Pages

Sunday, October 07, 2012

Karipap Pusing

Lama sungguh aku tidak menjenguk Blog ini...
Tugas yg bergitu banyak sehingga aku tidak punya waktu untuk mencatit setiap perjalanan hidup ini terutama tugas yg satu ini, memasak adalah kegemaranku, mencuba sesuatu yg baru...tak mahu tunggu lagi, Jom kita buat KARIPAP PUSING...jgn tak pusing 

Bahan untuk Doh Minyak
3 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak yg telah dipanaskan
1 sudu kecil garam
1/2  cawan air panas*
1/2  cawan air suam* 

Cara
Tepung gandum dicampurkan dengan garam sehingga sebati
Buatkan lubang ditengah 
Curahkan minyak yg panas
Gaulkan sehingga seperti serbuk roti
Campur air @ air panas dan air suam dicampurkan menjadi satu.
Air jangan dihabiskan,
Curahkan air sedikit sedikit sehingga adunan menjadi lembut
TERPULANG JENIS TEPUNG GANDUM YG DIGUNAKAN,
Rehatkan Doh 10 minit 
Bungkus Doh dengan plastik supaya tidak kering,


Bahan untuk Butter
1 1/2 cawan tepung gandum
200 g butter ..suhu bilik
1 sudu gula pasir

Cara
Tepung gandum digaulkan dengan gula 
Kemudian campurkan dengan butter 
Gaulkan semua bahan sehingga sebati
Rehatkan Doh 10 minit
Bungkus Doh dengan plastik supaya tidak kering

INTI KARIPAP SEPERTI BIASA daaaaaaaaa

Cara seterusnya
Doh Minyak dibahagikan kepada 8 pecahan dan bentukkan menjadi BULAT
Doh Butter dibahagikan kepada 8 pecahan dan bentukkan menjadi BULAT

Ambil satu Doh Minyak dan dileperkan dengan pencanai. letakkan ditepi
Ambil satu Doh Butter dan letakkan diatas DOH MINYAK tadi dan tutupkan dan kemaskan supaya Doh Butter tidak kelihatan, jadilah seperti SATU BULATAN YG BESAR
hasilnya..Doh Butter sudah berada didalam ,,Doh Minyak diluar.
buatlah proses ini sehingga habis

Ambil satu Doh tadi
Leperkan dgn pencanai. kemudian gulung kemas
Pusingkan , tempat akhir gulung tadi hendaklah diletakkan dibahagian bawah
Leperkan dengan pencanai sekali lagi, 
kemudian gulung dengan kemas,, 
kemaskan sisi kanan dan sisi kiri juga supaya menjadi sama
PERHATIAN!
Hanya dua kali dilakukan proses canai dan gulung keatas Doh.

Potongkan menjadi 6 potongan
Ambil satu potongan dan canaikan dengan kayu pencanai.
letakkan inti didalamnya
kemaskan dibahagian tepi dan lakukan proses ini seterusnya,

Lihat prosess dibawah
Doh yang berwarna kuning adalah DOH Butter
Doh yang berwarna puting adalah DOH Minyak  
Guna Tepung Hungary..cantik HASILnya.


5 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Memang cantik...
    Lapisan dia terserlah...
    Terima kasih kongsi resepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.
      terimakasih
      terimakasih sudi mberi komen
      saya juga ada melawat blog Cik Azz..cantik..boleh bantu saya bgaimana nak buat blog bgitu..
      terimakasih

      Delete
    2. Blog saya biasa je.. Tang mana la yang cantiknya tu.. hehe..

      Delete
  2. Replies
    1. Omong Mak Long..terimakasih kerana sudi melawat blog yg tak seberapa..terimakasih sudi mberi komen.. saya juga ada melawat blog Omong Mak Long..cantik..camner nak buat macam itu..terimakasih

      Delete