Pages

Saturday, November 10, 2018

Piroska hilang kaki

Piroska...
Piroska...
Piroska...

Sejak dua minggu ini nama itu aku jerit.
Pagi...
Tengahari...
Petang...
Dan malam. Piroska tak timbul timbul. aku rasa suara ku memang boleh dengar satu kampong...heheee..biorler..itu je anak bulusku.. selain Alma.

Dahulu aku ada szerda, ekornya macam ekor tupai. Setelah szerda melahirkan 4 ekor baby boy yang comel szerda merajuk lalu lari dari rumah. Ini adalah kesan setelah kami bawa szerda pergi rawatan supaya tidak lagi bunting. Seolah berdendam szerda terus merajuk dan tinggal dirumah jiranku yang aku penggil maksu. Pernah beberapa kali aku ambil dan  ku kurung dalam sangkar tapi szerda jiwanya sudah tidak ada lagi bersama kami. Sedih...memang hati kami sedih tapi aku, mak dan suamiku terpaksa melepaskan szerda dari kurungan. Biarlah dia mencari tempat yang sesuai bagi dirinya. 

Sejak dari itu bilamana aku dan suami, mahupun emak kalau rindu kami akan melawat szerda dirumah maksu tapi bilamana melihat kelibat kami szerda lari menyembunyikan diri seolah mengerti kami mahu mengambilnya kembali. Sebenarnya setelah kami tahu szerda tinggal beralih dirumah maksu kami telah berunding biarlah szerda tinggal dan menemani maksu yang tinggal sendirian setelah kematian suaminya.

Panjang pula aku mengelamun...

Kembali semula dengan kisah Piroska. Kemana perginya anak bulusku... 

Dimana tempat berteduhnya...

Apa yang dimakannya sepanjang ketiadaan dirumah ini...

Hidup ke lagi...

Udah matikah...

Sekarang nie setiap hari hujan lebat. 

Banjir...

Air merata rata...

Banyak beno yang aku fikirkan.

Satu petang setelah dua minggu berlalu aku jerit lagi. Aku yakin Piroska ada. Piroska mesti pulang bila dengar namanya dipanggil. 

Tiba tiba...
Aku dengar suara Puroska sayup sayup kedengaran...aku panggil lagi...ye betul..aku yakin itu suara piroska...

Aku jerit lagi memanggil namanya...aku hampir menjerit apabila melihat piroska pulang dalam keadaan yang tidak cukup sifat. Badannya hampir macam rangka. Kakinya kirinya hilang...aku tak pasti adakah kakinya di gigit anjing atau dipotong orang...

Air mataku mengalir bila ku dukong piroska. Allahuakbar...ringannya badan dia...sedangkan sebelum ini kalau ditimbang mahu 3 kg beratnya...sekarang aku rasa kurang dari sekilo. Tidak dapat aku bayangkan apa terjadi hari kakinya hilang...

Menjerit...

Menangis...

Meraung...

Tidak ada belas kesihankah orang yang melakukan perbuatan ini. Walau piroska mencuri ikan sekalipun tak sanggup rasanya kaki dipotong...

Aduiiii sakitnya Piroska.

Aku ambil piroska lalu ku cuci kaki yang kudung yang hampir kering lukanya. Aku ambil ubat spirit lalu ku cuci. Piroska seolah mengerti. Walaupun suara piroska tenggelam timbul tapi dia merelakan aku mencuci luka kaki kudungnya. Suaranya...emm memamg suara sakit...

Sakitnya...

Tak mahu dicuci...ye sakit...

Setelah aku cuci luka dikaki dan ku beri makan piroska lena.

Suamiku yang ambil gambar ini. 
Alma melihat piroska seakan melihat benda ganjil. Piroska pula takut. Kemana aku pergi dia akan mengekori sedangkan tadi dia sudah lena.

Awal pagi kami bawa Piroska keklinik haiwan diSeri Iskandar. Pegawai perubatan telah memberi Injection dan beberapa ubat selama tiga hari.
Piroska lena setelah diberi Injection.

Lain kali jangan nakal tau...

0 comments:

Post a Comment