5 Biji telur ayam saiz A
(4 Biji ..asingkan kuning dan putih telurnya)
5öö gm Gula Perang
25Ó gm Margerin di letakkan suhu bilik
25Ö gm Tepung Gandum ( campurkan bersama baiking powder dan diayak)
12 gm baiking powder
1 paket Vanilla sugar
1kg walnut di cincang
2 botol cherrie yang telah diproses..tapis airnya..cherrie je yang diambil.
Caranya
Bahan A
Ambil 4 biji telur dari 5 biji telur tadi diasingkan putih dan kuningnya
4 putih telur di masukkan kedalam peti sejuk selama 3Ó minit atau suhu disini kami letakkan diluar rumah untuk seketika.
Didalam bekas yang besar masukkan 4 kuning telur campurkan dengan baki SATU BIJI TELUR tadi di campur bersama Gula Perang dan Margerin
semua bahan ini digaulkan dahulu. gaulkan semua bahan ini dengan menggunakan mesin sehingga gula bertukar warna.
Masukkan Tepung yang telah digaulkan dengan baiking powder. vanilla sugar kedalam bahan tadi. mesinkan semua bahan sehingga sebati.
Bahan B
PUTIH TELUR yang telah disejukkan tadi
Pukul Putih Telur sehingga kental. maksudnya apabila ditebalikkan bekas. Putih telur tadi tidak jatuh dari bekas.
Seterusnya
Bahan B dimasukkan kedalam Bahan A.
Gaulkan semua bahan dengan satu arah dan gerakan perlahan. gerakan manja gitu. itu apa yang aku belajar. Anna kata hasil kek nanti mendapat struktur kek yang halus.
Sediakan bekas untuk membakar kek
Sapukan margerin bekas pembakar kek dan taburkan tepung kemudian buangkan baki tepung tadi.
Bahagikan 2 adunan, kerana kek ini ada dua lapisan
Ratakan adunan pertama dan taburkan Walnut dan Buah Cherrie
Kemudian tuangkan baki adunan tadi dan ratakan keseluruhan
Akhir sekali taburkan baki Walnut dan Buah Cherrie diseluruh permukaan adunan tadi
PERHATIAN
Oven tak PERLU DIPANASKAN.
Masukkan adunan Kek tadi kedalam Oven dan barulah dipanaskan Oven seperti biasa
Suhu Atas Bawah
175 F
45 minit ke 1 jam
sila rujuk cara penyediakan dibawah ini
asingkan kuning dan putih telur
Cherrie yang digunakan
Kuning Telur
Gula Perang
Margerin
semua bahan digaulkan
Hasil setelah di keluarkan dari Mesin
Tepung yang digunakan
Baiking Powder
Tepung dan Baiking Powder
Tepung yang sudah digaulkan dengan Baiking Powder dimasukkan kedalam adunan telur tadi
Gaulkan sehingga sebati
Sapukan Margerin di tempat pembakar Kek
Taburkan tepung dan buang baki yang lebih
Pukul Putih Telur
Hasil Putih telur setelah dipukul
Bahan A dan Bahan B
Hasil setelah dicampurkan
Bahan A dan Bahan B
Bahagikan 2 bahagian adunan
Ambil satu bahagian adunan dan Ratakan
Taburkan Cherrie dan Walnut
Ambil Baki Adunan tadi
dan tutupi Lapisan pertama
Taburkan Baki Cherri dan Baki Walnut
Bakar suhu 175F selama 45 min ke 1 jam
Hasilnya
Sweet Sour Hungarian Cake
0 comments:
Post a Comment