Pages

Tuesday, October 22, 2013

Gőülásh Hüngárián Trádisiőnál Sőüp

Góulásh..
Gőulásh adalah makanan tradisional orang Hungarian. Gőulásh adalah sejenis soup yang paling popular di sini Tapi bagi orang Muslim sememangnya amat susah dan payah apabila melancung kenegara eropah. Aku juga setelah lebih 3 tahun baru sekarang aku berpeluang mencuba menikmati kesedapan Soup Gőulásh, itu pun kebetulan kenalan aku orang Hungary yang sudi mengajar aku cara penyediaan Gőulásh. sebenarnya ada sejarah bagaimana Gőulásh ini terhasil..boleh rujuk diblog aku yang bertajuk Warna Warni Kehidupan Part 2...

Jom..kita tengok apa bahan yang perlu disediakan bagi penyediaan GŐULÁSH. Sebenarnya Bahan utama untuk menyediakan GŐULÁSH ini ada Daging Lembu atau Daging Kambing. Ayam tidak sedap...itu apa yang diterangkan kepada aku..tapi mereka biasa ler guna daging dot dot dot..???? sendiri faham ye.

Sebelum itu aku nak beritahu, aku bersama Anna pergi ke kedai menjual perbagai daging Halal untuk mendapatkan Daging Lembu.

Sememangnya aku berterimakasih kepada Anna kerana sanggup bersusah payah kerana aku. dah lah mengajar aku. bawa aku membeli daging halal pulak.



kedai menjual Daging Halal










Bahan untuk menyediakan Soup Goulash

2 kilo Daging
2 sudu besar serbuk Paprika Pedas
2 sudu besar serbuk Paprika Manis
2 biji bawang Holand dimayang atau dipotong dadu

Sayuran yang diperlukan
2 batang karet
1 batang akar Ketumbar
1 biji ubi ...dan beberapa batang dan daun soup
5 biji kentang dibelah empat
2 biji tomato dibelah 4
1 biji Paprika Hijau dibelah 4

Bahan untuk PASTA
1 cawan tepung gandum
2 biji  telur
sedikit garam 
sedikit air

Cara
Gaulkan semua bahan dan bancuhan tidak terlalu pekat dan cair

Seterusnya dibawah ini ada cara penyediaan
Sőüp Gőülásh





Akar Daun Ketumbar
Karet

2 kg Daging Lembu
dipotong seperti yang anda lihat











2 biji bawang Holand dimayang










Sayuran untuk Goulash

Karet
Ubi Pokok Ketumbar
Paprika Hijau dibelah
Tomato
Kentang
Ubi daun soup

sayuran terpulang mengikut selera masing masing tanpa sukatan tapi yang pasti semua bahan di atas Wajib ada untuk membuat Goulash.




Ubi dan batang daun soup
Ubi hendaklah dibelah manakala batang dan daun soup sekadar dibiarkan bergitu bagi menaikkan baunya.

semua sayur tadi dibasuh dan toskan








 Caranya

Tumiskan bawang  jangan sampai garing
sekadar layu sahaja









Serbuk Paprika
Jenis ini adalah jenis yang paling sedap
dari apa yang Anna beritahu aku. 
Paprika ini adalah pemberian dari Anna. 


Apabila Bawang sudah layu masukkan serbuk PAPRIKA
2 sudu Paprika Pedas
2 sudu Paprika Manis
apa yang diberitahu oleh Anna..Kepedasan terpulang hak individu..sekiranya mahu pedas letakkan Paprika Pedas lebih.
PERHATIAN
ANGKAT DAN PINDAHKAN periuk ke tungku dapur  lain ketika kita meletakkan Serbuk Paprika bagi mengelakkan Serbuk tersebut HANGUS.
Kemudaian masukkan Daging dan gaulkan. bolehlah periuk tadi diletakkan semula ke atas api.

selepas 5 minit masukkan air kedalam daging tadi. dan masukkan semua sayur kedalam periuk dan juga garam sebagai perasa

Air
Terpulang banyak mana yang kita suka kerana tidak ada sukatan.






Tutup periuk dan biarkan semua bahan lembut

Ketika saya belajar Anna menggunakan
Pressure cooker.
dengan menggunakan Pressure Cooker Gőülásh boleh disediakan lebih kurang 1 jam sahaja untuk melembutkan semua bahan tersebut.






Pasta untuk Gőülásh
bahannya

1 cawan tepung gandum
2 biji telur
sedikit air
sedikit garam

Bancuh semua bahan. Bancuhan jangan terlalu cair dan juga tidak terlalu pekat. Dari apa yang saya lihat kepekatan seperti kita membuat tepung Cendul


Soup GŐÜLÁSH  semua sayur dan daging sudah lembut. Tanpa meletakkan sebarang bahan perasa ...
GŐÜLÁSH sudah sedap dimakan TAPI tunggu...


Besi yang kelihatan di atas periuk adalah alat yang digunakan untuk membuat Pasta.







Tepung yang telah dibancuh tadi kita gesekkan terus kedalam Periuk GŐÜLÁSH.
Perlahankan suhu api Ketika proses ini dijalankan.












Inilah Hasilnya..
Pasta yang telah timbul menandakan tepung tadi sudah masak.











GŐÜLÁSH yang sudah masak.










Alhamduliallah. Syukur kerana dapat aku menikmati kelainan masakan. Sebenarnya cara penyediaan untuk Soup Gőülásh adalah terlalu senang dan mudah tapi hasilnya emmmmmm. memang sedap. Dua kali aku tambah. Kebiasaan mereka makan Sóüp Gőulásh bersama Bágüetté.

Dari peramatan aku sebenarnya Gőülásh ini seperti Gulai Kari kita tapi yang membuat kelainan adalah dari serbuk Pápriká Pédás dan Pápriká Manis juga kesedapan kemanisan kuahnya hasil dari Isi ubi Ketumbar dan isi ubi daun soup.
Sememangnya pulangnya aku nanti ke Malaysia akan ku beli serbuk Paprika ini sebagai cenderahati untuk sanak saudaraku. Biar mereka mencuba masakan orang Barat waima seperti masakan orang Melayu..

Sőüp Gőülásh!!!



0 comments:

Post a Comment