Pages

Wednesday, October 31, 2018

Borak kopitiam tv3 @ 7.59pagi

"Ring..."Ring..."
handphone ku berbunyi. Aku capai handphone di atas meja dan ku lihat no tetera diskrin bermula angka tiga,lalu aku menekan papan skrin phone.

"Hello" saya azura dari tv3. Ini Pn.Suraya ke.

"Aku"Dengan perasaan bersama dejutan jantung yang kencang aku menyahut sapaan dicorong handphone.

Azura/ Pn.saya wakil dari program Borak Kopitiam tv3 nak jemput puan datang studio bagi segment "sarapan pagi bersama Langos" pn sudi ke.

Aku/ bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Aku bersetuju.

Selesai perbincangan dengan azura aku terus mencari suamiku dikebun. Hari ini Isnin cuti Langos aku sebuk melakukan tugasan yang tertangguh. Semalam ahad Langos mengoreng dipasar petang Titi Gantung.Tadi sebelum terima panggilan dari tv3 aku sebenarnya baru sahaja selesai "memvecium rumah dan menukar alas meja diruang tamu. Aku baru menegakkan pinggang handphone pun berbunyi.

Program "Borak Kopitiam waktu bersiaran hari sabtu bermula jam 7 pagi. Manakala segment "bersarapan bersama Langos waktu "on air pukul 7.59 pagi. Ini bermakna kami perlu ke kuala lumpur "one day before".



Suamiku sedang mengadun tepong ditepi jalan jam 12 tengahmalam

Seawal 5.30 pagi kami sudah berada diperkarangan Loby tv3
Heheee..aku kena make-up ler pulak...
Macam kenal penyanyi nie...oppp!
Freddo..penyanyi kesukaanku.
Suamiku bersama dengan salah seorang jemputan dalam segment 
"Cikgu"
Sukanya suamiku dapat bergambar dengan Freddo.

Semua gambar di atas adalah sebelum
 "on air"


Semua gambar semasa "on air" ehsan dari kekawan yg menonton Borak Kopitiam.
Aku terlupa mohon jasa petugas tv3 untuk take few photo dari my phone.

Sahabatku Norliza Md Zain pembaca berita tv3 sudi datang memberi sokongan.kebetulan pada hari ini beliau bertugas. Bilamana aku beritahu bahawa "Langos" dijemput ketv3 beliau berjanji akan datang berjumpa dengan aku.
Manakala lelaki yang sebelah aku dan suami adalah jiran kampong aku merangkap saudara..merangkap kawan kelas abang aku Osman.rupanya beliau bekerja sebagai camera man ditv3 selama 20 tahun.
Bilamana Langos on air dan pengacara Hafiz memberitahu Langos dari Telok Bakong baru beliau perasan aku...hehee dunia ini kecil sahaja.
Terimakasih sahabatku Norliza MdZain

Selesai Borak Kopitiam kami terus balik kehotel merehatkan diri.
Suka...
Penat...
Tapi...
Kepuasan...
akhirnya Langos masuk keprogram tv3.

Aku singgah dan melawat kakak kakakmu dikelanajaya.
Rindu dengan mereka.
Mereka adalah sebahagian dari hidup aku.

Aduiiii..tersilap ler pulak..tertinggal gambar nie..

1 comments: