Pages

Friday, October 11, 2013

Lepat Pisang Perantau

Pisang yang dijual disini sebenarnya untuk dimakan bukan untuk dibuat kuih muih. Aku sendiri tak pasti Pisang jenis apa dan dari mana Pisang ini diimport. Dari mula aku sampai diHungary hinggalah sekarang dah lebih 3 tahun Pisang ini sahaja yang aku jumpa. Sebenarnya dari dulu lagi sejak aku diMalaysia pun aku tak berapa suka makan Pisang tapi... kalau aku balik kg, Bondaku Hajah Derma ada tanam pokok pisang emas dibelakang rumah. Pokok Pisang emas nie  taklah berapa tinggi pokoknya, lagipun tandannya juga tidak berapa panjang. Manakala Pisang yang hasil dari pokoknya juga comel comel dan manis. Pisang emas yang ditanam bonda ku ini memang menjadi kegilaan aku. Ada satu ketika pernah aku makan satu sisir pisang. Keluarga ku terkejut dan tak percaya melihat aku bergitu ghirah makan pisang emas itu. Apa nak buat ...

Hari ini kerana teringin sangat nak makan Lepat Pisang walaupun tahu daun pisang tak ada tapi entahlah tak tahu kenapa. Tapi lagi satu... kerana Pisang dah masak sangat tak ada siapa yang makan. Dari terbuang lebih baik aku buatkan sesuatu. Nak buat Jemput Pisang dah selalu buat. Lagipun inti kelapa ada berbaki dari buat Ketayap hari itu. 

Jom kita mulakan operasi kita membuat Lepat Pisang Perantau. nak tahu kenapa aku panggil Lepat Pisang Perantau? teruskan bersama saya ye. teruskan membaca sambil ceriakan hari hari kita dengan Wajah  yang senyummmm. Wajah yang ceria menjadikan apa jua masakan menjadi Sedap. Percaya Tak?


 

maafler..
proses camner nak bungkus pisang nie dengan plastik terdelete ler pulak
TAPI...
boleh tengok dan singkap di blog saya nie yang tajuknya
Lepat Labu Perantau.
sama je caranya.










baru keluar dari kukusan











Sejukkan dahulu Lepat Pisang
baru mudah dibuka plastik bungkusannya





Hasilnya
Inti Kelapa yang dimasak dgn brown sugar.









sebenarnya sebelum membuat projet Lepat Pisang Perantau aku dah bancuh adunan Roti
ketika Lepat Pisang di kukusan di atas dapur aku meroti ler... 

Hasilnya
Roti Kentang yang enak dan lembut


Resepi Roti Kentang ini boleh jenguk di blog aku ye. 

1 comments: