Pages

Thursday, November 07, 2013

Country side

Alhamduliallah dan Bersyukur aku kepada Yang Maha Pencipta. Pencipta memberi aku peluang bernafas dimuka bumi ini dan kesihatan yang sempurna untuk meneruskan kehidupan yang sementara  Hidup ini sering kali diuji dan sering kali aku terleka dengan dugaan yang mendatang tanpa aku sangkakan- Sebenarnya semua ujian itu menjadikan diriku semakin kuat dan menjadikan aku semakin matang- Aku rasakan hidup ini terlalu pantas berlalu. Kadang kala aku juga merasakan rutin ku masih sama. masih tidak berubah. yang pasti hari dan bulan silih berganti  tanpa lewat walau sesaatpun.

Sejauh mana kita melangkah, sejauh mana pandangan kita di atas muka bumi ini dengan izinNya juga dapat kita melihat indahnya ciptaan  Yang Maha Pencipta lagi Maha Kaya yang tidak terfikir oleh akal kita- Jauhnya kaki kita melangkah tanpa sempadan juga fikiran kita dapat menilai sikap dan perangai orang orang dikeliling kita. Jangan kita menunding jari dimana silap dan salah orang lain yang perlu kita lihat adalah kedalam diri kita sendiri. perbaiki apa yang kurang- muhasabah diri sendiri-  setiap orang ada kelemahan dan kelebihan yang Allah sudah tentukan.

Soal perasaan. soal hati memang sukar untuk kita sembunyikan. Sikap kepentingan takala kesulitan berubah menjadi selembut sutera tapi takala senang berubah menjadi ibarat singa yang kelaparan membuatkan hidup tidak seindah yang diimpikan. tak perlulah hidup bermain dengan kepalsuan yang akhirnya menjadi racun kedalam diri sendiri. Sebenarnya aku sudah jemu berada didalam kalangan mereka yang mempunyai kepentingan sendiri yang sekadar tahu menghukum perasaan orang lain tanpa mengerti perasaan itu juga hadir didalam diri mereka tapi disebabkan sikap ego dan bermegah diri dengan apa yang mereka perolehi mereka buang perasaan dan sikap itu. Akhirnya sikap kasih sayang yang sedia ada dilupakan.

Allah telah mengatur perjalanan hidup ini. Kita hanya perlu memilih mana yang terbaik buat diri kita.

Kenapa pulak aku terlalu beremosi pada hal aku mahu mencatit perjalanan aku disini.


15C suhu hari ini

pagi yang dingin...













masih ada lagi pepohon yang kuning












Hari ini seperti biasa aku tunggu bus  yang akan membawa aku ke distinasi yang dituju. Hari ini aku naik bus no 18ó dan turun di Margit  Hid, aku juga turun seperti penumpang yang lain.Ada peristiwa lucu ketika aku didalam bus tadi. Sebelum itu aku nak cerita Bus disini saiznya panjang 2 kali ganda saiz bus di Malaysia kerana ada 4 pintu disediakan- bukankah bus biasa cuma ada dua pintu makanya saiz bus adalah dua kali ganda dari bus biasa Aku jarang naik melalui pintu hadapan aku lebih suka naik melalui pintu kedua dari belakang. Kebiasaan kerusi dibahagian hadapan selalu penuh itu sebab aku lebih suka terus naik dipintu belakang yang masih kosong.

Ketika aku memasukkan tiket dimesin yang berwarna kuning, seorang nenek yang duduk berdekatan dengan mesin tiket berkata sesuatu kepada aku. Aku tak faham tapi aku kata nam. Aku kira dia suruh aku duduk disebelahnya dan dia mahu turun ke perhentian seterusnya. Sebenarnya aku pun malas nak duduk sebab cuma 3 perhentian aku nak turun tapi dah dia bersungguh sungguh minta aku duduk akhirnya aku mengalah dan duduk disebelahnya. Aku sekadar senyum dan berkata kőszőnom szépen. Dia memandang dan mungkin kehairanan. Dari ekor mata dapat ku lihat dia melihat aku.dengan seribu macam soalan. Apatah lagi melihat cara aku bertudung, bukan nenek ini sahaja yang melihat aku dengan pandangan bergitu,sebenarnya ketika aku baru sampai disini dulu adakala berulang kali mereka memandang sambil berkata sesuatu sesama mereka. Pernah ketika musim summer aku memakai baju kurung dan ada kalangan mereka yang melemparkan senyuman kepada aku. Mana tidaknya ketika summer mereka sekadar memakai pakaian yang boleh di katakan pakaian yang tidak cukup kain. sudah itu cara mereka apa nak dikata.

Dari Margit Hid aku terus menunggu tram no 4 atau pun no 6 menuju ke Mammut. Cuaca dingin yang mencingkam hingga menusuk keurat sarafku. Hari ini ramai pulak yang turun ke station Szena tér






sementara menunggu Norbert










sememangnya berjanji dengan orang Eropah tepat dari masa yang dijanjikan












Dari Mammut kami berjalan ke Kalman ter station bus. Sebenarnya Norbert dan aku mahu ke Budakeszi. Budakeszi adalah antara kampung yang terdapat ditepi Pest
Kami naik bus no 22A menuju ke Budakeszi







Bus yang kami naik penuh,
Norbert sempat memberitahu aku pada minggu pertama bulan Nov adalah hari melawat kubur. Patutlah aku tengok ramai yang membawa bunga perbagai warna dan bau yang semerbak didalam bas. Duduk dihadapan aku seorang gadis dan ibu tua, Aku pasti mereka mempuanyai pertalian kerana muka mereka lebih kurang serupa. Mereka juga aku kira mahu melawat kubur kerana ditangan ada dua ikat bunga

Ini adalah sekolah untuk anak anak Yahudi. Cantik sekolahnya dan ada taman yang luar disediakan

sepanjang perjalanan Norbert banyak bercerita kepada aku perihal sejarah Hungary, sambil beliau menyoal aku beberapa perkataan yang kami  belajar. Manalah aku nak ingat. mana nak tengok permandangan  di luar bas, mana nak tengok perempuan dan ibunya sejak dari tadi asyik pandang aku, kejap dia pandang aku kejap dia pandang Norbert kemudian mereka berkata antara satu sama lain dan apabila aku pandang Norbert, dia sekadar senyum je. aku kira dia tahu apa yang dua beranak itu katakan kepada kami.

lebihkurang sebelas perhentian kami lalui akhirnya kami sampai kedistinasi yang dituju. Perhentian terakhir.

BUDAKÉSZI








Hari ini November 1st adalah hari cuti seluruh Budapest. apa yang diceritakan oleh Norbert, hari pertama bulan sebelas setiap tahun adalah dipanggil All Saints Day. aku nak terangkan pun tak reti tapi ianya adalah berkaitan dengan mengingati roh. atau pun mereka mempercayai benda benda yang bersangkut paut dengan orang yang mati. itu sebab mereka meraikan halloween. tapi dia kata halloween untuk orang kristian. Aku pening. biorlah. tak perlu tahu pun tak apa. tak penting aku rasakan.


LANGOS
antara kuih traditional orang Hungary yang perlu kita cuba. Apa yang aku makan dan rasa. LANGOS seperti kuih Char Koy cuma ianya Berbeza bentuk . Bentuknya seperti piring dan apabila sudah digoreng Langos disapukan sejenis yogurt dan kemudian terpulang kepada kita nak letak cheese atau sugar. Aku lebih suka letak sugar je. sedap dimakan ketika panas

Hari ini tutup ler sebab mereka pergi melawat kubur.





kalau rumah seperti ini ada di Malaysia yang dipenuhi dengan dedaun kayu yang hidup subur didinding rumah, aku kira entah berapa banyak ular yang bersarang. Tapi disini adalah sudah menjadi kebiasaan mereka.

Cantik. ye cantik ciptaan ALLAH.







tenang damai disekitaran










Dari station bus kami perlu berjalan kaki untuk menuju kekawasan perkampungan disini. Aku bergitu teruja sekali. Hidup ini banyak perkara yang kita tidak jangkakan, perkenalan aku dengannya membuatkan kehidupan aku berubah. Kalau dulu setiap kali aku cuti tak ada tempat lain yang aku pergi, West And adalah tempat wajib aku kerana disana aku boleh berintenet sambil minum tea dan sekeping kek ataupun paling kurang aku akan duduk dan lepak dihadapan Danube river  sambil melihat gelagat orang yang lalu dan melihat perbagai persembahan anak anak muda mencari rezeki dengan bermain alat alat muzik. Kini setiap minggu ada sahaja aktiviti yang membuatkan aku gembira. Aku harap dia juga gembira dan tidak muak dengan kerenah aku. ye benar kadang kala aku terbawa perangai keanakan aku yang suka dilayan seperti anak kecil.


mm cakkkk....
dedaun ini boleh dijadikan bakul.



