Pages

Saturday, July 06, 2013

jalan jalan lagi

Hari ini aku sendiri tak tahu nak kemana arah dituju, yang pasti aku harus pergi berjalan dan berjalan. aku langkahkan kaki ku yang pastinya aku bersyukur kepadaMU ya ALLAH memberikan aku sepasang kaki yang masih kuat untuk aku terus melangkah dan melangkah. Aku sentiasa berdoa supaya langkah langkah ku menuju kejalan yg diredhai Mu ya ALLAH.
Tanpa arah tujuan aku terus melangkah. hari ini aku ingin mencuba menaiki Bas no 9. dari apa yang aku lihat dari  papan jadual,  Bas no 9 melalui Nyugati. ku kira aku mahu kesana, disana aku boleh singgah lepak diRestorant  kesukaanku.
ye benar bas no 9 menuju kearah Nyugati Station. 



ku kerling jam ditangan kananku, ahh...no wonder perut aku sudah berirama, entah lagu apa yg didendangkan. mungkin jugak lagu kerongcong atau pun lagu pop rock, hahhah yang pasti aku perlu singgah di restorant Halal yang menjadi kesukaanku.

Jom...Ayam Tanduri
1200Forent lebihkurang Rm 20.00

alhamduliallah.





seusai aku menghabiskan rezeki dengan Izin ALLAH aku bercadang ke Dunakeszil. ada kenalan aku yang tinggal disana. beliau berbangsa Hungary. kami berkenalan dan bertegur sapa akhirnya menjadi kawan difb. tapi aku tak telephon dia camana. seringkali beliau menjemput kerumahnya. beliau tinggal bersama kedua ibubapanya. aaaa. aku tak punya handphone. lupakan saja hasrat dihati. mungkin lain kali aku berpeluang kesana. 

...atau aku kerumah Vera di Karcag Berekfudur. aduh...perjalanan hampir 2 jam mana mungkin. sekarang sudah pukul 4.25petang. lagipun train akan berlepas bila bila masa sahaja. Tiket pun aku belum beli. 






masuk semula station Nyugati terus naik Metro 3











disini bebas sesiapa pun boleh naik Metro
tengoklah...anjing ini sudah biasa tak pulak dia meronta atau menyalak. relax je duduk diatas peha tuannya. manakala tuannya sebuk dengan handphone. 







Budaya ini paling aku suka.
orang eropah suka membaca tidak kira dimana sekalipun
aku juga pernah mencuba. tapi...yelah dah tua baru nak mencuba mana mungkin. kepalaku berpusing ketika aku membaca ketika didalam kenderaan. tak kira apa jenis kenderaan sekalipun. 








aku berhenti dilast station. lupa pulak nak take photo nama station akhir tadi. tapi tak apa balik nanti aku snapp ler...
Keluar je dari station bawah tanah, kelihatan bangunan yang cantik ini tegak berdiri ditepi jalan 

anika warna bungaan berkembangan
Indah sungguh ciptaan MU


















Bunga yang sama tapi warna dan bentuk yang berbeza. Cantiknya





cantik dan bersih taman
















dimana mana pastinya terdapat Statue















cantik bunga ini tapi tak tahu apakah nama dan jenisnya









pandai burung burung ini minum dan bagus idea mereka membuat kolam kecil disini









sambil menikmati aiskrem 
perisa lemon dan buah kiwi
menu wajib apabila aku santai 
300forent harganya
 tapi
 kalau di town street harganya 400forent






banyaknya Lavender...wangi harum semerbak 



aaaaaaaa...ada lagi statue disini
tapi apakah maksud tersirat dari apa yang dlahirkan dari bentuk patung ini... 














haaa..masuk semula Metro 3
inilah station terakhir











aku turun diDeak Ter












panjat lagi escalator yang tinggi gila nie










keluar dari Metro 3
bangunan ini jelas kelihatan ditepi jalan yang sesak dengan kenderaan


perhatikan...
Bas Hip Hop pelancong
perhatikan...
pengemis yang tidur nyeyak dipohon rimbun 
perhatikan...
burung burung juga happy 



basikal untuk disewa 




ada pasar pagi disini
Tapi sekarang dah pukul 6 petang
mereka semua sedang siap mengemas











banyaknya anak patung...
pasar jualan barangan Terpakai
lain kali nak datang awal










teringat aku satu ketika dulu...
aku juga seperti mereka
kereta penuh sarat dengan barang jualan
tapi
aku punya Juara..
semua barang ku disusun kemas taklah macam ini. tapi sebelum adanya JUARA wkq 834, kereta KANCILku BGA  906 telah banyak berbakti w/pun. cuma beberapa bulan ku gunakan untuk pergi mencari rezeki
sedih, sebak dan gembira bila teringatkan kisah aku berniaga diPASAR TANI  
banyak kenangan...


anjing dan tuannya macam tahu je aku snap photo mereka. cuitnya. thanks


Budapest dah kembali seperti biasa. banjir sudah pun berlalu

aku ke Chain Bridge lagi..suka sangat kesini

dah seberang dahhhhhhh

cantik Chain Bridge. 
kelihatan kapal melintasi nya


remaja lepak dengan aktiviti yang sihat

Bangunan Parliment yang megah berdiri ditepi Danude River


Jalan raya nie tenggelam ketika Banjir melanda Budapest satu bulan yang lepas




aku berada dalam bas 160 
yang akan berhenti di Koley Ter










sekarang baru aku mengerti kenapa dan mengapa orang orang eropah suka berpegangan tangan dan berpelukan tak kira dimana mereka berada..
JAWAPANnya..
ini kerana cuaca yang sejuk...
cuaca yang dingin kadangkala beku seluruh tubuh

walaupun jam sudah menunjukkan pukul 20.20 
tapi
hari masih terang.
bila tiba musim Spring waktu SIANG lebih panjang dari  waktu malam
manakala bila tiba musim Winter  Malam pula panjang berbanding waktu siang 
inilah Hukum ALLAH bertuah dapat merasa keindahan ALAM CIPTAANNYA.






abis daaaaaaaaaaaaaaaaa sampai rumah.

0 comments:

Post a Comment