Pages

Saturday, November 10, 2018

Alma termakan Racun Tikus

Alma...

aduhai anak bulusku...
Mami dah bagi ikan Tongkol rebus banyak dah kenapa makan racun tikus...

Kisahnya bergini...
Seperti biasa sebelum kami makan malam aku telah sediakan ikan tongkol rebus untuk alma. Masa tu alma belum balik lagi..biasalah merayau mencari makwe...lebih lagi sekarang nie musim hujan...

Seusai makan mak telah mengambil sedikit ikan tongsan goreng lebihan makan malam tadi dan digaul dengan Racun Tikus untuk dijadikan umpan tikus.

Sedang aku membersihkan meja makan aku dengar alma "miow" diluar pintu lantas aku membuka pintu lalu alma masuk dengan berlari anak. Selesai aku tutup pintu aku lihat alma telahpun menyamah ikan yang telah digaul dengan racun tikus yang mak letak dibawah meja...

Allahuakbar...apalagi aku menjerit lalu mengambil Alma lalu membuka mulutnya untuk mengeluarkan sisa racun yang telah dimakannya tadi..emmm alma marah dengan aku...nak gigit jariku mungkin tak sanggup. Mak berlari anak bilamana mendengar aku menjerit. Mak juga menjerit dan meluahkan rasa bersalah. Aku cuba menenangkan mak. Aku terus membuka pintu peti ais lalu aku ambil air zam zam yang mak simpan disana lalu aku tuangkan kemulut alma. Habis baju dan tanganku di tepis dengan tangannya..ku cuba berulang kali akhirnya dapat juga. Alma bersembunyi di bawah meja lalu ku pujuk dan memberinya makan ikan yang telah aku sediakan tadi. Alma makan sambil sesekali mengangkat muka menjeling aku...

Alma...alma...

Suamiku pula muncul bila mendengar aku dan mak bising didapur. Setelah aku terangkan suamiku pula menjerit kecil lalu memberitahu kesan dari makan Racun Tikus. Aduiiii seram aku dengar. Sekiranya tidak dibawa keklinik Alma akan mengalami darah dalaman. Racun tikus akan menyebabkan saluran badan akan berdarah dan akhirnya semua sistem dalaman badan terhenti.

Aku terus membuka pintu dapur lalu keluar rumah mengambil buah kelapa yang memang sedia ada dikopek kulitnya. Aku ketuk buah kelapa dan aku ambil ainya. Aku pujuk alma. Aku peluk alma. Aku rasa sebak. Aku kepik alma dipeha..lalu ku tarik mulutnya. Dengan lafaz Bismillah aku tuang air kelapa kemulutnya.alhamdulilah mudah pulak. Aku tengok alma memusingkan kepalanya dan lidah menjilat jilat lebihan air kelapa yang tumpah dibibirnya. Harap sangat jangan ada perkara yang buruk terjadi terhadapnya. 


Seawal pagi aku dan suami terus membawa Alma keklinik haiwan yang terletak di Seri Iskandar.


Muka tak puas hati. Telinga marah. Muka menjeling aku.setelah aku pujuk baru diam kalau tak bunyi macam kena pukul.


Sementara menunggu pegawai perubatan menyediakan ubatan.
Setelah diceritakan apa yang terjadi pegawai perubatan memberi Alma Injection Anti Racun. Alma memelukku seolah tahu apa yang bakal dia terima. Alhamdullillah alma tidak melawan bila jarum menembusi peha gebunya...aku dan suami ketawa melihat gelagatnya. Setelah urusan bayaran dibuat kami terus pulang kerumah.

Setelah terima Injection...alma lena disepanjang perjalanan.

0 comments:

Post a Comment