Urtica dioica nama pokok ini
tapi di Hungary mereka memangil nama lain. aku pun kadangkala pening kepala banyak sangat perkataan yang berbeza.
Di Hungary mereka panggil CSALÁN
tapi aku rasa kat kampung aku pun ada pokok ini
pokok ini bila disentuh akan terasa sakit dan miang
dari apa yang di terangkan, daun ini boleh dijadikan tea. cuma rendam kedalam air panas seketika dan buang daunnya. Bolehlah diminum. sebagai herba. tak berani aku...










cantik sangat...
terlupa la pulak aku nama tumbuhan yang hidup diladang ini. tapi bila aku perhatikan dan aku petik daunnya seperti daun ...la lupalah..kalau di Malaysia daun ini mak aku kata siapa yang tak boleh tidur malam . petik daunnya dan rebus. boleh makan sebagai ulam cicah dengan sambal belacan.




Kelihatan pokok Pain yang besar sangat. Pokok Pain ini berusia lebih 1oo tahun tumbuh disini. Ianya merupakan antara pokok Pain yang paling tua di seluruh dunia.


Subhana ALLAH


kami berjalan lagi ...
sememangnya cantik...
Bumi ciptaan NYA.





Haaa..
terjumpa Kuda ataupun orang Hungary panggil sedang makan rumput. Norbert ketawa apabila aku memberi salam kepada Ló dan paling mengejutkan kami, Ló berhenti seketika dan mengangat muka ketika mendengar aku memberi salam kepadanya...





kayu kayu dibiarkan ditepi hutan
ini adalah kayu yang mereka gunakan untuk dibuat kayu api ketika musim salji. Musim winter coming ..yerrr











petik Rose Hip untuk ku jadikan air tea. Petik biji bunga rose ini dan dikeringkan  sehingga kering ataupun selama lebih kurang satu bulan. Nanti aku beritahu apakah rasa airnya nanti.


sedang kau leka memetik Rose Hip kelihatan ada orang sedang menunggang kuda. tanpa ku sedar aku terus mengangkat tangan. perempuan yang menunggang kuda memberi respon kepada aku. beliau juga terus menggangkat tangan. Macamana rasa tunggang kuda. teringin sangat tapi bahaya kalau tidak ada sebarang asas. lupakan sahaja niat itu



sedap buah ini
masam masam manis
opp..ada juga yang kelat..













sudah penghujung Autumn
tapi masih ada lagi dedaun yang berwarna warni









kelihatan penduduk sedang mengutip Rose Hip dan juga ranting kering untuk dijadikan bahan pembakar ketika musim winter.




Perkampungan yang cantik



















best tengok













aku dan Norbert terkejut entah bila kuda ini mengikut kami sedangkan baru tadi kuda ini makan rumput ketika kami melaluinya...


























sedang aku perhatikan Kuda tanpa ku sedar perempuan dan lelaki yang menunggang kuda muncul
apa lagi tak ku lepaskan peluang
dapatlah aku sentuh dan aku cium kudanya,,,bestnya kalau dapat  naik dan tunggang kuda kan.










Kami pergi semula ketempat Pokok Pain yang besar tadi. disana terdapat kerusi. Lutut aku udah nak patah sebenarnya entah berapa kilometer kami berjalan tapi best tak terasa peluh.















Norbert pergi bertanya kepada nenek tu adakah kami boleh duduk dikerusi di sebelahnya.














terkejut aku apabila Norbert mengeluarkan kek dari beg galasnya.
rupanya apabila dia beritahu hari ini kami mahu ke Budakezsi maknya telah bersusah payah masakkan cheere kek untuk aku.
emmmm sedapnya.

aku sekadar bawa baki nasi goreng yang aku masak pagi tadi. akhirnya nasi goreng ku bagi kepada Norbert dan aku pula makan kek yang dimasak oleh ibunya


selesai makan, Norbert terus bangun dan meminta aku tunggu saja dikerusi

aku pun tak tahu apa yang hendak dicari dibawah pokok Pain
kelihatan beberapa orang juga sedang mencari sesuatu.

rasa ingin tahu menebal menguasai naluriku..







Ada sesuatu yang Norbert ambil dari celah rumput dibawah pokok Pain. Norbert lantas memandang aku sambil tangannya menunjukkan sesuatu kearah aku. Kelihatan juga mereka yang berada di situ terus menuju kepadanya. Perasaan ingin tahu membuatkan aku terus menghampirinya

























Aku lihat di tangan kanan Norbert ada sesuatu yang dipegangnya sambil tangannya mengetuk ngetuk ditapak tangan kirinya.
aku biarkan ..













aku jumpa ini seperti yang aku lihat ditangan Norbert tadi cuma masih berwarna hijau lalu aku bawa dan tunjuk kepada Norbert












Rupanya ini adalah bunga Pokok Pain
dan tadi ketika dia mengetuk ditapak tangannya bagi mengeluarkan biji dari kelopak bunga ini dan mahu memberi biji benih pokok pain ini kepada mereka yang berada disitu.









kelihatan mereka sedang memetik buah yang berwarna biru yang entah berapa banyak dah masuk kedalam perut aku yang ku petik disepanjang jalan tadi.




















