Pages

Monday, March 31, 2014

BBQ

Mentari pagi memancarkan sinarnya dibumi Hungary. manakala aku pula sebagai insan yang daif ini mengucapkan syukur dengan segala nikmat yang aku nikmati, walaupun aku tahu hidup adalah sementara sebelum pergi menemui penciptaNya. Nikmati dan bersykukurlah selagi masih lagi berpeluang bernafas.


sementara tunggu bas datang...




















Pilihanraya Umum akan diadakan pada April 15. Ini adalah antara calon yang bertanding...bagus idea mereka meletakkan papan tiga penjuru bergini untuk meletakkan poster calon.
alangkah baiknya kalau Malaysia juga melakukan bergini. tak perlu merosakkan pokok dan dahan kayu..
kerana satu ketika dulu aku juga pernah bekerjasama dengan pemuda bagi melekatkan poster calon di pokok dan digantung. ye..memang indah kenangan itu.


Poster Calon yang bertanding.

















Bendera Hungary diletakkan disepanjang Margit Bridge.













laluan dari train hijau..Metro 3












suasana didalam tram












cantik tiang bangunan di Mammut


ketika aku menyarung baju ditubuhku tak perasan la pulak warna bergitu ceria...bila aku ingat lagi patutlah ramai mata yang memandang kearah aku tadi...hahhah...



Mammut Mall. apa lagi kalau bukan statue gajah.


aku berjumpa kenalan seorang student dari University Budapest.  beliau sedang mengkaji kehidupan orang Muslim yang tinggal di Eropah. setelah aku terangkan serbasedikit beliau bergitu tertarik tentang Islam. yang mana aku jelaskan Islam itu agama yang mudah. Insyaallah satu hari nanti terbuka hatinya untuk memeluk Islam.aamin


aku mencari Langos dipasar ini. tapi sayang hari ini kedai menjual Langos tutup.  lantas mata aku tertarik dengan sayur ini. merah warnanya ..geram aku..sudah lama aku mengidam baru sekarang aku dapat..

Lupa pulak namanya..


nanti aku tanya Adam
















sampai dirumah Adam, mami sedang memotong Buah Labu, semalam aku baru cakap dengan Adam sudah lama aku tak makan labu.
Adam terus beritahu mami, makanya mami beli buah labu. aku pun tak pasti apa yang bakal mami masak untuk aku..












 Buah Labu dipotong dan dimasukkan kedalam oven

  
Buah Labu selepas 1 jam dibakar..biarkan sejuk seketika
memang sedap hasilnya.
Ini merupakan masakan orang Hungary. balik Malaysia nanti boleh buat nie.


Taburkan garam...
sedapnya..rasa sengkuang.
Mami kata tak boleh makan banyak nanti akan mengakibatkan angin dalam badan...
Mami belum tahu kalau dia tengok aku makan buah mangga muda pastinya Mami pengsan...
rindu la pulak nak makan mangga muda cicah kicap belacan cili padi.....



opp...fikirkanlah kenapa diikat bergini kain pelekatnya...hehhehe
Demi Cinta ...Adam berkorban demi membuktikan cintanya kepada aku.

Cantik...bungaan sudah mula berkembang...

hari ini aku tidak dapat menemani Adam sehingga petang kerana aku ada jemputan dirumah Rinie. Hampir 3 bulan kami tidak ketemu. Sepatutnya Adam juga ikut serta tapi keadaan beliau bergitu tidak mengizinkannya untuk ikut kerumah Rinie.

Sistem jadual bus diBudapest bergitu canggih. Bus akan sampai pada masa yang tepat pada masa yang tertulis diboard. 


Anjing ini bergitu patuh mendengar kata tuannya. Anjing duduk dipangkuan tuannya seperti seorang budak kecil. lucu dan ketawa aku sendiri melihat gelagat anjing dan tuannya bergitu memahami antara satu sama lain. Rahsia ALLAH.

 Spring datang lagi..cantik semua pokok berbunga disepanjang jalan kerumah Rinie.


sesampai dirumah Rinie kelihatan Vera dan Lyia sedang menikmati hidangan..majlis baru bermula.


BBQ...ada kambing dan bmacam lagi.


perut ni bila pandang kambing panggang terus jadi lapar sedangkan tadi aku dah makan dirumah mami..


macam macam ada...
kalau dulu, aku akan datang sehari sebelum majlis dan aku akan bantu Rinie dan Vera menyediakan hidangan buat tetamu. tapi kali ini keadaan tidak mengizin aku membantunya.


Sedapnya Tiramizu ,,,sehingga dua potong aku bedal...
diet sebulan musnah sehari je..camner nak pakai baju dimajlis nanti.


Aku sempat menjenguk Bunga pohon Cherie sudah muncul. Insyaallah bulan July akan dapat hasilnya...emmm rasa tak sabar nak makan buah Cherie segar. sedap manis sangat..

Selesai majlis dirumah Rinie dan juga selepas membantu mengemas pinggan mangkuk kami pergi ke acara lain pulak. Dua jejaka ini adalah dari Malaysia yang sedang memperkenalkan Batik dari Malaysia kenegara Eropah.. lupa pulak nak tanya namanya..


Majlis ini dibuat diMuzium. cuba tengok kulit apa yang tergantung didinding tu...


sebelum pulang, kami menerima alat untuk cating batik nie..emmm sememangnya ini adalah barang yang aku cari..

terimakasih Maznah...
oooo...mereka dari RUZZ GAHARA. didoakan semoga mereka berjaya memperkenalkan hasil batik dari Malaysia ke negara Eropah. Insyaallah.

pulang setelah satu hari berjalan... 

0 comments:

Post a Comment