Pages

Monday, March 31, 2014

Pizza

Allahuakbar...lamanya aku tidak menjenguk blog ini. nak dikatakan sibuk taklah sangat, nak dikatakan tak ada bahan,,,,emmm mengecik kata orang Perak. kata orang bandar pembohong. hahhhhh. Setiap minggu ada sahaja aktiviti aku. Cuma..cuma...entahlah aku sendiri kurang mengerti kenapa sejak akhir ini tiada mood untuk aku nak menaip...
Tak perlulah aku nak berceloteh.rasanya lebih baik aku terus kepada tajuk asal..emm nak cerita pasal apa Hari ini Isnin, diHungary mereka sebut hari Isnin ialah Hétfö. Hari Sabtu yang lepas adalah hari cuti aku. Inilah kisah aku...

seawal pagi...
mentari menyinar memancarkan sinarnya.
Spring datang lagi.
aku jalan kaki je..walaupun mentari terik tapi dingin pagi mencengkam tubuhku.










Alhamduliallah...Allah memberi aku peluang lagi bernafas dibumi Budapest ini
Bersyukurlah di atas Nikmat yang kita kecapi walaupun kadang kala aku alpa dengan kehidupan ini lantas terlalu banyak dugaan dan rintangan buat aku meneruskan perjalanan yang sementara ini. Sesungguhnya aku adalah seperti insan yang lain. terlalu banyak yang perlu aku perbaiki didalam diri ini. ALLAHUAKBAR...


SubhanALLAH...
cantiknya bunga ciptaan Mu ya ALLAH.


tumbuh melata ditepi jalan tak siapa yang memetik...









Bunga ini dipanggil Japanes Rose...
rasa geram sangat. rasa nak patah je dahannya dan bawa balik nak letak kan dalam pasu...tapi....hahhh sendiri mahu ingat. ini bukan kat Malaysia yang boleh sesuka hati nak petik bunga ditepi jalan..Biarlah bunga ini hidup mekar mengindahkan lagi alam ini.


Sesampai dirumah Adam, Mami dah pun merebus Cekla. sedangkan tadi aku singgah dipasar pagi. Sememangnya aku beritahu Adam, aku akan beli Cendawan, bawang merah, paprika dan Cikla. Aku dah janji dengan mami, minggu ni aku nak buat Pizza. bulan lepas buat Pizza tak cukup.



Ini Cekla yang aku beli dipasar pagi
mami kata minggu depan buat lagi.
alhamduliallah. terimakasih kepadaMU ya Allah memberi aku bakal ibu dan bapa mertua yang baik dan sayang kepada aku.








setelah direbus, biarkan Cikla sejuk dahulu kemudian buang kulit dan akhirnya diparut.













Campurkan sedikit Jintan Manis












Sukatan untuk 1kg Cikla
2 cawan air
1/2 cawan cuka
3 sudu besar gula
secubit garam

Larutkan semua bahan.


Akhir sekali masukkan Larutan air tadi kedalam Cikla.
masukkan kedalam bekas yang kedap udara dan disimpan didalam peti sejuk. selepas 3 hari bolehlah dimakan..

memang sedap.






Mami kata Cendawan yang aku beli banyak sangat utk buat pizza jadinya Mami nak goreng separuh.
Rajinnya mak mertua aku nie. setiap kali aku datang ada je benda yang dia nak masak.

aku tak kisah...








Cendawan setelah dimandikan dengan telur,
kemudian digaulkann pula dengan serbuk roti..



kalau diMalaysia aku biasa goreng Cendawan yang lagi satu..Cendawan butang nie tak pernah la pulak.

nanti aku makan dan beritahu hasilnya...



 Inilah hasilnya..Cendawan Butang Goreng...
yes..sesuatu yang baru bagi aku. yang pastinya SEDAP!



mami sedang potong Paprika untuk Pizza
semua mami nak buat..
mami suruh aku teman Adam yang masih lagi terbaring dikatil.. 










Juri tetap setiap minggu...
Cica suka lihat apa yang kami buat 
mana tidaknya,,,tempohari mami ajar aku resepi Ayam bakar dalam kertas.. isi ayam menjadi habuannya..suka dia..dapat makan isi ayam Halal lagi youuuu...








Doh Pizza yang telah aku uli dan aku rehatkan selama satu jam.
Hari ini mami suruh buat 1kg tepung abang Adam dan teman wanitanya akan join kami dinnar dirumah mami.
sebelum aku teruskan proses membuat Pizza sempat mami pangil Apaa. untuk melihat Doh pizza yang tinggi menggunung naik. Apaa terkejut dan ketawa..nak cakap dengan menantunya bukannya faham... hahah nasib badan.
juru bahasa tak boleh tolong masih  tidak sihat selepas bersunat...baring tu..



Hari ini mami suruh aku buat Pizza Besar tidak seperti bulan lepas kami buat mini Pizza.

Pizza yang belum dibakar...Tomato untuk
abang Adam..namanya Baros. 








3 jenis Pizza yang berlainan perisa.
Kari untuk Adam
Lada Hitam dan extra chesse untuk aku
Kurang pedas untuk Mami dan Apaa
Tomato untuk Baros dan teman wanitanya.

Mami dan teman wanita Baros.

Terimakasih kepadaMu ya ALLAH.. tak tahu nak aku gambarkan perasan gembira ini apabila melihat mereka semua gembira dan berselera menikmati Pizza dari hasil air tanganku..alhamduliallah.

alhamduliallah.. 

0 comments:

Post a Comment