                                                                 Aku suka gambar ini


                   Cantikkkkkkkkkkkkk














                                                      Pohon Pain yang berusia lebih 1oo tahun


air yang diminum seperti baru keluar dari fridge
sejuknyaaaaaaaaa

















ramai juga orang datang melihat pokok Pain disini









hahhah
dia tak sedar aku ambil gambarnya yang sedang termenung...


















sedap...
aku petik sikit je walaupun buahnya banyak sebab malas
beg yang penuh pun Norbert yang tolong aku petik
dia kata balik nanti terus simpan dalam fridge ditempat sejuk beku
selepas beberapa hari keluarkan dan biarkan seketika baru dimakan
buah ini akan menjadi manis






SubhanaALLAH cantiknya bunga ini















alhamduliallah Norbert tak marah dengan perangai aku yang suka bergambar...

















entah berapa jam kami disini akhirnya
Norbert mahu menunjukkan kepada aku rumah neneknya















entah apa jenis buah ini...













hehehheheh
















disudut yang berbeza









Pohon Cheere yang sudah kering tanpa dipetik































anak kecil ini asyik memandang aku
geramnya...comel sangat












pohon apple yang kering dipokok










 dikawasan perkampungan di Budakeszi



apa yang diceritakan kepada aku. penduduk di Budakeszi mejoriti adalah dari German. Antara tulisan German yang terdapat didinding ini.



antara kampung yang terdapat di Budakeszi















sememangnya disini mereka

pentingkan kebersihan













Church.
aku suka tengok reka bentuknya











ini adalah Paip air
sesiapa pun boleh minum
Paip ini disediakan setiap satu kilometer






















Pokok ini diproses untuk dijadikan minyak



















Halloween...















Haus Bruck er
kalau dalam bahasa aku Haus adalah dahaga....hahahhah









arrrrrrrrrrrrrrrr
lupa pulak aku apa nama pokok ini












Inilah rumah nenek Norbert tapi setelah neneknya meninggal rumah ini dijaga oleh bapa saudaranya. Setelah beberapa tahun bapa saudaranya mendapat kerja di bandar diBudapest dan jauh dari Budakeszi akhirnya rumah ini dijual.


























aku pernah jumpa buah nie dirumah kawan ku Vera di Berekfurdo Karcag












ada lagi rumah seperti ini
















macam nak buat bila aku balik kg













tak perlu risau
setiap tempat peta akan disediakan
















dari sini kalau berjalan kaki selama satu jam, boleh sampai ke Normafa
ingat lagi tak dimana Normafa
Puncak paling tinggi di Budapest







apabila tiba hari turunnya salji tempat ini akan dijadikan tempat mereka gelungsur...rasa mcm nak dtg dan main salji je nanti...




























Pintu yang mengikut design dari citarasa orang German




Cantik










Nunnnn disana kelihatan Normafa dan kelihatan bangunan yang aku bergambar dipuncaknya..













anak anak ini melepaskan dahaga selepas bermain. mereka minum dipaip yang disediakan













cantik pintu kayu
































jam  4petang matahari  memancar dan akan berlabuh. sekarang siang pendik dan malam yang panjang

















cantik warna cat restauren ini


















Comelnya pintu ini




























bermacam bentuk rumah disini

































kesini rupanya Norbert nak tunjukkan kepada aku..














sebenarnya aku dah penat gila
entah berapa kilometer kami berjalan hari ini











signboard
Budakeszi













sementara nak tunggu bas terpandang ler pulak benda ini..

Norbert jelaskan kepada aku disebalik statue nie tapi lupa..










dah sampai kat Mammut Shopping mall















sambung pelajaran minggu lepas











Norbert mahu menghantar aku ke Battyány tér tapi aku kesian dahlah hari ini satu hari berjalan sekarang nak temankan aku pulak berjalan kaki kemudian dia pusing balik ke Mammut untuk dia pulang kerumahnya.
aku pun sebenarnya dah tak larat nak jalan, tak apalah aku masih ada lagi beberapa keping tiket yang boleh digunakan.

Margit Hid







sementara menanti bus untuk pulang ke rumah



Kolesy tér


Naik bus 65 untuk bawa aku ke Szépvölgyi


Alhamduliallah.

tunggu tunggu..

Kurtőskálasc


2 comments:

  1. bagus su, dapat jalan2 melihat pemandangan...Norbert to siapa suraya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam rossies...baru perasan ada comments..
      Norbert tu kenalan saya dan sekarang sudahpun menjadi suami saya yang sah..alhamduliallah...

      Delete