Pages

Saturday, January 19, 2013

Hungary Budapest

          Kadangkala bila kita hidup merantau jauh dari keluarga, jauh dari sahabat dan jauh dari orang yang kita sayang dan kita rindui, hidup terasa kehilangan. Aku sering kali berbicara sendiri walaupun aku tahu tak ada siapa yang akan mendengar apa butiran kata kata yang keluar dari setiap nafasku. ye benar, ye betul... setiap dari kata yang terungkap aku sendiri akan menjawabnya tanpa ada rasa sangsi atau rasa curiga walaupun kadangkala kata kata itu tidak logik dek akal fikiran.
tapi aku bahagia...
tapi aku gembira...
aku senyum sendiri...
namun walaupun aku merasakan ianya bahagia buat diriku tapi hakikat hanya aku sendiri yang tahu apa yang sebenarnya yang aku cari disetiap nafas ku yang Allah pinjamkan untuk seketika dibumi ini
ye...aku sekarang berada jauh dari Bumi tanah tumpah darahku iaitu Bumi Malaysia yang amat aku cintakan
aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum
aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang hidup aman damai
aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang hidup bahagia disamping keluarga tersayang
sekarang aku berada jauh dari Malaysia tapi aku bersyukur kerana aku masih lagi diberi peluang bernafas...
terimakasih Allah memberi ku menjenguk Bumi Hungary Budapest
terimakasih Allah memberi aku melihat bertapa cantiknya Ciptaan Mu
terimakasih Allah memberi aku melihat semua Nikmat mu disini
Bumi Hungary Budapest

sekitar Hungary Budapest
nanti aku tuliskan dilain blog latarbelakang History Hungary
sekarang nie hantu malas nak taip dah datang
upload gambar dulu ye sebab tangan dah nak beku, salji masih turun dari pagi tadi

 Bangunan Kemengahan Hungary
Parliment


Citadella 
permandangan melihat seluruh Budapest 


 Fishermans Bastion


Great Market atau Nagycsarnok
perbagai jualan


Heroes Square


2 comments: