Pages

Wednesday, November 07, 2018

Whi @ Wanita Hari ini Tv3 / 12 tengahari

Kegembiraan ketika berada diset Borak Kopitiam masih lagi terasa dibenak hati kami. Hari Ahad kami niaga dipasar petang Titi Gantung ,Langos menjadi bergitu " Popular & Glamour".

Jam 5 petang Langos sudah "Sold Out" Jiran aku juga melihat kami diprogram Borak Kopitiam mengusik kami Langos udah glamour...cepat abisnya.

Hari selasa Langos berada dipasar pagi kg gajah juga tidak kurang hebatnya.

"Kome masuk talibesen yek"

Seorang pelanggan Langos singgah membeli Langos sambil bertanya kepada aku.. Alhamdulillah makcik. Makcik tengok ye..ateeer... Itulee..makcik suke dengok talibesen pepagi..atee tingai seorang ape lagi nak dibuat..mule tu tak perasan bila nengok orang putih nie ( sambil jari telunjuk menghala kepada suamiku) baru makcik "oooo roti orang putih nie" makcik memang suke. Aku dengan perasaan berbunga mengucapkan terimakasih kepada makcik kerana menjadi pelanggan tetap "Langos"

Sedang kami melayan pelanggan Langos yang tak putus membeli...

Pakcik yang memang tak pernah membeli Langos berhentikan motornya dihadapan gerai Langos.( sejak Langos berniaga dipasar pagi kg gajah boleh dikatakan semua aku kenal dan cam muka..dan ada dikalangan mereka sudah menjadi kawan aku)

Pakcik " cer bak 5 keping benda alah nie" kome masuk talibesen yek...! Aku nak merase..

Aku masukkan 5 keping Langos dengan pelbagai perisa kedalam plastik bungkusan lalu bertanya kepada pakcik yang masih duduk diatas motor yamaha 135 nya. Pakcik terkejut tak nengok keme dalam tv?

"Ituleeee..pakcik tengah minum dengan makcik kamu...bila dengor kamu cakap "pasar pagi kg gajah ..pakcik berpusing nengok siapa pulak yang berniaga kg gajah boleh masuk talibesen".

Isteri pakcik cakap dia ponah meli roti kamu nie tapi aku ejak ponah..itu hari nie dia mesan suruh meli ..aku pun nak merasenye.

Makcik tak ngekot ke ari nie...

"Udah sakit lutut...tak larak nak berjalan.."

Setelah membayar pakcik berlalu pergi.

Aku dan suami tersenyum riang. Rezeki Langos hari ini setelah glamour masuk Borak Kopitiam habis seawal jam 9.30 pagi. Sour cream Cheese juga menjadi pilihan pelanggan.

Hari ini kebiasaan selesai berniaga dipasar pagi kg gajah, Langos sepatutnya berniaga dipasar malam didalam Uitm Seri Iskandar tapi minggu ini Uitm cuti Sem. Aku dan suami berehat sahaja dirumah.

Sememangnya kami keletihan berniaga dipasar pagi kg gajah. Mana tidaknya seawal 4.30 pagi kami sudah bangun untuk menyediakan bahan Langos. Aku juga ada kuih muih yang perlu aku goreng bagi menambah pendapatan. Kebiasaannya aku goreng karipap, popiah sayur, kasturi dan juga donat. Semua aku sudah sediakan sebelum tidor. Bangun pagi mudah terus goreng je.

Jam 3 petang aku terjaga dari tidor bilamana taliphone aku berbunyi. Tanpa melihat number yang tetera diskrin phone mungkin juga aku masih mamai, aku terus menjawab phone.

"Assalamualaikum, saya Fiza dari Wanita Hari Ini @ Whi. Ini Pn.Suraya ke.

Aku terus menegak pinggang dan terkejut bilamana pengacara Whi mempekenalkan diri dicorong phone "honor" aku yang sudah retak seribu.

Setelah perbincangan dibuat aku terus setuju memandangkan pasar malam uitm Tapah masih lagi cuti Sem.

Yes...

Yes... Yes...

Langos dijemput ke rancangan Whi hari rabu. Ini bermakna kami perlu pergi ke Kuala Lumpur Awal pagi sebelum on air

Setelah mohon restu dari mak, kami ke Kuala Lumpur dengan Hilux hitam dengan perasaan yang bergitu teruja.

Selesai solat subuh dan semua barang telah dimasukkan kedlm kereta, hilux hitam meluncur laju menuju ke Kuala Lumpur. 

Dari simpang Kg Gajah hilux membelok kejalan Air Kuning. Sememangnya jalan air kuning kurang kereta tapi kambing, kerbau dan kadang kala monyet menjadikan kereta hilang arah. Dari simpang air kuning kami ikut Langkap dan terus jalan Chui Chak, Kuala Bikam,Sungkai. Kami melalui Tol Sungkai terus meluncur ke Highway dan keluar tol Damansara. Rm19 bayaran tol. Suamiku terus menuju ke Seri Pentas Bandar Utama Tv3. Mungkin baru beberapa hari kami pernah datang untuk "Program Borak Kopitiam" bilamana suamiku beritahu datang atas Jemputan Wanita Hari Ini suami ku terus kehadapan Lobby Tv3.

Aku terus menghubungi Fisa dan maklumkan kami sudah berada diLobby dan Fisa beritahu pembantunya Aisyah akan datang dan boleh berurusan dengan beliau. Aisyah datang dan membantu aku menyediakan persiapan Langos.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selesai on air kami terus pulang ke Telok Bakong dan melalui jalan Air Kuning
 
 
 
 

2 comments:

  1. Alah, terlepas lagi nak tengok. Rupanya langos tu sejenis roti. Ingatkan nama tempat. Apapun, tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. Jemput singgah kedai LÁNGOS kami diTelok Bakong Bota Kanan.. waze Lángos Roti HUNGARY

    ReplyDelete