hungary Budapest
Tel no . 003612024488
kalau menggunakan perkhidmatan awam bermula
 dari Margit Hit boleh menaiki tram no 4 dan no 6. Tram ini akan berhenti dilast station. 
Szell Kalman ter nama station akhir. 
kemudian susur kekiri  kelihatan Metro Station yang tertulis Szell Kalman ter dan susur kekanan kelihatan station tram no 59 dan no 60. 
sebelahan station terdapat tangga yang menyusur ke atas. disitu terdapat beberapa station bus menuju keberapa tempat, antaranya ada bus bernombor 16 dan 16A yang disediakan ke Matthias Church dan Fishermans Bastion juga ke Royal Palace 
Tapi untuk pergi ke Mughal Shahi Restaurant bus bernomber 128 dan 129 . pastikan tekan locing bus apabila melepasi perhentian bus yang kedua.
Bus akan berhenti di perhentian ketiga berhadapan Mughal Shahi Restaurant
sebenarnya tidak perlu risau. memang senang untuk mencari Mughal Shahi ini.


sementara menunggu tram no 4, sempat aku mengambil gambar station Metro Szell Kalman ter





dengan menaiki bus 65
akhirnya aku selamat sampai dirumah dengan seluruh badan dah nak beku
cuaca yang sangat dingin..





alhamduliallah

1 comments: