Pages

Saturday, October 06, 2018

Serawa Kuinin

Udah lama beno tak menoleh blog aku nie. Rasanya klu ditengok macam nak bersarang lebah..kalau lebah makan boleh diambil madunya....


Hari ini ada jiran bagi Buah Kuinin. Rupanya sekarang nie musim buah kuinin. Itu yang dikatakan rezeki.Aku cakap dengan mak nak buat Serawa Kuinin.

"Mak, adik nak buat serawa kuinin ye..."
"Mak aku kata.. buatler..."

Buah Kuinin.


Buah Kuinin dan sebiji buah mempelam.
Entahlah apa rasanya buah mempelam klu dibuat Serawa.


Buah Kuinin yg dihiris mcm kita buat sambal.


Hiris mcm ini. Menegak.

Letakkan gula ikut selera


Buah Kuinin tadi digaul dahulu dengan gula dan dicampurkan dengan susu cair

Kalau dedulu...mak letak santan pekat kedalam buah kuinin yg telah digaulkan dengan gula. Kelapa parut pula perlu dicampur dengan air masak atau air mineral supaya pati santan yang digunakan tidak sakit perut.

Tapi sekarang aku ubah sikit resepi Serawa nie dengan mengantikan "Santan "dengan 
"Susu cair". Yang penting rasanya lebih enak. 

Suamiku petik buah Tin dari kebun lupa pulak Variety apa buah tin nie. Apa kata kita campurkn kedalam serawa Kuinin.


Lupa nak beritahu
 Susu Cair tadi dimasukkn sekadar sama paras dengan Buah Kuinin sahaja. 

Klu nak sedap lagi simpan dalam peti ais sekejap. 

Alhamdulillah

"Serawa Kuinin"

0 comments:

Post a Comment