Pages

Thursday, January 26, 2017

Selangor Figger

Pokok Tin

Figger Day di Putrajaya

Jan 18.2017. aku dan suami bersama menyusun Pokok Tin kedalam van Suzuki kami. Sehari sebelum aku telah menempah rak kayu dari anak saudaraku Ridzuan Yassin yang punya kepakaran bidang pertukangan. Aku berpuas hati dengan hasil pertukangannya.



Pokok Tin Variety Tihany dan Variety Peretta

Aku juga bercadang akan menjual Pacsni bersama Sour cream Buah Tin juga dihari Figger day.


Tengok tu kuali.doh contena dan segala keperluaan telah aku ikat dengan sempurna. Almaklum perjalanan jauh.



Jam 12 tengahari suzuki kami telah selamat sampai dipinggir kota batu yang mencakau langit. Bangunan bangunan mengah berdiri seolah melambangkan pembangunan bandaraya yang membangun.

Satu ketika dahulu aku juga salah seorang penghuni kota yang penuh dengan cabaran dan dugaan.sebagai anak kampong yang mencari rezeki dibandar, aku perlu berhadapan dengan banyak rintangan demi sesuap nasi. Alhamdulillah aku dapat tempuhi dugaan itu dengan kekuatan jiwa yang kental.



Alhamdulillah. Pukul 2 petang kami selamat sampai di homestay beralamat Precent 8. Sebenarnya aku telah berjanji dengan tuan punya homestay, en
Jamaluddin dan beliau telah setuju untuk kami menyewa selama 3 malam. Aku mahu bank in deposit tanda setuju tapi beliau tak mahu sebarang duit sebelum kami sendiri sampai dan lihat homestay tersebut. Aku dan suami memang berpuas hati. Ada 3 bilik tidur. 2 bilik air. Peti ais dan tv. Setelah wang beralih tangan kami berjalan persekitaran.

Setelah merehatkn diri dan mengalas perut kami menghantar pokok pokok ditapak karnival. Jarak homestay ke tapak sekadar mengambil masa 8 minit sahaja.

Karnival Figger Day di adakan ditapak Myfarm Oulet Kasih Precent 7



Hampir satu jam kami menyusun pokok pokok tin dan memasang benna untuk Karnival yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari jumaat.sabtu dan ahad
Aku berdoa semoga semua usahawan yang terlibat diberi kesihatan dan di permudahkan segalanya.
Aku dimaklumkan seramai 18 orang usahawan pokok tin yang akan terlibat bagi menjayakan Figger day dari group Selangor Figger.




Suamiku Barak Norbert atau lebih dikenali Adam.

Canopy aku berkongsi dengan Sungai Buluh Anggur yang dimiliki adik Fadli Hamid. Aku bangga seorang anak muda yang berjiwa kental. Beliau punya greenhouse yang dipenuhi dengan pohon anggur perbagai variety.

Pokok anggur kepunyaan adik Fadli..kecil lagi tapi sudah berbuah. Aku juga ingin belajar.



Cuba teka apakah nama buah yang pelik ini. Aku juga pertama kali lihat dan dengar nama buah ini.
Buah ini namanya Gac berasal dari Vietnam. Apa yg diceritakn oleh Fadli buah gac ini hidup menjalar. Buahnya boleh dibuat jus macam buah markisa.


Alhamdulillah dengan adanya gambar gambar kebun dan pokok tin yg sudah menghasilkan buah, jualan kami mendapat sambutan yang menggalakkan.





Terimakasih Zafirah tolong maksu.



Terimakasih saudagar nusantara..opp, akak terlupa nama. Kisahnya bergini, ada pembeli taliphone aku dan bertanyakan pokok tin variety Albacor Camuna..apalagi aku terus take photo dan wassap kepada pembeli. Aku terlupa pembeli tu datang ke tidak. Apa pun adik saudagar nusantara memang sporting.








Saudara Fahmie, orang kuat Selangor Figger. Beliau menjual products yang berasaskan buah tin dan daun tin. Memang power.



Saudara Fahmie menjadi model buat Mak Tam gerai..KEBUNA..kepunyaan Mat Tam & Pak Tam



Cikgu Yati..demo untuk spegetti sos dari buah tin. Aduiii sedapnya. Maaf tak sempak ambil gambar dah habis masuk perut. Adam pesan suruh aku masak sos macam itu...masakkkk


Abang masdar @ Fig Spot.
Selain menjual perbagai Variety pokok tin, beliau juga menjual jam buah tin. Aku dapat pandang dari jauh je..tak sempat kakiku nak bergerak kegerainya untuk merasa jam buah tin. Tahniah abang Masdar dengan products yang dihasilkan.

Alhamdulillah suamiku sudah pandai melayan pelanggan dengan bahasa melayu bota walaupun ada kalangan pelanggan yang teragak berbual dengan adam.


Hahaaa..ini dia sos spaghetti buah tin yg super power. Mmg sedap kak yati



Terimakasih kakakku Juita dan sepupuku Hamisah Ismail datang bersama keluarga bagi menyokong Figger day.
Terimakasih Aspha datang berkunjung dapat makan Pacsni bersama sour cream buah tin


Terimakasih Nor datang bersama keluarga.hilang rindu akak dengan anak anak.

Terimakasih bapa dan mak saudaraku datang menjengukku. Terimakasih pakcik main


Sempat lagi bergambar.





Terimakasih adik adikku..
Kawan serumah ketika aku duduk bujang dikelana jaya



Alhamdulillah.
3 hari berada di Figger day banyak kenangan manis yang akan ku simpan. Alhamdulillah suamiku dapat mensesuaikan diri. 3 hari lupa makan. Perut kenyang dengan air sahaja.


Muka kepenatan. Sambil menunggu kain dicuci kami bersarapan nasi dagang.


3 hari baju dah habis...alhamdulillah berhampiran homestay ada kedai dobi.




Selesai check out homestay kami terus ke putrajaya nak melawat Tihany dihospital. Waktu melawat lewat lagi dan kebetulan Shakir berjanji nak menghantar pokok doyan mootong. Shakir juga salah seorang usahawan muda yg mengikuti Figger day semalam. 


Alhamdulillah Tihany sudah sihat dan boleh bermain.
Putrajaya yang membangun


Semalam tak sempat datang Figger day..hantar hari isnin pagi.


Setelah penat ber Figger day...merehatkan diri dikolam renang.


Berjumpa sahabat lama. Lebih 10 tahun tak berjumpa..Fb yang menemukan kami semula.
Terimakasih sahabatku Norliza M.Zain pembaca tv 3.
Terimakasih kak Rahmah. Pokok Tin Baracska sudah besar dan tinggi tapi sayang, hujan lepat .pokok tin patah terkulai.


Terimakasih kak Wan sudi membeli Tihany.

Terimakasih Doktor Kamsian. 
Perancangan awal nak pelawa doktor Kam makan tengahari tapi beliau ada meeting. Adam nak makan kebab. Order tea o..gelas sumbing yang diberikan. Aduiiiii kedai exclusive tapi service hampass.


Muka suamiku yang kelaparan dan kepenatan.


Nasi Manndi yang aku order...
Nasinya memang super tapi ayamnya berbau hanyir..tak boleh nak masuk tekakku.


Kebab ayam yang sedap. Suamiku berpuas hati. Aku rasa segigit...memang sedap.


pemanis mulut aku order Baklava....
Emmmm...Baklava yang ku kira sebulan mungkin...rasanya dah tengik. Manisnya sudah lemau dan tengoklah Baklavanya sudah kering...

Destinasi terakhir kami menghantar kiriman pokok tin di Slim River.

Terimakasih semua yang memberi sokongan kepada urusan niaga pokok tin kami.



Hujan turun dari semalam. Bermula dari Kelana jaya sehingga ke kg hujan membasahi bumi.

 Intan payungku..Piroska dah tak mahu berenggang... Alma entah kemana. Emak kata selepas makan malam terus keluar.


Pagi rabu ketika aku mengemas dapur yg dimasukki air hujan, kedengaran Piroska bising. Aku jengok keluar. Allahuakbar...Piroska sedang berlawan dengan sang ular. Emak dan aku alhamdulullah dapat membunuh sang ular. Hakikatnya seluruh tubuhku menggigil bilamana melihat sang ular berdiri tegak sambil kepalanya sudah kembang...


Seminggu kami tinggalkan rumah..bunga orkid sudah berkembang. Cantik.


Mengemas kini greenhouse yang sudah terbiar selama peninggalan kami ke putrajaya.



Inilah...
Kisah seorang perkebun.

0 comments:

Post a Comment