Pages

Wednesday, February 01, 2012

Macaroni Bakar Caraku...

utk sarapan...

Bahan A
Bahan paling penting adalah Macaroni direbus dan toskan
Daging Cincang, Ayam Cincang, Udang Dipotong kecil
Bwg Putih dipotong dadu
Bwg Besar dipotong dadu
garam secukupnya.
sayur campur atau terpulang nak letak apa pun boleh.. 
Tumiskan dgn menggunakan minyak zaitun. bila sudah naik bau masukkan daging,ayam dan udang.
masukkan sayur campur dan gaul hingga sebati. 
Akhir sekali masukkan Macaroni.,gaulkan .rasakan sesedap yang anda inginkan.
Op!!! Tmbahkan sedikit air panas jika mahu.biar lembab sikit...

Bahan B
Buat Sos Tomato ganti sos tomato dlm tin
Beberapa biji buah tomato dibelah empat
Bawang Besar dipotong dadu
Bawang Putih dipotong dadu
Daun Ketumbar dihiris
lada hitam sedikit
garam dan serbuk perasa
air secukupnya
Minyak zaitun utk menumis
Tumiskan bwg besar, bwg putih sehingga naik baunya, masukkan buah tomato,
masak biar sebati
masukkan lada hitam, bila agak sudah masak masukkan seterusnya bahan lain
masukkan sedikit air.. rasakan kesedapan yang anda mahukan.
Siap!!!....masak sos lain pulak...

2 pilihan
Campurkan  bahan masakan A kedalam masakan B  dan gaulkan sebati
ATAU
Biarkan asing pun boleh.. .

Bahan C
Sos Putih
3 sudu besar Butter
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu cair
garam sedikit
1 cawan chesse yang telah diparut atau lebih

Caranya
Cairkan Butter & masukkan tepung gandum & kacau rata.
masukkan susu cair. slowkan api & kacau supaya tidak berketul.
Akhir sekali masukkan Cheese yg telah diparut tadi. letakkan garam sedikit.
Kacau lagi supaya sos tidak berketul. Bila sudah pekat tutuplah api...
Siap!!!...tunggu ..belum siap lagi.....jgn marah ye?

Bahan D
Parutan Cheese yang secukupnya ..

sebelum masak pastikan oven dipanaskan dahulu 15 minit sebelum dengan suhu 150C
Carilah bekas yang sesuai dan sapukan butter didalamnya

Letakkan Bahan A dan Bahan B yang telah dicampurkan sebati dilapisan bawah.
Siramkan dengan Sos Putih dan Taburkan Parutan Cheese.
Ulang semula sehingga semua bahan habis. akhir sekali
Taburkan Cheese seluruh dipermukaan atas.  masak 25 minit..
Pastikan kurangkan suhu sebelum 10 minit terakhir..supaya garing diatas lembut didalam..
 ALA ALA..Macam LASAGNA..hehheheheh

0 comments:

Post a Comment